Kadar sewa rumah meningkat, takut mahu sebilik dengan orang yang tak dikenali, tiada kenderaan untuk kemana-mana. Ini antara alasan yang diberikan kepada mereka yang masih tinggal bersama ibu bapa walaupun sudah bekerja. Tidak salah. Malah, lebih beruntung kerana masih mendapat layanan dari mereka. Namun, pasti kamu semua merasa perkara-perkara yang kurang menyenangkan bila tinggal bersama mereka. Mungkin 7 perkara ini antara yang pernah kamu rasai.
1. TIADA PRIVASI
Sudah pasti bila kamu tinggal bersama ibubapa kamu, nikmat privasi itu mungkin kamu tidak pernah rasa. Manakan tidak, setiap 10 minit pintu bilik kamu diketuk, terutamanya ibu kamu. Bukan itu sahaja, malah mereka boleh keluar masuk bilik kamu sesuka hati. Apabila umur sudah mencecah 20-an, diri sudah mula memberontak untuk mempunyai masa sendiri. Tetapi, jika kamu tinggal bersama ibubapa, bukan sahaja masa privasi kamu dicuri, malah barang-barang kamu juga bisa disentuh dan dipindahkan, Kadang-kadang tanpa kebenaran kerana mereka masih lagi menganggap kamu di bawah jagaan mereka.
2. NAK TGK TV?MMG TAK DAPATLAH
Pasti kita semua mempunyai racangan tv yang kita suka. Ada diantara kita menunggu lama semata-mata untuk menonton rancangan kesukaan. Malangnya, apabila kamu tinggal bersama ibubapa kamu, jangan haraplah untuk kamu dapat menonton apa yang kamu suka. Mereka lebih cepat dari kamu, dan sudah tentu, masa lapang kamu akan hanya duduk di bilik. Boleh jadi, jika kamu mahu menonton drama Hero Seorang Cinderella, akhirnya kamu terpaksa menonton rancangan masak, pilihan ibu kamu. Ataupun dokumentari, pilihan bapa kamu. Best?
3. KERJA RUMAH
Walaupun kamu sudah bekerjaya, dan kadang-kadang kamu penat bila pulang ke rumah, pasti ada arahan yang akan diberi oleh ibu ataupun bapa kamu. Mereka ini bukanlah mahu membebankan kamu, cuma mereka hanya menganggap kamu sudah besar dan boleh membantu mereka. Tapi bukan satu kerja rumah, mungkin dua ataupun lebih dari itu. Mungkin kamu berasa penat dan marah, tapi dah mereka suruh, takkan lah nak kata ‘TIDAK’?
4. KAMU MASIH KECIL
Oleh kerana kamu tinggal bersama mereka sejak kecil, walaupun sudah besar, namun ibu dan bapa kamu masih menganggap kamu masih kecil. Contohnya, bila kamu pulang lewat sedikit lepak bersama kawan, mereka sudah mula mencari. Lihat di notifikasi “Missed Call” saja sudah ada 50 panggilan. Itu belum lagi mesej dari mereka. Jadi perkara ini mungkin merunsingkan kamu. Tidak berasa bebas. Kadang-kadang ada juga yang suruh pulang awal terutamaya jika kamu perempuan.
5. JANGAN BERANGAN UNTUK BERPARTI
Perkara yang paling tak best bila kamu tidak boleh bersosial bersama kawan kamu di rumah. Bukan tidak boleh, tetapi rasa kurang selesa untuk membawa mereka ke rumah. Nak pula kalau ibubapa yang jenis ingin tahu, boleh jadi mereka dengan perbualan kamu dan rakan-rakan. Untuk membawa rakan datang ke rumah membuatkan kamu harus fikir berkali-kali mengenainya. Jadi akhirnya pelan untuk bersosial terbantut.
6. PERILAKU MEREKA YANG KURANG MENYENANGKAN
Bila usia semakin meningkat, banyak perkara yang kita tidak bersependapat dengan mereka, Contohnya mengenai dekorasi bilik, dan sebagainya. Kadang-kala kamu merasakan kamu tinggal dalam dunia yang bukan milik kamu. Mana tidaknya, kamu selalu mendengar mereka berdengkur, mendengar mereka berborak tentang perkara yang sepatutnya kamu tidak perlu tahu dan paling teruk, kamu sudah kenal jiran-jiran mereka di sekeliling rumah kerana mereka selalu mengajak jiran datang ke rumah. Atau kata lain, bergosip. Terutamanya kaum ibu, kadang kala mereka ini terlalu sayangkan kamu sehinggakan isu jodoh pun dia mahu carikan untuk kamu. Contohnya, “Anak orang sebelah tu baru balik dari London. Cantik. Single lagi. Nak mak tanyakan?” Nah! Satu lagi tamparan hebat untuk kamu!
7. ROSAK MOOD
Kamu akan rasa tertekan lebih daripada budak yang berumur 13 tahun sedangkan kamu sudah pun melewati usia 20-an. Segala pelan kamu mungkin terpaksa dibatalkan kerana mereka. Itu boleh membuatka mood kamu rosak, dan bila mood kamu rosak, mungkin akan ada sedikit pergaduhan bersama ibubapa kamu.
Sebenarnya, tinggal bersama ibubapa ini adalah satu kelebihan untuk kita, Bukan hanya boleh meluangkan masa bersama, malah ikatan kemesraan kamu lebih akrab. Apa yang untung, makan minum dan segala perihal diri kamu dijaga penuh rapi. Cuma, apabila tinggal bersama mereka, kamu harus sabar, sabar dan lebih sabar! Ini kerana kadang-kadang ketidaksefahaman antara kamu dan mereka boleh menimbukan konflik. Jadi bersabarlah dan sentiasalah bersyukur.
Tetapi jika kamu sudah mula berasa beban dan runsing, cari jalan penyelesaian kamu. Keluar dari rumah itu dengan cara yang baik, dan pelan sebaik mungkin tentang masa hadapan kamu.
Apa-apapun, sayangilah ibu-bapa kita!