Kadar sewa rumah meningkat, takut mahu sebilik dengan orang yang tak dikenali, tiada kenderaan untuk kemana-mana. Ini antara alasan yang diberikan kepada mereka yang masih tinggal bersama ibu bapa walaupun sudah bekerja. Tidak salah. Malah, lebih beruntung kerana masih mendapat layanan dari mereka. Namun, pasti kamu semua merasa perkara-perkara yang kurang menyenangkan bila tinggal bersama mereka. Mungkin 7 perkara ini antara yang pernah kamu rasai.
1. TIADA PRIVASI
Sudah pasti bila kamu tinggal bersama ibubapa kamu, nikmat privasi itu mungkin kamu tidak pernah rasa. Manakan tidak, setiap 10 minit pintu bilik kamu diketuk, terutamanya ibu kamu. Bukan itu sahaja, malah mereka boleh keluar masuk bilik kamu sesuka hati. Apabila umur sudah mencecah 20-an, diri sudah mula memberontak untuk mempunyai masa sendiri. Tetapi, jika kamu tinggal bersama ibubapa, bukan sahaja masa privasi kamu dicuri, malah barang-barang kamu juga bisa disentuh dan dipindahkan, Kadang-kadang tanpa kebenaran kerana mereka masih lagi menganggap kamu di bawah jagaan mereka.
2. NAK TGK TV?MMG TAK DAPATLAH
Pasti kita semua mempunyai racangan tv yang kita suka. Ada diantara kita menunggu lama semata-mata untuk menonton rancangan kesukaan. Malangnya, apabila kamu tinggal bersama ibubapa kamu, jangan haraplah untuk kamu dapat menonton apa yang kamu suka. Mereka lebih cepat dari kamu, dan sudah tentu, masa lapang kamu akan hanya duduk di bilik. Boleh jadi, jika kamu mahu menonton drama Hero Seorang Cinderella, akhirnya kamu terpaksa menonton rancangan masak, pilihan ibu kamu. Ataupun dokumentari, pilihan bapa kamu. Best?
3. KERJA RUMAH
Ads
Walaupun kamu sudah bekerjaya, dan kadang-kadang kamu penat bila pulang ke rumah, pasti ada arahan yang akan diberi oleh ibu ataupun bapa kamu. Mereka ini bukanlah mahu membebankan kamu, cuma mereka hanya menganggap kamu sudah besar dan boleh membantu mereka. Tapi bukan satu kerja rumah, mungkin dua ataupun lebih dari itu. Mungkin kamu berasa penat dan marah, tapi dah mereka suruh, takkan lah nak kata ‘TIDAK’?
4. KAMU MASIH KECIL
Oleh kerana kamu tinggal bersama mereka sejak kecil, walaupun sudah besar, namun ibu dan bapa kamu masih menganggap kamu masih kecil. Contohnya, bila kamu pulang lewat sedikit lepak bersama kawan, mereka sudah mula mencari. Lihat di notifikasi “Missed Call” saja sudah ada 50 panggilan. Itu belum lagi mesej dari mereka. Jadi perkara ini mungkin merunsingkan kamu. Tidak berasa bebas. Kadang-kadang ada juga yang suruh pulang awal terutamaya jika kamu perempuan.
Ads
5. JANGAN BERANGAN UNTUK BERPARTI
Perkara yang paling tak best bila kamu tidak boleh bersosial bersama kawan kamu di rumah. Bukan tidak boleh, tetapi rasa kurang selesa untuk membawa mereka ke rumah. Nak pula kalau ibubapa yang jenis ingin tahu, boleh jadi mereka dengan perbualan kamu dan rakan-rakan. Untuk membawa rakan datang ke rumah membuatkan kamu harus fikir berkali-kali mengenainya. Jadi akhirnya pelan untuk bersosial terbantut.
6. PERILAKU MEREKA YANG KURANG MENYENANGKAN
Ads
Bila usia semakin meningkat, banyak perkara yang kita tidak bersependapat dengan mereka, Contohnya mengenai dekorasi bilik, dan sebagainya. Kadang-kala kamu merasakan kamu tinggal dalam dunia yang bukan milik kamu. Mana tidaknya, kamu selalu mendengar mereka berdengkur, mendengar mereka berborak tentang perkara yang sepatutnya kamu tidak perlu tahu dan paling teruk, kamu sudah kenal jiran-jiran mereka di sekeliling rumah kerana mereka selalu mengajak jiran datang ke rumah. Atau kata lain, bergosip. Terutamanya kaum ibu, kadang kala mereka ini terlalu sayangkan kamu sehinggakan isu jodoh pun dia mahu carikan untuk kamu. Contohnya, “Anak orang sebelah tu baru balik dari London. Cantik. Single lagi. Nak mak tanyakan?” Nah! Satu lagi tamparan hebat untuk kamu!
7. ROSAK MOOD
Kamu akan rasa tertekan lebih daripada budak yang berumur 13 tahun sedangkan kamu sudah pun melewati usia 20-an. Segala pelan kamu mungkin terpaksa dibatalkan kerana mereka. Itu boleh membuatka mood kamu rosak, dan bila mood kamu rosak, mungkin akan ada sedikit pergaduhan bersama ibubapa kamu.
Sebenarnya, tinggal bersama ibubapa ini adalah satu kelebihan untuk kita, Bukan hanya boleh meluangkan masa bersama, malah ikatan kemesraan kamu lebih akrab. Apa yang untung, makan minum dan segala perihal diri kamu dijaga penuh rapi. Cuma, apabila tinggal bersama mereka, kamu harus sabar, sabar dan lebih sabar! Ini kerana kadang-kadang ketidaksefahaman antara kamu dan mereka boleh menimbukan konflik. Jadi bersabarlah dan sentiasalah bersyukur.
Tetapi jika kamu sudah mula berasa beban dan runsing, cari jalan penyelesaian kamu. Keluar dari rumah itu dengan cara yang baik, dan pelan sebaik mungkin tentang masa hadapan kamu.
Apa-apapun, sayangilah ibu-bapa kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
UMUM MENGETAHUI, KEBANYAKAN LELAKI MEMPUNYAI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT PADA USIA MUDA MEMANG MEMBERI KESAN TERHADAP KETERAMPILAN SERTA KEYAKINAN DIRI. MALAH IA MENUNJUKKAN SESEORANG LELAKI ITU TAMPAK JAUH DEWASA ATAU TUA SEDANGKAN BELUM LAGI MENCECAH USIA 40 TAHUN.
Ada pelbagai sebab kehilangan rambut, tapi untuk lelaki 95 peratus punca masalah rambut disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon Dihydrotestosterone (DHT). Hormon DHT dihasilkan di bahagian kelenjar adrenal. Ia adalah hormon seks lelaki dan semua lelaki menghasilkannya.
Melihat pada konteks masalah keguguran rambut, hormon DHT mengganggu akar rambut. ini akan menyebabkan akar rambut gagal menyerap nutrisi dari kulit kepala. ia menyebabkan rambut terbabit menjadi tidak sihat dan gugur.
PUNCA
Penggunaan bahan kimia berlebihan seperti mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut juga cenderung kepada masalah ini. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya rambut gugur terjadi.
Kalau golongan wanita pula, perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambut mereka gugur disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama. Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita atau lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
Mempunyai masalah angin badan yang serius juga boleh menyebabkan masalah rambut gugur selain perangai selalu menarik rambut. Ada juga lelaki dan wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.
Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut kamu di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut selain gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
PENYELESAIANNYA
Selain menggunakan pelbagai produk rambut yang disarankan di pasaran, segala macam formula kononnya untuk menguatkan akar rambut bagi mengelakkan masalah rambut gugur tidak salah kamu mencuba juga cara tradisional yang mungkin lebih berkesan.
Antaranya ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkan selama dua minggu. Seterusnya kamu ambil santan untuk menyuburkan rambut kamu. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik.
Jangan cepat hendak membasuh rambut kamu sebaliknya perapkan rambut kamu dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkan selama dua bulan bagi melihat perubahannya.
Ataupun kamu boleh mencuba mengambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama satu jam. Lakukan dua kali seminggu. Kamu akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.
Gunakan kulit buah tembikai. Setiap kali kamu makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala kamu. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit.
Selepas itu barulah kamu cuci rambut kamu sebersih-bersihnya. Jika kamu ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan ‘shower cap’ atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur kamu. Kamu hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
Tak pun ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala kamu dengan tuala selama satu malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut kamu. Amalkan petua ini empat kali seminggu.
Paling mudah juga bagi kamu yang pemalas untuk menumbuk bawang merah sehingga halus dan campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan seperti biasa.
AMALKAN PETUA SELALU
Petua lain pula dengan mengambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan dua kali seminggu. Rambut kamu akan kekal kuat dan hitam semula jadi.
Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga elakkan mengikat rambut dengan getah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada tahun 2006, Lionel Messi yang berusia 17 tahun dan pemain berusia 21 tahun Cristiano Ronaldo membuat debut Piala Dunia mereka. Setelah sedekat kemunculan mereka, kedua-dua pemain akan menguasai permainan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya. Bermula pada tahun 2008, Messi atau Ronaldo telah memenangi setiap Ballon d’Or (dipersembahkan kepada pemain lelaki terbaik di dunia). Selama 9 tahun, mereka mengungguli carta undian sebagai pemain bola sepak terhebat dunia.
Walaubagaimanapun, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Mungkin ini merupakan kali terakhir Messi dan Ronaldo beraksi di atas padang. Sudah tiba masanya anda mencari pengganti kan? Ini antara 5 pemain bola Piala Dunia yang sedang diperhati bakatnya, mungkin mereka akan menggantikan dua lagenda ini?
Marco Asensio
Umur: 22 Negara: Sepanyol
Kedudukan: Pemain tengah
Kelab kelab: Real Madrid
Asensio telah memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara UEFA dengan Real Madrid. Mungkin beliau boleh mendapat gelaran pada Piala Dunia kali ini, siapa tahu kan? Beliau ini dianggap sebagai salah seorang yang menjadi kegemaran umum.
Ousmane Dembele
Umur: 21 Negara: Perancis Kedudukan: Penyerang Kelab kelab: Barcelona Seorang bekas rakan sepasukan Christian Pulisic di Borussia Dortmund, Dembele pergi ke Barcelona dengan bayaran perpindahan yang tinggi dan telah diberi jersi No. 11 yang sebelum ini dimiliki oleh Neymar.
Goncalo Guedes
Umur: 21 Negara: Portugal
Kedudukan: Midfield kanan/kiri
Pasukan kelab: Valencia
Jika Ronaldo ingin mendapat gelaran Piala Dunia Pertama dia mungkin perlu berusaha dengan gigih. Namun bagi Guedes, dia yang telah dipinjamkan ke Valencia dari Paris Saint-Germain musim lalu, boleh menjadi pemain utama dan merangkul juara Eropah.
Harry Kane
Umur: 24 Negara: England
Kedudukan: Penyerang
Pasukan kelab: Tottenham
Sebelum Mo Salah datang dan mencatatkan rekod, Kane merupakan ancaman menjaring gol utama Liga Perdana. Kane mengetuai liga dalam gol yang menjaringkan gol pada musim 2015-16 dan 2016-17 (dia menduduki tempat kedua pada 2014-15). Kane juga merupakan peminat yang gemar NFL dan New England Patriots, yang mungkin dapat mencuit hati penonton Amerika yang lebih teruja jika tahu asal usul seseorang.
Mohamed Salah
Umur: 25 Negara: Mesir Kedudukan: Penyerang Kelab kelab: Liverpool Salah mempunyai musim kegemilangan untuk Liverpool, mendapat rekod Liga Perdana dengan menjaringkan gol (32 dalam 38 perlawanan) sementara juga membantu memimpin pasukan ke final Liga Juara-Juara. Walaupun cedera dalam final yang lalu, Salah dijangka bermain di Piala Dunia. Beliau merupakan harapan besar bagi Mesir.
Sumber: usatoday.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidur bersama pasangan yang halal adalah salah satu nikmat perkahwinan. Pastinya bagi yang sudah lama mendirikan rumahtangga, bermacam-macam gaya tidur dan pelukan dilakukan. Adakah anda terfikir apakah makna setiap gaya pelukan dan tidur?
1. Peluk Dari Belakang
Juga dikenali sebagai spooning, pelukan ini membuatkan pasangan anda merasa selamat kerana anda memberikan perlindungan, tenaga dan jaminan kepadanya. Sebelah tangan anda erat memeluk bahagian depan badannya manakala satu lagi tangan di bahagian bawah bahu akan membuatkan si dia yakin dengan kasih sayang anda.
2. Berdepan Satu Sama Lain
Cara pelukan begini menunjukkan tahap kemesraan atau keintiman yang tinggi. Dengan posisi dada terdedah di antara satu sama lain memberi isyarat yang anda dan pasangan mahu jujur dan berterus terang. Posisi ini amat disukai wanita kerana dia dapat merenung tepat ke dalam mata anda.
3. Badan Bersilang
Berpelukan sebelah menyebelah atau intertwining seakan-akan bergabung menjadi satu. Anda melihat pasangan anda sebagai individu yang mempunyai hak yang sama rata seperti anda. Pasangan anda dianggap sebagai seorang rakan dan tidak semata-mata sebagai kekasih atau isteri.
4. Baring Atas Dada
Pasangan anda meletakkan harapan pada anda untuk melindungi dan mengasihinya. Dia berasa selesa dan selamat di dalam pelukan anda. Jika kepala si dia berada di atas dada anda, ini bermaksud yang anda dalam posisi raja dalam sebuah perhubungan di mana ia menunjukkan kekuatan dan kehebatan anda sebagai tunjang dalam perhubungan.
5. Membelakangkan Satu Sama Lain
Posisi ini tidak bermakna yang anda bergaduh atau tidak mempedulikan pasangan. Ini bermaksud yang anda mahukan ruang peribadi sendiri tetapi masih mahu kekal bersentuhan antara satu sama lain. Meskipun hanya sedikit sahaja badan yang bersentuhan secara fizikal, ia juga melambangkan cinta dan ia menunjukkan hubungan anda dan dia masih di landasan yang sama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.