Kerja sendiri atau makan gaji?

Sebenarnya ia terpulang kepada citarasa masing-masing. Dan tiada salahnya untuk anda bekerja makan gaji kerana ia juga satu sumber rezeki yang halal. Bagi anda yang memilih untuk bekerja sendiri dan menjalankan perniagaan, segala risiko itu terletak di atas kepada sendiri.

Setiap kerjaya ada ruangnya tersendiri dan tak semua orang ada kebolehan, kemahiran dan keberanian untuk bekerja sendiri dan mempunyai perniagaan.

Jadi apakah sebenarnya kelebihan bekerja sendiri dan bagaimana pula dengan cabarannya? Buat anda yang tak pernah bekerja sendiri mencari rezeki pastinya sukar memahami bagaimana ia boleh dilakukan.

Berikut MASKULIN kongsikan apakah kelebihan dan kekurangan bekerja sendiri.

BACA: Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

KELEBIHAN

Kurang Tekanan Kerja

Bila bekerja sendiri secara automatiknya andalah jadi bos dan andalah juga jadi kuli. Setiap hari anda tak perlu nak hadap muka bos. Jadi anda boleh buat kerja ikut pacing sendiri. Anda juga boleh laksanakan kerja dengan lebih selesa dan tenang. Secara tak langsung anda sudajh bebas dengan tekanan kerja.

Kelebihan & Cabaran Kerja Sendiri Berbanding Makan Gaji

Dapat Kepuasan

Bayangkan segala usaha yang anda curahkan untuk perniagaan sendiri membuahkan hasil. Pasti kepuasan itu lebih dirasa nikmatnya berbanding bekerja untuk orang lain. Tambahan lagi apa yang anda buat adalah sesuatu yang anda suka!

Rajin Kerja, Banyak Hasilnya

Bila bekerja sendiri segala pendapatan anda adalah tanggungjawab sendiri. Jadi jika anda rajin berusaha maka makin banyaklah hasilnya. Secara tak langsung anda boleh tingkatkan keyakinan diri juga. Jika bersungguh-sungguh dan ikhlas nescaya pendapatan akan meningkat.

Kelebihan & Cabaran Kerja Sendiri Berbanding Makan Gaji

Tiada Waktu Khas

Inilah seronoknya bila bekerja sendiri. Tiada bos yang nak marah anda nak masuk kerja pukul berapa sekalipun. Namun, demi periuk nasi sendiri mestilah anda tak akan buat ebgitu bukan? Tiada kekangan maka tiada tekanan dari orang atasan. Masa bekerja anda juga tak sama dengan kerja orang lain. Jika rajin anda kerjalah lebih dan jika rasa macam tak boleh nak carry pada hari itu, pulang awal saja.

CABARAN KERJA SENDIRI

Harus Sedia Kelengkapan & Fasiliti Sendiri

Nak mulakan perniagaan sendiri mestilah anda perlukan segala macam jenis kelangkapan dan fasiliti. Dan semua benda ini bukannya murah. Anda juga perlukan mental yang kuat untuk hadapai segala kesukaran semasa hendak memulakannya. Anda sendiri perlu lakukan pilihan yang bijak dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk setiap perkara yang dilakukan agar tidak terjadi perkara yang sia-sia nanti.

Kelebihan & Cabaran Kerja Sendiri Berbanding Makan Gaji

Pendapatan Tak Menentu

Lebih rajin anda bekerja, maka lebih lah hasil pendapatan yang anda akan dapat. Jadi, anda boleh menggunakan sebahagian hasil pendapatan itu untuk membayar kembali duit pinjaman bank yang anda jadikan modal untuk perniagaan anda. Untuk jadi seorang yang berjaya, anda haruslah rajin berusaha untuk mendapatkan keuntungan pada masa akan datang.

Risiko Tinggi

Ini merupakan antara alasan paling popular mengapa orang kerja makan gaji tak berani nak berhenti dan mula kerja sendiri. Ya, ia merupakan satu langkah yang berisiko tinggi. Masa deoan anda bergantung kepada sama ada anda berjaya atau tidak. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan banyak perkara anda perlu ambil kira antaranya mengetahui jumlah persaingan dan jumlah permintaan pasaran.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI