GOLONGAN DEWASA DI MALAYSIA MENGHIDAP ASMA ANTARA LIMA HINGGA ENAM PERATUS MANAKALA 10 PERATUS KANAK-KANAK, NAMUN ANGKA ITU SEMAKIN MENINGKAT SEJAK BEBERAPA TAHUN LALU, BERKEMUNGKINAN DISEBABKAN PERSEKITARAN DAN MAKANAN.
GEJALA ASMA
– Batuk (pada waktu malam atau cuaca sejuk)
– Susah bernafas
– Nafas berbunyi
– Dada berasa ketat dan tegang
CEGAH SERANGAN ASMA
– Peka penyebab utama asma
– Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama
– Jauhi perokok
– Ambil ubat pencegah sekerap mungkin
– Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru
KATEGORI RAWATAN
– Ubatan kawalan asma jangka panjang
Cara rawatan:
– Pam sedutan Corticosteroid
– Pengubah leukotriene (molekul pencegah keradangan)
– Beta agonis (LABAs) yang bertindak untuk jangka panjang
– Teofilin (ubat dalam terapi rawatan pernafasan)
– Gabungan antara pam sedut yang mengandungi kedua-dua Cortisteroid dan LABA
UBATAN YANG MEMBERI KELEGAAN CEPAT (UBATAN MENGELAK GEJALA BERTAMBAH BURUK)
– Beta agonis yang bertindak dalam jangka pendek seperti albuterol
– Ipratropium (Atrovent)
– Oral dan Cortisteroid menerusi intravena (untuk serangan lelah serius)
UBATAN UNTUK ALAHAN DISEBABKAN ASMA
Ia diambil secara kerap atau bila diperlukan untuk mengurangkan tahap sensitif tubuh terhadap sebatian penyebab alahan (alergen)
CARA RAWATAN:
– Suntikan alahan (imunoterapi)
– Omalizumab (Xolair)
PESAKIT ASMA YANG BERHASRAT TERBABIT DALAM AKTIVITI AKTIF SEPERTI LARIAN PERLU MENELITI BEBERAPA PERKARA ANTARANYA:
Pam pencegahan perlu diambil tanpa culas, janji temu juga perlu dipenuhi. Lama-kelamaan doktor boleh mengurangkan kekerapan rawatan dan dos ubat mengikut tahap asma.
Kalau cuaca sejuk di luar, buatlah aktiviti di dalam rumah atau kenakan pakaian yang boleh memanaskan badan. Kalau alahan pastikan anda mengelak dengan sumber penyakit itu.
Tetapi bagi pesakit sudah biasa berlari, jangan terus memecut. Sebaliknya mula perlahan-lahan, kemudian naikkan kelajuan mengikut rentak larian.
Kalau pam pelegaan warna biru membantu, boleh ambil sebelum bermula aktiviti.
Setiap kali mendaftar untuk larian, pastikan anda memaklumkan kepada penganjur untuk langkah berjaga-jaga.