7 Perkara Lelaki Terpaksa Lalui, Antaranya Tumbuh Rambut Di Tempat Tak Sepatutnya.

Share

 

Ada banyak perkara yang menjadikan lelaki tampak menarik dan macho di mata umum. Cara mereka berjalan, karisma yang mereka tonjolkan, semua itu cenderung kepada wanita tergila-gilakan mereka. Namun tahukah anda, ada beberapa perkara yang membuatkan kaum Adam ini terseksa? Perkara yang hanya mereka saja tahu.

 

 

  • Tumbuh Bulu di tempat tak sepatutnya

 

Ini seringkali terjadi kepada lelaki yang baru mencapai usia matang. Tanpa sedar, badan akan bercambah bulu tak kira tempat. Mungkin ada di antara lelaki  yang mengalami masalah ini terasa sangat tertekan kerana bulu yang tumbuh sungguh mengganggu fikiran mereka. Namun, ia adalah normal. Tahniah lelaki, anda sudah dewasa.

 

 

  • Hilang bulu di tempat tak sepatutnya

 

Baru saja nak menerima kenyataan dan hakikat bahawa bulu tumbuh di merata badan, lelaki dikejutkan pula dengan kehilangan bulu. Ini bermaksud rambut! Kebanyakkan lelaki mengalami masalah botak di satu bahagian kepala. Pelik kan? Ketika itu lelaki akan berfikir samada untuk buang semua rambut dan menjadi botak atau ke pusat rawatan rambut untuk menambah rambut. Ini sedikit sebanyak mencalar ego para lelaki, kerana separa botak boleh menjatuhkan saham mereka.

 

 

  • Mencukur

 

Bukan senang nak mencukur ye. Ia memerlukan skill dan kesabaran yang sangat tinggi. Mungkin ada sesetengah lelaki tidak gemar akan jambang, jadi mereka membuat keputusan untuk mencukur. Namun, jika salah mencukur, wajah akan tampak buruk dan potensi lelaki dikecam rakan sekeliling sangat tinggi. Mereka akan dianggap amatur dalam penjagaan diri. Sekali lagi ego mereka tercalar.

 

 

  • Dianggap menakutkan

 

 

Ini sangat unik. Lelaki seringkali dianggap menakutkan atau di label perogol bersiri atau pembunuh jika mereka berpakaian pelik. Anda yang wanita tu cuba bayangkan jika anda berjalan seorang diri dalam kawasan gelap, dan anda diekori oleh seorang lelaki berpakaian mencurigakan, pasti anda gelabah kan? Hakikatnya, lelaki tersebut pun sedang menuju ke destinasinya. Ini yang digeruni lelaki, tak kan mereka nak ke sebelah wanita dan cakap “jangan takut, saya bukan pembunuh” pasti wanita akan lebih takut kan? Ubah cara menampilan? Kalau itu gayanya, macam mana nak ubah?

 

 

  • Ops! Dah pendek

 

Ini sangat sinonim dengan semua lelaki di atas dunia ni. Siapa tak pernah dipukul secara tak sengaja di bahagian tut…. pasti sakit kan? Nyilu dia yang amat! Lelaki yang bersukan terutamanya, sering berhadapan dengan masalah ini, namun jangan risau, sakitnya hanya memakan masa sekejap. Tapi perlu ingat, jika pukulan di tempat itu kuat, potensi untuk lelaki itu mandul sangat tinggi.

 

 

  • Buang air di dalam tandas awam

 

 

Ini boleh menjadikan sesama mereka awkward. Wanita seringkali tertanya-tanya adakah sesama mereka melihat alat sulit mereka? Ataupun adakah mereka berinteraksi semasa buang air? Jawapannya TIDAK! Mereka bukan wanita, yang boleh beramah mesra dengan sesiapa saja di dalam tandas sambil touch up makeup. Peraturan di dalam tandas, jangan sesekali berkomunikasi dengan jiran sebelah ketika sedang buang air, atau jangan merinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

 

 

  • Emosi dengan Sukan

 

 

 

Jangan pelik wahai kaum hawa jika pasangan anda fanatik dengan sukan. Lebih baik dia fanatik dengan sukan berbanding wanita lain kan? Haha sukan sudah menjadi sebahagian daripada diri lelaki dari dulu sampai sekarang. Lelaki akan cenderung kepada emosi yang sangat extreme apabila pasukan kesukaan mereka tu menang ataupun kalah. Mereka boelh mengalirkan air mata jika gembira, atau bertindak untuk membakar stadium jika pasukan kegemaran mereka kalah. Menakutkan kan?

 

 

 

Published by
Maiya Deen