Ayuh mulakan rutin sihat di waktu pagi kalau anda nak berat mudah turun. Ini kerana pada waktu pagi banyak aktiviti sihat yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan peluh dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Kajian yang diambil dari livestrong.com menemukan jika anda lakukan beberapa perkara di waktu pagi, boleh membuatkan berat badan anda mudah turun sedikit demi sedikit.

Ini 7 perkara wajib anda buat di waktu pagi kalau nak berat badan mudah turun.

1. Bangun awal pagi

7 Perkara Ini Wajib Buat Di Waktu Pagi, Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun!

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obesity mengatakan orang yang bangun awal pagi ada kecenderungan untuk mudah kurus kerana memiliki pola makan yang baik. Malah jika anda bangun awal dan jumlah tidur mencukupi, anda akan makan sedikit di pagi hari. Jika jumlah tidur anda kurang, anda akan makan lebih banyak kalori, gula dan lemak berbanding orang yang bangun lebih awal. Satu kajian lain dari University of Toronto juga menemukan bahawa orang yang bangun awal pagi memiliki peluang untuk lebih bahagia dan bertenaga sepanjang hari. Orang yang bangun sebelum jam 7 pagi memiliki tenaga positif sekitar 19-25% lebih banyak berbanding orang yang bangun lambat.

2. Minum air putih

7 Perkara Ini Wajib Buat Di Waktu Pagi, Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun!

IKLAN

Selepas bangun tidur, jadikan amalan minum dua gelas air putih sebagai rutin. Selain membantu untuk menghidrasi tubuh setelah anda tidur semalaman, minum air putih juga membantu untuk mengawal nafsu makan. Beberapa kajian menunjukkan, orang yang rajin minum air putih di pagi hari memiliki BMI yang lebih rendah dari waktu ke waktu. Selain itu, jurnal Obesity juga mengatakan bahawa berat badan mampu turun sebanyak 44% jika anda minum dua gelas air sekitar 30 minit setiap kali anda makan menu berat.

3. Dapatkan cahaya pagi

7 Perkara Ini Wajib Buat Di Waktu Pagi, Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun!

Cahaya matahari penting untuk tubuh badan. Terdedah kepada cahaya matahari di waktu pagi dapat memperbaiki ritme sirkadian dalam tubuh badan anda. Ia berkaitan dengan kemampuan tubuh untuk mengawal rasa lapar atau mengaktifkan sistem metabolisme. Bahkan jika anda keluar ketika matahari pagi selama lebih kurang 20 minit dalam sehari, akan mengaktifkan hormon pembakar lemak serta mengecilkan hormon yang merangsang rasa lapar dan nafsu makan anda.

IKLAN

4. Gerakkan tubuh badan

7 Perkara Ini Wajib Buat Di Waktu Pagi, Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun!

Setelah bangun pagi, cuba gerakkan tubuh anda melakukan aktiviti seperti berjalan cepat, bersenam atau beryoga. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Medicine & Science in Sports & Exercise mengatakan bahawa orang yang rajin berjalan-jalan di waktu pagi sekurang-kurangnya selama 45 minit mempunyai berat badan yang lebih terkawal. Bukan sahaja untuk kesihatan, malah melakukan aktiviti bersenam di waktu pagi juga dapat memperbaiki emosi anda.

5. Sarapan dengan telur

7 Perkara Ini Wajib Buat Di Waktu Pagi, Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun!

IKLAN

Jangan sesekali mengabaikan atau melewatkan sarapan pagi kerana ia membantu dalam menyediakan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Jika anda ingin berat badan terjaga, sarapanlah dengan telur atau menu lain yang tinggi protein. Ini kerana sumber makanan yang kaya dengan protein akan membuatkan anda rasa lebih kenyang, menyekat hormon penyebab anda rasa lapar dan meningkatkan sistem metabolisme dalam tubuh badan.

6. Minum teh hijau

7 Perkara Ini Wajib Buat Di Waktu Pagi, Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun!

Minum teh hijau menjanjikan gaya hidup sihat. Ia adalah antioksidan yang hebat untuk membantu membakar lemak, mencegah nafas berbau, melindungi penyakit jantung dan mempunyai sifat anti-penuaan. Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optimum, teh hijau sebaiknya diminum 30-45 selepas makan. Elak minum teh hijau ketika perut masih kosong kerana kafein yang terkandung di dalamnya mampu menyebabkan anda dehidrasi.

7. Menimbang berat badan

7 Perkara Ini Wajib Buat Di Waktu Pagi, Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun!

Menimbang berat badan pada waktu pagi hari merupakan perkara penting jika anda ingin menjaga tubuh. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Academy of Nutrition and Dietetics melaporkan bahawa orang yang rutinnya menimbang berat badan di waktu pagi cenderung kehilangan berat badan 3 kali lebih banyak berbanding orang yang jarang menimbang badan. Waktu terbaik untuk menimbang berat badan anda adalah sejurus selepas anda bangun tidur.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI