“Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya. Akibatnya tenaga korang akan berkurangan dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya, demikian menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University.
2. Tidur lebih mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?
3. Lebih produktif pada pagi hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa-apa aktiviti anda dengan lebih produktif.
Ads
4. Jantung yang lebih sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.
5. Lebih bertenaga
Ads
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.
6. Boleh sukan lebih baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan meningkat. Kalau sudah begini, anda tak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan anda kan?
Ads
7.Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas anda meminumnya,” kata Gromer. Dengan tidur lebih awal korang akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.
Petua Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi kes jerawat yang tidak begitu teruk, anda tidak memerlukan ubat dari doktor atau pakar kulit. Banyak rawatan yang boleh dibeli sendiri di farmasi dengan mudah. Antara pilihan yang terdapat di farmasi tanpa preskripsi doktor termasuk sabun, krim, gel dan losen. Setiap pilihan yang disenaraikan mempunyai bahan kimia yang mempunyai fungsi yang berbeza untuk mengatasi jerawat.
ANTARA BAHAN KIMIA YANG TERKANDUNG
Benzoyl peroxide
Asid salicylic
Sulfur
Retinoid
Antara objektif rawatan di atas adalah untuk mengurangkan pengeluaran minyak “sebum”, membantu dalam mengurangkan proses radang berlaku di folikel, membantu dalam memusnahkan jerawat putih, jerawat hitam dan berlubang. Ia juga bermatlamat untuk mengurangkan tersumbat di folikel. Antara rawatan di atas terdapat juga yang boleh mengurangkan pembiakan kuman P. acnes. Sila rujuk kepada ahli farmasi bagi nasihat selanjutnya.
Jika kes jerawat anda berada di tahap yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan preskripsi ubat dari doktor anda. Antara ubat yang boleh membantu adalah seperti berikut:
ANTIBIOTIK
Antibiotik yang diambil dalam bentuk pil mungkin boleh membantu dalam mengurangkan pencetusan jerawat. Terdapat antibiotik yang boleh disapu tetapi jika jangkitan kuman terlalu dalam, ubat tersebut mungkin tidak cukup ampuh untuk membunuh bakteria. Antibiotik pil boleh membunuh bakteria yang lebih dalam dengan lebih mudah. Walau bagaimanapun, penggunaannya tidak boleh terlalu lama kerana bakteria boleh membentuk tentangan. Selalunya anda akan mengambil ubat selama 3 hingga 6 bulan dan seiring dengan ubat juga akan mengguna sabun dan krim di muka untuk membasmi jerawat.
PIL PERANCANG
Bagi pihak wanita, pil perancang mempunyai hormon yang melaraskan kitaran haid. Tetapi pengawalan hormon juga mempunyai kesan dalam menangani jerawat. Cara ini tidak akan membuahkan hasil secara cepat dan selalunya digunakan seiris dengan ubat lain.
ISORETINOID
Ubat ini adalah retinoid berbentuk pil dan ia merupakan ubat yang sangat ampuh tetapi oleh kerana itu ia juga mempunyai kesan sampingan yang banyak dan mungkin serius. Ubat ini dijadikan pilihan terakhir bagi kes yang tidak boleh diselesaikan dengan cara yang lain dan bukanlah jalan penyelesaian yang mudah. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah kulit dan bibir kering, hidung berdarah, gangguan emosi dan sakit otot. Tidak semua orang boleh menanggung kesan sampingan tersebut. Anda perlu berbincang dengan doktor secara terperinci sebelum mengguna ubat ini.
Oleh kerana setiap individu berbeza, sila rujuk nasihat ahli farmasi dan doktor untuk mendapat rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keadaan menjadi semakin serius. Hari demi hari peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19 meningkat dan semalam kita menyaksikan jumlah kematian meningkat kepada 8 orang.
Sebagai warga yang bertanggungjawab tiada jalan lain yang boleh kita lakukan untuk membantu mengurangkan penularan virus merbahaya ini melainkan jangan keluar rumah.
Di laman media sosial kita dapat lihat golongan yang paling berisiko ialah petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta hospital swasta, klinik dan farmasi.
Ilustrasi: Public Health Malaysia
Malah kita juga sudah dapati terdapat kes di mana frontliner seperti doktor dan petugas perubatan telah dijangkiti oleh Covid-19 disebabkan pesakit yang positif menipu dan tidak mendedahkan mereka sama ada pernah ke luar negara berisiko tinggi atau ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19.
Selain doktor dan jururawat, antara petugas berisiko tinggi ialah pemandu ambulans dan kenderaan KKM.
Tugas mereka juga sangat berisko tinggi. Mereka merupakan insan bertanggungjawab membawa peaskit, menghantar sampel darah, membawa jenazah dan memindahkan pesakit Covid-19.
Disebabkan itulah frontliners sering merayu kepada kita semua untuk jangan keluar rumah bagi mengurangkan kes Covid-19.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian oleh saudara Mohd Khairy Izzuddin yang merupakan pemandu ambulans dan kenderaan KKM.
Menerusi perkongsian yang mendapat lebih 4.4k perkongsian serta 1.4k komen meunjukkan sedikit sebanyak tugas harian dihadapi beliau.
“PLEASE STAY AT HOME”
Kami Paling terdedah,, Yang mengangkat pesakit adalah kami, yang hantar sampel darah adalah kami. Yang refer kes ke hospital2 utama adalah kami. Yang membawa pegawai kesihatan kerumah2 untuk saringan adalah kami. Yang menghantar jenazah kekubur adalah kami. kalau terdedah .. kami yg mula2 akan kena.. mungkin orang tak pandang kami… tapi kami tetap buat kerja kami, ikut aturan yg ditetapkan.. kami tahu kami bukan paramedik(nurse👩🏻🔬/ma👨🏻⚕️/mo👩🏻⚕️) . Kami cumalah non paramedik yang melancarkan perjalanan kerja Staff2 Kesihatan . Semoga Allah lindungi kami barisan hadapan KKM… Hero🦸♂️ yg tak didendangkan…😞😢😢🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑😷😷😷😷😷😷
Semoga seruan dan rayuan oleh saudara Mohd Khairy diambil serius oleh kita semua. Sama-samalah kita membantu mereka menjalankan tugas dengan sempurna dengan tinggal di rumah!
Kredit:FB Mohd Khairy Izzuddin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salam takziah buat famili besar Ashraf Sinclair atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair terutamanya kepada isterinya yang tercinta, Bunga Citra Lestari.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut aktor yang berusia 40 tahun akibat serangan jantung awal pagi tadi di Jakarta, Indonesia.
Memetik laporan Kompas Indonesia, kematian aktor yang pernah popular menerusi filem ‘Gol & Gincu’ tersebut isahkan oleh pengurus Bunga Cita Lestari, Doddy.
Allahyarham Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Noah Sinclair.
Aktor yang kemudian turut mencipta nama di Indonesia dalam bidang lakonan sejak tahun 2008 itu juga merupakan abang kepada aktres dan hos, Aishah Jennifer dan suami kepada Yuna, Adam Sinclair. Beliau juga merupakan Naib Juara pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997.
Sejurus berita sedih ini diuar-uarkan ribuan netizen sama ada dari Malaysia dan Indonesia membanjiri komen foto terkahir Ashraf di akauan Instagramnya.
Tidak ketinggalan selebriti terkenal yang turut berduka dan menyampaikan ucapan takziah di hantaran komen foto tersebut. Antara yang paling menarik perhatian ialah dari Laudya Cynthia Bella, Dian Sastrowordoyo, Luna Maya, Neelofa, Nora Danish, Yasmin Hani, Hunny Mady dan ramai lagi.
Al fatihah…
Foto kredit: Instagram Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.