
Jadi yang paling menarik pada hari kamu menjadi pengantin lelaki. Tentu sahaja mata semua tamu tertumpu ke arahmu.
Start now
Memang mudah untuk berkata-kata, tapi sejujurnya, ramai lelaki kecundang untuk melakukannya. Jadi, angkat kaki anda, mulakan senaman dan aktiviti kecergasan sekarang!
Rangka perancangan
Jimat masa dengan mengatur program kecergasan mengikut seberapa banyak set dan rep yang bakal dilakukan. Rangka juga jadual pemakanan sihat dan senarai beli-belah barangan dapur terlebih dahulu.
Jurulatih peribadi
Lantik jurulatih peribadi untuk memantau dan memastikan plan kecergasan kamu berlangsung mengikut waktu. Jurulatih peribadi akan melatih kecergasan secara intensif berbanding jika anda berlatih secara sendirian.
Ukur dan timbang
Lakukan secara konsisten setiap empat atau enam minggu sekali. Dengan cara ini, kamu akan mendapati tahap kemajuan dan keputusan kecergasan yang jujur. Kamu juga boleh menyelaras dan menyesuaikan rejim-rejim kecergasan bergantung keputusan itu.
Singkirkan stres
Menjelang hari perkahwinan, memang banyak perkara-perkara yang boleh mendatangkan stres pada minda. Maka, uruskan tekanan diri secara pintar. Tidur secukupnya atau sauna sangat berguna bagi melawan stres.
Abs are made in the kitchen
Tak kira betapa kerap anda rajin bertandang ke gimnasium atau berapa banyak masa dan jam serta tenaga yang diberi buat mengangkat berat, sebenarnya kecergasan yang sempurna diukur dengan cara bagaimana anda menjaga pemakanan sehari-hari.
Fokus pada motivasi
Jangan terlalu fokus pada hasil akhir kecergasan. Sebaliknya, jadikan ia sebagai rangsangan motivasi. Motivasi itu boleh dipupuk dan ia di bawah kawalan kamu. Tanam dalam hati, jika tidak mencapai matlamat motivasi itu tadi, kamu tidak akan mencapai keputusan kecergasan yang diidamkan pada hari besar kamu itu kelak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Tip Atasi Sikap Panas Baran & Suka Naik Angin, Pasti Lebih Bahagia & Sihat Selalu

Panas baran, ‘kepala angin’ atau ‘naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.
Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Perkara sekecil kuman pun boleh jadi besar! Kemarahan yang tidak terkawal boleh membawa kesan kepada kesihatan dan hubungan anda. Maka, anda perlu atasinya agar tidak merebak lebih teruk sikap panas baran dalam diri.
1. Ambil masa bersendirian
Bila anda rasa ingin meletup, cuba ambil masa bersendirian, jauh daripada orang sekeliling selama 10 hingga 15 minit, cuba tenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
2. Bila rasa tenang luahkan
Sebetulnya penting untuk anda tenang, tidak kisahlah dalam apa jua situasi sekalipun perlu anda rasa tenang. Hal ini kerana, jika anda tidak tenang nescaya anda rasa panas dan tidak tenteram, anda jadi kusut dan tidak tentu hala. Bila sudah tenang, luahkan apa yang terpendam dalam hati.
3. Senaman ringkas
Jika anda rasa panas naik perlahan-lahan, cuba pergi berjalan atau berlari, atau luangkan masa lakukan aktiviti fizikal kegemaran anda, jika perlu ke gim. Aktiviti fizikal merangsang pelbagai bahan kimia otak yang boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang.
4. Fikir sebelum cakap
Kita selalu dengar perumpamaan ‘fikir sebelum cakap’, hal ini penting kerana takut nanti anda menyesal tak sudah pula, kalau boleh fikirkan dulu apa yang anda ingin katakan, jangan main serkap jarang.
5. Cuba selesaikan masalah seboleh mungkin
Sebagai contoh jika bilik abang anda terlalu kotor, cuba tidak memasuki atau datang ke bilik tersebut, jika pinggan mangkuk langsung tidak dibasuh, ringankan tulang membasuhnya. Kiranya lebih baik anda selesaikan terus masalah anda daripada mengamuk. Sentiasa ingatkan diri bahawa mengamuk hanya mengeruhkan suasana sahaja. Tetapi kalau dah kerap sangat mereka melakukan kesilapan yang sama, lebih baik bersemuka tapi kena ada caranya, jangan serkap jarang okay.
6. Sentiasa gunakan ‘I Statement’ bila selesaikan masalah
Sebelum menuding jari kepada orang lain yang hanya keruhkan suasana – baik gunakan ‘I statement’ dalam ayat anda. Sebagai contoh, ‘Awak langsung tak buat kerja rumah’ tukar kepada ‘Saya kecewa awak tinggalkan meja begitu sahaja tanpa tawarkan bantuan pada orang lain’. Cuba gunakan ‘I Statement’ sebaik mungkin.
7. Jangan berdendam
Walau susah sekalipun cuba untuk maafkan individu tersebut. Jangan berdendam kerana ianya hanya akan menyakitkan hati anda sahaja. Jika anda maafkan individu tersebut, ia mengkin suatu pengajaran di masa hadapan jika berdepan dengan masalah sebegini lagi. Anda boleh sentiasa beringat!
8. Latih diri lakukan kemahiran tenangkan diri
Sebagai contoh, bila rasa panas sahaja cuba katakan ‘take it easy’, ‘mengucap Ashtagfirullah’, tarik nafas dalam, urut dada atau anda boleh cuba dengar muzik yang tenang dan nyaman. Orang kata senaman seperti yoga baik untuk ketenangan diri, jadi cuba amalkan.
9. Minta bantuan
Jika tidak boleh juga, hadirkan diri ke kaunseling ataupun terapi bagi baiki masalah panas baran anda. Yang paling penting, sentiasa berdoa pada-Nya.
10. Perlu ada sifat sense of humor
Anda perlu ada sifat sense of humor agar hidup tidak stress. Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi apa yang membuatkan anda marah. Cuba elakkan sindiran, ia hanya akan menyakitkan perasaan dan membuat keadaan lebih teruk.
Kawal amarah okay!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Siapa Sangka Cecair Kumur Juga Banyak Kegunaannya Yang Lain

Mouthwash, juga dikenali sebagai ubat kumur atau cecair kumur merupakan bahan yang digunakan oleh kita setiap hari untuk membantu mencuci dan menghilangkan bau mulut. Kebanyakan cecair kumur ini datang dengan bauan yang wangi yang bertindak sebagai ejen pencuci. Siapa sangka cecair ini banyak kegunaannya.
Cecair kumur juga digunakan oleh ramai orang dari semasa ke semasa untuk pastikan mulut sentiasa berbau wangi.
Tapi tahukah anda selain bertindak sebagai cecair kumur, ia juga boleh digunakan untuk beberapa kegunaan lain terutama ketikaterdesak atau berada dalam kecemsasa. Kali ini MASKULIN ingin kongsi kelebihan menggunakan cecair kumur untuk pelbagai tujuan lain.

1. Hilangkan Bau Bawah Lengan
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu. Pasti tak sangka bukan?
2. Kurangkan Kegatalan Gigitan Serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, jangan sangka cara ini berkesan.
BACA: Wanita Ini Bawa Definisi Awet Muda Sebenar, Usia 53 Tapi Nampak Macam 23 Tahun!
3. Basmi Kuman Di Tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.
4. Bantu Hilangkan Kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.
5. Kutu Di Bulu Haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.
6. Membersihkan Muka Berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.
7. Basmi Kuman Di Berus Gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.
8. Bersihkan Skrin
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.
9. Hilangkan Bau Busuk Tong Sampah
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan Masalah Kaki Anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Jangan lupa untuk follow IG Maskulin dan tinggalkan komen!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Panaskan & Bukan Bakar – Alternatif Bebas Asap Boleh Menjadi Jalan Terbaik

Apakah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda apabila perkataan ‘tembakau’ disebut? MASKULIN percaya rata-rata daripada anda sebagai pembaca kami akan terus memikirkan tentang produk rokok.
Dan anda secara umumnya pasti sudah tahu akan kemudaratan yang dibawa oleh rokok terhadap kesihatan. Buat anda yang mungkin masih keliru atau tidak tahu, rokok yang melalui proses pembakaran akan menghasilkan debu, asap dan bau.
Asap rokok mengandungi lebih daripada 6,000 jenis bahan kimia yang mana lebih daripada 100 daripadanya telah diklasifikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya kepada individu. Bahan kimia beracun ini biasanya dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan merokok.
Tapi mungkin anda tertanya-tanya pula, bagaimana dengan TAR?
Pertama sekali anda perlu faham dan tahu bahawa TAR yang dimaksudkan di sini tidak ada kaitan dengan bahan yang digunakan dalam pembuatan jalan raya. Tetapi ia merujuk kepada ukuran sisa zarah bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok tersebut. Apabila wap air dan nikotin telah bebas dikeluarkan daripada asap rokok maka apa yang ditinggalkan itu adalah sisa tembakau yang dikenali sebagai TAR.
Jadi apa yang berbahaya sebenarnya adalah asap rokok kerana asap rokok mengandungi lebih bahan kimia seperti yang MASKULIN nyatakan di atas yang amat memudaratkan dan boleh menjadi punca atau penyebab.
Dan bukanlah nikotin walaupun ia boleh menyebabkan ketagihan! Ramai beranggapan bahawa nikotin menjadi punca penyakit berbahaya namun, nikotin bukanlah sebab utama penyakit berkaitan merokok. Ia cuma menyebabkan ketagihan. Walhal ia merupakan sejenis bahan semula jadi yang terdapat bukan sahaja pada tembakau malah tumbuhan lain seperti terung, tomato dan juga ubi kentang.
Seringkali apabila seseorang yang merokok mengidap penyakit yang berkaitan dengan merokok, ramai yang akan menyalahkan perokok tersebut. Walaupun tabiat merokok memang tabiat yang teruk dan amat membahayakan, namun bagi seorang perokok tidak senang sekali untuk berhenti.
Jadi apakah alternatif yang ada buat mereka?
Menurut VP Perniagaan Baharu dan Ketua Staf PMI, Dr. Patrick Picavet, beliau berkata “Cara terbaik untuk seorang perokok ialah berhenti merokok sepenuhnya. Malangnya, itu bukan realitinya. Realitinya adalah orang ramai masih akan berterusan dengan amalan merokok dan oleh itu, anda memerlukan alternatif yang kurang berbahaya jika anda ingin mengurangkan risiko individu serta kemudaratan populasi umum.
Di sinilah pentingnya kita sebagai pengguna yang bijak untuk tahu bahawa terdapat perbezaan di antara mekanisme pembakaran dan pemanasan. Tidak dinafikan berhenti merokok merupakan kaedah yang paling tepat dan selamat untuk mengelakkan diri berdepan dari risiko penyakit kronik. Namun dalam pada masa yang sama terdapat alternatif yang boleh diambil oleh mereka yang tidak mahu berhenti merokok.
Menerusi prinsip Tobacco Harm Reduction (THR) atau Pengurangan Kemudaratan Tembakau, ia boleh membantu perokok yang tidak boleh atau tidak mahu berhenti merokok di mana mereka kini diberikan pilihan yang lebih baik untuk bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan seperti rokok elektronik dan produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Products, HTP).
Bercakap tentang produk tembakau yang dipanaskan, ia sebenarnya menggunakan kaedah memanaskan tembakau dimana ia tidak menghasilkan abu atau asap.
Dengan kaedah pemanasan ini, tahap bahan kimia yang berbahaya secara tidak langsung dapat dikurangkan secara signifikan. Inisiatif atau pendekatan ini boleh menjadi alternatif yang baik buat mereka yang ingin membebaskan diri dari belenggu penggunaan rokok.
Sementara itu, e-cig, atau rokok elektronik pula memanaskan cecair yang mengandungi nikotin, perisa dan bahan kimia lain. Walaupun bebas asap, kemudaratan e-cig atau vape juga tertakluk kepada bahan yang digunakan dalam cecair yang digunakan.
Apapun, paling baik adalah untuk seseorang berhenti merokok sepenuhnya. Pilihan alternatif seperti HTP dan vape boleh menjadi langkah terbaik buat mereka berdepan kesukaran untuk berhenti merokok dan dalam masa yang sama mengurangkan kemudaratan seperti yang dibawa oleh rokok biasa.
Mereka yang masih bergantung kepada penggunaan nikotin pastinya boleh menarik nafas lega dengan alternatif seperti ini di mana ia mampu menyumbang manfaat dalam kehidupan seorang lelaki terutamanya dalam hubungan sosial bersama keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat secara amnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI