Kalau dah masuk waktu malam, tidak elok jika ambil makanan yang berat-berat kerana ia boleh melambatkan proses penghadaman.
Lebih-lebih lagi sudah sampai masa untuk tidur dan kita sememangnya memerlukan rehat untuk kembali aktif seperti biasa bermula esok pagi.
Untuk mengelakkan anda sukar tidur kerana perut berbunyi-bunyi, ini 7 minuman berkhasiat yang boleh anda cuba kerana banyak manfaat lainnya :
1. Jus oren
Antioksidan pada jus oren bukan sahaja dapat bantu melindungi jantung anda daripada dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.
2. Teh chamomile
Selain menghilangkan dahaga, teh chamomile boleh membuatkan anda tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan rasa cemas dalam dirinya.
3. Jus cranberry
Segelas jus cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.
4. Susu coklat
Segelas susu coklat mempunyai karbohidrat dan protein yang sangat tinggi selain mampu membuatkan anda rasa lebih kenyang. Dalam masa sama, kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle berpendapat atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya.
5. Teh hijau
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Kajian juga bersetuju bahawa minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
6. Jus tomato
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.
7. Teh hitam
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI