Bila sampai je musim tengkujuh, bukan panas dan sejuk saja tak menentu, suhu badan anda pun tak menentu. Ramai yang terpaksa menanggung akibat demam dan selsema pada musim ini. Tak perlu tunggu musim tengkujuh pun, kalau dah seseorang itu terkena serangan selesema dan demam, pasti banyak pekerjaan anda yang tergendala kan? Andai kata hari ini anda selesema dan tidak sedap badan, sambil-sambil anda scroll telefon anda tu, apa kata anda cuba 7 makanan ini untuk cepat baik dari selesema.
Bawang putih
Bawang putih bukan saja boleh merawat kulit, atau menghalau hantu (gurau), malah ia merupakan sumber makanan alami yang melawan selesema. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen bawang putih mengalami selesema yang lebih rendah secara keseluruhan dan kurang parah jika mereka terkena serangan. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang merangsang sistem kekebalan tubuh. Jadi, masak makanan yang melibatkan bawang putih dengan banyak. Nak makan terus macam tak lalu pulak kan.
Ikan
Asid lemak omega-3 adalah campuran yang membantu dalam pengurangan keradangan (yang menghalang sistem imun anda). Salmon dan Tuna yang dimuatkan dengan kompaun super ini boleh membantu anda ketika anda dalam kesejukkan. Mereka bekerja untuk membebaskan sistem imun anda untuk menjalankan tugasnya.
Sup Ayam
Dalam keadaan hidung tak selesa ni, sedap kalau dapat makanan panas-panas. Asid Amino yang terdapat dalam ayam sebenarnya membantu memecahkan lendir dalam paru-paru anda dan dapat membuka ruang pada hidung anda yang tersumbat tu. Air rebusan ayam tersebut membuat anda terhidrat dan melegakan sakit tekak juga. Sup ini mempunyai elemen anti-radang juga membantu mengurangkan kesak nafas.
Lada cilil
Lada cili tidak boleh menghentikan selesema serta merta, tapi ia dapat membersihkan saluran hidung anda dan membuat anda berasa lebih baik dalam masa yang sama. Lada cili mengandungi capsaicin, yang berfungsi dengan merangsang dan kemudian menurunkan intensiti isyarat sakit di dalam badan.
Air kelapa
Air kelapa yang datangnya terus daripada buah kelapa itu sendiri, bukan yang telah diproses atau dijadikan Coconut shake! Khasiat air kelapa ini banyak sebenarnya, ia mampu untuk menjaga hidrat tubuh anda semasa sakit. Air kelapa mengandungi kedua-dua glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk membuat anda terhidrasi.
Halia
Ini senang. Anda hanya perlu ambil 1 uncang teh dan beberapa hirisan halia ini membantu anda untuk merawat mual dan sakit. Akar halia tersebut mengandungi unsur anti radang membantu melegakan sakit tekak dan membunuh virus yang menyebabkan selesema.
Ais Krim
Ini kalau selesema hari-hari pun tak kesah kan. Ais krim sebenarnya makanan yang paling efektif untuk anda yang sedang bertarung dengan hidung dan tekak. Ais membantu untuk membuat anda terhidrasi dan mengurangkan kesesakan. Ia adalah pilihan yang terbaik antara makanan kerana ia menenagkan kerongkong anda dari bengkak. Kalau boleh jangan beli ais krim diluar kerana kemanisan melampau. Anda boleh buat sendiri dengan membuat air buah dan bekukan ia. Jangan dan habis selesema, penyakit lain pula datang kalau anda makan ais krim bukan-bukan di luar sana.