Bantal yang berpeta dan kekuningan pasti membuatkan tidur anda tidak selesa dan silap hari bulan tempat membiaknya hama. Waktu tidur adalah waktu yang paling berharga buat semua orang, mendapat tidur yang selesa adalah penting.
Jika anda perasan, setiap kali anda menukar sarung bantal, bantal anda tidal lagi kelihatan putih seperti dahulu, mungkin ada kesan kekuningan akibat kelembapan akibat peluh ketika anda tidur. Jangan dibuang bantal tersebut, ada cara dan petua yang boleh memutihkan semula bantal itu dan menyelamatkannya.
Cara Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan
1) Pertama sekali anda perlu semak label pada bantal, sama ada bantal itu boleh dicuci dalam mesin basuh atau tidak. Jika boleh, anda perlulah sediakan 5 jenis bahan ini:
Bahan-bahan yang diperlukan
Air panas
1 cawan cecair sabun pembersih baju/detergen
1 cawan serbuk pembersih baju
1 cawan Cecair peluntur
½ cawan Borax
2) Isikan 1/3 mesin basuh dengan air panas dan masukkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.
3) Tekan butang Mula dan biarkan semua bahan-bahan yang dimasukan tadi larut dengan air.
4) Selepas beberapa minit, barulah masukkan bantal. Maksimum cuci dua bantal sahaja, jangan lebih. Sebab kalau mesin terlalu penuh nanti bantal tak dapat dicuci dengan bersih.
5) Tambahkan lagi air panas.
6) Tetapkan cucian sebanyak dua kali sahaja pada mesin basuh.
7) Setelah bantal siap dicuci. Anda bolehlah gunakan mesin pengering untuk keringkan bantal. Ataupun keringkan sahaja di laman rumah. Seeloknya keringkan ketika cuaca panas terik agar bantal tersebut dapat kering luar dan dalam.
Hasilnya, bantal kekuningan tadi bertukar menjadi putih bersih!
Selamat mencuba.
Sumber: Ceritera.pw