Rasa sedap keju ataupun cheese memang tidak dapat disangkal dan sering menjadi penambah perisa dalam makanan harian kita. Keju ataupun ‘cheese’ merupakan salah satu produk tenusu dibuat daripada susu lembu, kambing, biri-biri, dan mamalia lain. Terdapat lebih daripada 500 jenis keju yang dihasilkan di seluruh dunia, termasuk Blue, Cheddar, Cottage, Colby, Swiss, Parmesan dan Mozzarella. Jenis keju yang dihasilkan ini bergantung kepada susu yang digunakan dan proses pembuatannya.
Tapi ramai yang menolak makanan ini dek takut gemuk. Tapi jangan tidak tahu makanan ini kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin B12, Vitamin C, kalsium, seng, fosfor, zat besi dan kalium. Selain rasanya yang enak dan berlemak, keju juga punyai banyak khasiatnya.
1. Mencegah kanser
Keju mengandungi bahan dipanggil Conjugated Linoleic Acid yang dapat membantu tubuh anda mencegah kanser. Vitamin B dalam keju juga membantu melindungi tubuh daripada penyakit.
2. Menguatkan tulang
Selain itu, keju adalah sumber terbaik untuk mendapatkan kalsium yang penting untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat serta mencegah osteoporosis. Di samping itu, vitamin B dalam keju juga membantu badan anda menyerap dan menyalurkan kalsium kepada tulang.
Ads
3. Menambahkan berat badan
Buat si kurus melidi yang tengah berusaha nak menambahkan berat badan, bolehlah banyakkan mengambil keju dalam makanan seharian. Keju yang kaya dengan protien, kalsium dan lemak adalah cara sihat untuk anda menambahkan otot, lemak, berat dan kepadatan tulang.
4. Mencegah kerosakan gigi
Kasein yang terdapat dalam keju membantu melindungi enamel gigi dengan membentuk penapis yang nipis pada permukaan gigi untuk menghalangnya daripada rosak.
Ads
5. Baik untuk kulit
Seperti yang kita tahu, keju kaya dengan vitamin B. Ini menjadikan ia sangat baik untuk kulit kerana vitamin B amat diperlukan dalam pertumbuhan sel, menjadikan kulit bercahaya dan mengeluarkan noda yang menyebabkan kulit yang sihat dan anda boleh dapatkan vitamin tersebut dalam sepotong keju sahaja.
6. Mengekalkan kesihatan mata
Keju juga mengandungi vitamin A yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan penglihatan yang normal dan mengelakkan rabun.
Ads
7. Meningkatkan sistem imunisasi
Untuk pengetahuan anda, sesetengah jenis keju seperti Blue, Swiss dan Cheddar adalah kaya dengan selenium dan antioksidan yang penting dalam sistem imunisasi badan anda. Selain itu, vitamin B dalam keju ini akan mengekalkan fungsi badan dan meningkatkan sistem imunisasi.
Walau bagaimanapun, perlu diingat keju juga adalah berbahaya jika diambil dengan banyak kerana kandungan lemak dan garamnya. Jadi! makan boleh tapi berpada-pada!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mohon jangan cemburu kalau raya ni semua orang perut dan kaki semakin cantik masa menyarung baju Melayu di pagi raya. Jaga pemakanan sepanjang bulan puasa di samping lakukan senaman secara konsisten.
1. Kickback
Bermula dengan posisi berdiri, terus bongkok ke arah lantai sambil kedua-dua tangan menahan permukaan. Kaki kiri angkat setingginya ke atas. Kemudian turunkan kaki itu secara lurus dan bersedia untuk pergerakan seterusnya.
2. Lunge Twist
Posisi kaki ketika ini dalam keadaan menyengap (lunge). Terus melibaskan tangan kiri di atas udara ke arah belakang. Tahan seketika. Kemudian, lakukan aksi yang sama untuk bahagian badan sebelah kanan pula.
3. Roll
Dari posisi Lunge, terus pusing badan ke arah kiri atau kanan. Posisi badan ketika ini seakan-akan terbaring. Pusing (roll) semula dan kembali ke posisi lunge.
4. Cossack
Dari posisi Roll, terajang kaki kanan ke arah udara. Bayangkan anda sedang menedang musuh yang sedang berdiri. Tahan kaki itu di udara seketika. Kemudian, ulang pergerakan untuk bahagian kaki sebelah kiri pula.
5.Hollow Sit to Press-Up
Dari posisi Cossack, rendahkan badan ke permukaan lantai, tahan sejenak dan putar kedudukan kaki terus ke posisi press up. Terus lakukan press-up selama beberapa rep.
6. Pop -Up
Dari posisi press-up, tahan permukaan lantai menggunakan kedua-dua belah tangan, seterusnya anjak pinggul ke arah atas. Loncat sedikit sambil membuka kekuda. Ulang pergerakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai antara golongan lelaki yang kurus cukup teringin untuk memiliki badan yang tegap dan berisi seperti Aaron Aziz tetapi ramai antara mereka berasa seolah-olah tiada harapan untuk mereka kerana berat badan mereka terlalu kurang. Ramai yang sedang mencari kaedah bina badan untuk orang kurus yang dikatakan selamat dan berkesan.
Untuk bermula bina badan terutamanya bagi orang kurus seperti anda, anda boleh mula mengambil makanan tambahan protein iaitu whey yang menurut kajian, didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan khas untuk anda.
Ikuti langkah-langkah senaman ini untuk membantu orang kurus seperti anda membina badan:
Teknik senaman barbell dan dumbbell
Berbaring dalam keadaan posisi yang selesa. Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman tangan.
Tangan berada pada laras bahu. Tidak boleh jika melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pembentukan otot dada.
Lentikkan badan untuk memberi lebih tumpuan pada dada anda.
Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus ketika anda sedang mengangkat barbell.
Lakukan dalam enam hingga lapan kali bagi membina kekuatan badan dan seandainya anda ingin memberi tumpuan kepada kekuatan otot, boleh dilakukan sebanyak lapan hingga 12 kali.
Mesin chest fly
Duduk dalam keadaan posisi yang selesa.
Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau tekanan pada bahagian dada.
Kemudian halakan pemegang ke hadapan tetapi pastikan bahawa keadaan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
Buat secara berulang kali dalam kiraan lapan hingga 12.
Mesin ini boleh digunakan bagi anda yang ingin untuk membentuk kelebaran dada.
Mesin incline bench press
Berfungsi untuk membantu anda mendapatkan ketebalan dada terutamanya bahagian atas.
Lakukan langkah sama seperti bagaimana anda mengangkat barbell dan dumbbell tadi.
Semoga dengan latihan senaman ini nanti dapat membantu anda untuk berjaya mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan di samping untuk menyelesaikan masalah bina badan untuk orang yang kurus seperti anda. Semoga berjaya dan kongsikan jika anda mendapatinya bermanfaat untuk anda dan orang sekeliling.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak rugi untuk anda nikmati kebaikan bahan dari alam semulajadi ini sebagai makanan kesihatan tambahan jika dah tahu banyak manfaat darinya.
Sejak beribu tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakan Cuka Apal sebagai makanan dan ubatan untuk diri sendiri dan haiwan peliharaan mereka. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat dan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).
Menurutnya, cuka epal boleh dicampur dengan madu untuk membuat air yang dinamakan ‘honergar’ (madu + cuka epal).
Pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.
1. Detox.
Detox berfungsi mengeluarkan toksin dan bahan berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
2. Kuruskan Badan.
Berupaya memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol serta mengimbang tekanan darah dalam badan.
3. Diabetes & Kencing Manis.
Cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan berupaya mencegah penyakit kencing manis serta arthritis.
4. Selsema & Sakit Tekak.
Meredakan selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.
5. Kulit.
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit. Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi. Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
6. Badan & Bau yang kurang menyenangkan.
Menolong meneutralkan pH badan/ mulut dan membunuh kuman & bakteria penyebab terhasilnya bau busuk dan sesuai juga untuk masalah kaki berbau.
7. Keracunan Makanan.
Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa (anti-diarrhea).
Pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.
Banyak khasiat cuka cider ni, dah tahu apa lagi, Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.