Ketika melakukan plank, mungkin tanpa sedar anda telah melakukan kesalahan yang boleh mengundang kecederaan pada tubuh badan.
Jangan biarkan senaman anda menjadi sia-sia. Jadi, pastikan anda buat senaman plank ini dengan postur yang betul untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
Tidak dinafikan plank adalah antara senaman efektif dalam melatih bahagian core badan terutamanya di bahagian perut, lengan atas, punggung dan kaki.
Agar anda tidak mengulanginya, ikuti 7 kesalahan ketika melakukan plank ini sebagaimana yang dikongsikan dalam Youtube Kevin Zahri.
Jika anda menahan nafas, anda akan menyekat oksigen ke dalam badan dan ini tidak akan memberi apa-apa manfaat. Jadi, jangan tahan nafas dan bernafaslah seperti biasa.
2. Jangan pandang ke depan
Posisi mendongakkan kepala akan memberikan stres dan sakit pada bahagian leher. Jadi, pandang ke bawah biar leher anda berada pada posisi atau kedudukan yang neutral dan relaks.
3. Suka tonggekkan punggung ke atas
Kesalahan ini sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan senaman plank. Walaupun cara ini lebih mudah untuk buat plank tapi ia tidak berkualiti. Jadi, pastikan punggung anda tidak dinaikkan dan berada paras yang lurus dan sama dengan badan.
Ads
4. Jangan turunkan punggung ke bawah
Walaupun posisi menurunkan atau melengkungkan punggung ini akan memudahkan plank, namun posisi ini adalah salah.
5. Jangan baringkan badan ke depan
Posisi membaringkan badan ke depan juga perlu anda elakkan ketika melakukan plank.
6. Pastikan posisi bahu tidak melebihi siku
Posisi bahu hendaklah berada di atas siku agar kedua-dua bahagian ini dapat merasai ketegangan yang sama. Tiada masalah jika anda ingin merapatkan tangan kerana ia akan memudahkan terutamanya buat mereka yang baharu memulakan plank.
Ads
7. Jangan rehatkan dahi di atas tangan
Jangan baringkan badan dan letakkan dahi di atas tangan untuk berehat. Lakukan plank mengikut tahap kemampuan diri anda. Lebar kaki boleh diubahsuai. Kalau cara yang biasa lebar kaki adalah pada paras bahu. Anda boleh melebarkan atau merapatkan kaki untuk mempelbagaikan cara mengikut keselesaan.
Anda juga boleh pelbagaikan plank tersebut misalnya dengan mengangkat tangan sebelah, angkat kaki sebelah, mungkin angkat tangan atau kaki yang berlawanan, boleh buat plank rotation. Carilah senaman plank yang pelbagai yang mana ia boleh mencabar bahagian core diri anda. Dan paling penting, pastikan buat senaman ini dengan berkualiti.
Untuk lebih jelas, anda boleh tonton perkongsian dari Youtube Kevin Zahri ini.
Dalam kedaan kita bergembira di hari raya, pasti anda terbabas makan makanan yaang penuh dengan kalori kan? Sedap sangat biskut raya dan segala kerepek. Tambah lagi sambil anda menonton filem atau drama yang disajikan untuk anda di kaca tv, mesti seronok kan?
Anda pasti ingat jumlah kalori harian yang perlu anda ambil bukan? Untuk hidangan kuih raya, makanan ini mengandungi tepung, gula dan butter yang sangat banyak. Dan semua barang makanan itu terdiri daripada lemak! Jadi, sebelum anda tersasar jauh, kami nak listkan kalori kuih raya untuk anda makan pada hari raya yang mulia ini.
Jadi berapa kalori biskut biskut dan kuih raya ni?
Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal
Almond London = 110 kkal
Biskut cornflakes = 80 kkal
Biskut Arab/ makmur = 50 kkal
Biskut suji = 40 kkal
Kuih Semperit = 40 kkal
Bahulu = 60 kkal
Dodol = 70 kkal
Kek buah = 130 kkal
Kek lapis Sarawak = 160 kkal
Muruku = 120 kkal
Kerepek pisang = 40 kkal
Rempeyek = 70 kkal
Ingat: Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.
Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak merasa langsung, kempunan pula nanti.
Makanlah secara berhemah, dua tiga biskut raya mungkin sudah mencukupi, kalau kenyang dengan biskut kuih raya sahaja, makanan lain mungkin tiada tempat dalam perut.
Selamat Hari Raya!
Sumber: kevinzahri.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Teh hijau terkenal sebagai antara minuman yang banyak kebaikan. Amalkan pengambilan teh hijau ini untuk kecantikan dan memberi kesihatan yang hebat untuk tubuh badan.
Bukan sahaja perempuan, lelaki juga bakal mendapat banyak manfaat jika mengamalkan pengambilan teh hijau ini. Jadi pastikan anda tidak mensia-siakan amalan minum teh hijau yang cukup hebat ini.
Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi penulisan Dr Jue tentang 10 sebab kenapa anda mesti minum teh hijau. Semoga perkongsian ini akan membuka mata anda betapa hebatnya teh hijau ini jika dijadikan sebagai minuman harian.
10 SEBAB KENAPA ANDA MESTI MINUM TEH HIJAU (GREEN TEA)
Assalamualaikum anda semua! Anda minum apa hari ini. Minuman anda merosakkan atau memberi kebaikan pada anda semua?
Dr Jue minum teh hijau setiap hari. Ada yang tanya Dr Jue kebaikan teh hijau. Di sini Dr Jue akan share segala kebaikan teh hijau pada anda semua. Lepas ni semua bertukar pada minuman yang berhasiat ini yer!
Teh hijau (green tea) adalah minuman paling berkhasiat di planet ini.
Ianya kaya dengan antioksidan dan zat makanan yang mempunyai kebaikan yang sangat hebat pada tubuh kita.
Kebaikan teh hijau meliputi menambah fungsi otak, membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi yang Dr Jue akan huraikan di sini.
10 khasiat teh hijau yang telah di buktikan melalui kajian scientifik adalah seperti berikut.
1. Teh hijau mengandungi kompaun bioaktif yang meningkatkan kesihatan
Teh hijau bukan setakat cecair berwarna hijau biasa!
Terdapat banyak kompaun bioaktif dalam daun teh yang membawa kepada minuman yang mempunyai banyak kandungan zat penting makanan.
Teh hijau mengandungi banyak Polyphenol seperti flavonoids dan catechins yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat.
Bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam badan, melindungi sel-sel dan molekul-molekul daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Radikal bebas bertanggungjawab dalam proses penuaan badan. Efek ini menjadikan kita awet muda.
Salah satu kompaun dalam teh hijau adalah Epigallacatechin Gallate (EGCG), di mana kajian menunjukkan bahan ini melindungi badan dari pelbagai penyakit. Ini menjadikan teh hijau mempunyai kesan seperti ubat yang kuat.
Teh hijau juga mengandungi sedikit mineral yang membantu kesihatan.
Carilah teh hijau yang betul-betul berkualiti . Teh hijau yang rendah kualiti mengandungi kandungan fluoride yang tinggi!
Ada kenyataan menyatakan, walaupun kita mengambil brand yang rendah quality, kita masih lagi mendapat banyak manafaat dari teh hijau tersebut.
2. Kompaun dalam teh hijau boleh memperbaiki fungsi otak dan menjadikan anda lebih bijak
Teh hijau bukan sahaja membuatkan anda celik, malah membuatkan anda lebih bijak.
Bahan yang membuatkan anda cergas adalah perangsang semula jadi dalam teh hijau iaitu caffeine.
Kandungan caffeine dalam teh hijau tidaklah setinggi kandungan caffeine dalam kopi. Walau bagaimanapun, ia sudah mencukupi dan tidak menyebabkan ketagihan seperti minum kopi.
Apa yang caffeine buat adalah menghalang pengeluaran Adenosine iaitu neutotransmitter pembantut. Cara ini meningkatkan aktiviti neuron dan juga meningkatkan neurotransmitter perangsang iaitu dopamin dan norepinaphrine.
Kajian terhadap caffeine menunjukkan ia boleh mengawal mood, kelakuan, tindakan pada masa dan ingatan.
Teh hijau juga mengandungi L-theanine yang boleh sampai ke otak dan mengurangkan Stress dan Anxiety.
Kombinasi rendah caffeine dan L theanine meningkatkan fungsi otak! Menjadikan anda lebih bijak.
Ramai yang merasa lebih bertenaga dan lebih produktif selepas minum teh hijau.
3. Teh hijau meningkatkan pembakaran lemak badan dan meningkatkan kecergasan fizikal
Banyak suppliment pembakar lemak menambah teh hijau di dalamnya!
Ini adalah kerana kajian pada manusia menunjukkan teh hijau boleh meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
Kajian pada 10 lelaki aktif menunjukkan teh hijau menaikkan tenaga sebanyak 4%.
Kajian menunjukkam teh hijau meningkatkan kadar pembakaran lemak sebanyak 17%. Kesan ini bergantung pada individu dan bukan pada semua orang.
4. Antioksidan dalam teh hijau dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser
Kanser adalah disebabkan pembiakan sel yang tidak terkawal.
Teh hijau adalah sumber antioksidan yang tinggi.
*Kanser payudara*
Kajian dari Meta-analysis menunjukkan wanita yang minum teh hijau mempunyai risiko kanser payudara 22% rendah wanita lain.
*Kanser kelenjar prostat*
Satu kajian mendapati lelaki yang kerap minum teh hijau mendapat kanser prostat kurang 48% dari lelaki lain.
*Kanser usus*
Kajian dari 69,719 wanita China yang minum teh hijau mendapati mereka kurang mendapat kanser usus sebanyak 57%.
Banyak lagi kajian mendapati peminum teh hijau kurang dengan jelas dari mendapat pelbagai kanser lain.
*Diingatkan di ini bahawa minum teh hijau bercampur susu boleh mengurangkan kesan antioxidan teh hijau!*
5. Teh hijau menjaga otak dari penuaan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer’s (nyanyuk) dan penyakit Parkinson’s
Not only can green tea improve brain function in the short term, it may also protect your brain in old age.
Banyak kajian di makmal dan pada haiwan menunjukkan kompaun catechins dalam teh hijau mempunyai kesan menjaga otak dan mengurangkan risiko penyakit nyanyuk dan Parkinsons
6. Teh hijau boleh membunuh kuman dan meningkatkan kesihatan gigi anda juga mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman
Catechines dalam teh hijau juga mempunyai kesan biologikal.
Kajian menunjukkan ia boleh membunuh bakteria, menghalang virus dari membiak seperti virus influenza juga mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Kajian mendapati catechins menghalang pembiakan mutan bakteria sterptococcus yang selalunya menyebabkan kerosakan gigi. Ia juga kengurangkan bau mulut!
7. Teh hijau juga mengurangkan risiko Kencing Manis Type 2
Kajian menunjukkan teh hijau menurunkan sensitiviti insulin dan menurunkan paras gula dalam darah.
Satu kajian di Jepun mendapati mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko kurang mendapat kencing manis sebanyak 42%.
Menurut laporan dari 7 kajian yang melibatkan 286,701 orang, peminum teh hijau kurang mendapat kencing manis sebanyak 18%.
8. Teh hijau mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung kardiovaskular
Teh hijau boleh mengurangkan cholesterol dan triglycerides peminum. Ini boleh menurunkan risiko penyakit jantung.
Teh hijau juga juga meningkatkan keupayaan antioksidan darah. Ini membantu melindungi partikel LDL cholesterol dari proses pengoksidanan yang membawa kepada sakit jantung.
Kesan ini membantu peminum teh hijau dari bahaya sakit jantung sebanyak 31%.
9. Teh hijau membantu untuk kurus dan mengurangkan risiko menjadi gemuk
Teh hijau meningkatkan kadar metabolisma badan yang membantu untuk kurus.
Beberapa kajian menunjukkan teh hijau menurunkan lemak badan terutamanya pada bahagian perut.
Kajian terhadap 40,539 orang dewasa Jepun menunjukkan mereka yang minum teh hijau 5 cawan sehari mempunyai umur yang lebih panjang dari mereka yang tidak minum teh hijau.
Kajian lain terhadap 14,001 penduduk dewasa Jepun mendapati mereka yang berumur 65-84 tahun adalah mereka yang meminum teh hijau.
Saranan Dr Jue, jaga diet anda, minum teh hijau tanpa gula sebagai minuman utama anda setiap hari untuk kesihatan optimum.
Sekian
#drjuesrikandipejuangkesihatan
Bahan rujukan: Kris Gunnars, BSc
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila bercakap tentang zumba pastinya kita akan mengaitkan aktviti berupa senamrobik ini lebih mesra di kalangan wanita.
Namun sebenarnya adan silap. Lelaki juga dapat melakukan aktviti kecergasan dan senaman ini. Malah banyak faedah yang anda boleh perolehi dengan melakukan aktiviti ini.
Tak percaya?
Ikuti 6 kelebihan yang bakal anda dapat bila aktiv berzuma di bawah.
Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori.
Badan Lebih Tegap
Jika anda terus berzumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.
Lebih Bertenaga & Seronok
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!
Mampu Lepas Tekanan
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.
Sesuai Semua Usia
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.