7 Kesalahan Budak Umur 20-an, Salah Satu Suka Berlagak Macam Kaya?

Share

Usia 20-an dianggap sebagai usia kritis dalam proses menjadi lebih dewasa dan mengasah diri memiliki peribadi matang. Ia dapat diuji dalam alam pekerjaan yang ternyata mencabar. Namun, ramai tersilap percaturan sehingga akhirnya akan membawa kemudaratan. Maskulin rungkaikan 7 kesilapan besar ketika bekerja yang biasa dilakukan kebanyakan orang pada usia 20-an.

 

1- PENDIDIKAN SUDAH MENCUKUPI?

Ramai beranggapan bahawa memiliki taraf pendidikan tinggi sudah cukup untuk membawa kita ke tahap kegemilangan dalam kerjaya. Segulung ijazah mahupun Master sudah membuatkan anda riak. Untuk kes-kes terpencil, mungkin ya tetapi tidak semua. Akuilah, taraf pendidikan saja tidak mencukupi.

Zaman kini bukan lagi seperti dulu iaitu mereka yang berpendidikan tinggi dipuja dan dicari. Pendidikan tinggi haruslah diselangi dengan elemen lain bagi mengukuhkan personaliti dan masa depan anda; bakat, skil komunikasi, tahap disiplin yang tinggi serta keupayaan untuk berfikiran kreatif. Semua ini perlu ada.

 

2- TIDAK MENABUNG

Mungkin kerana usia yang dianggap muda dan masih di bawah tajaan ibu dan bapa. Pada usia 20-an, kebanyakan daripada kita mengambil ringan soal menabung. Duit hasil daripada titik peluh bekerja banyaknya dilaburkan untuk keseronokan semata. Ini silap.

Kajian yang dilaporkan di laman kerjaya Bankrate.Com mendapati hampir 69% pekerja muda langsung tidak menyimpan atau mempunyai dana simpanan untuk hari tua kelak. Sewajarnya, daripada usia mudalah kita perlu menyimpan agar hasilnya banyak pada masa depan.

3- ABAIKAN KESIHATAN

Atas alasan diri masih muda dan jarang dihinggapi penyakit, kesihatan bukanlah keutamaan utama bagi anda yang berusia 20-an. Selain tidak menjaga kesihatan, ada yang lebih mudah untuk membiarkan diri terdedah dengan pelbagai gejala memberi efek pada kesihatan. Contohnya merokok, meminum arak, seks bebas, mengambil dadah, makan makanan ringan dan sebagainya.

Apa yang pasti, pada saat anda berada di usia 20-an, anda perlulah memberi perhatian serius akan kesihatan fizik dan mental. Jika dari muda sudah mengabaikan kesihatan, bagaimana nanti jadinya di usia tua?.

 

4- MUDAH MENYERAH

Walaupun pada usia ini, kebanyakan daripada kita mempunyai daya kekuatan dan mudah untuk memberontak, tidak semuanya punya kekuatan dari segi daya tahan menghadapi sesuatu dugaan mahupun cabaran di alam kerjaya. Kebanyakan daripada kita kerap dipandu oleh mainan emosi dan membiarkan emosi mengawal tingkah.

Hasilnya, kebanyakan anda berusia 20-an mudah marah, sensitif, cepat memberontak akan isu kecil dan akhirnya menyerah begitu saja. Sayang bukan? Oleh itu, kawal emosi dalam setiap keputusan yang dibuat dan pelajari setiap satu pengalaman yang dikutip.

5- SELALU BERDENDAM

Saat anda baru sahaja memulakan kerjaya, pastinya anda sentiasa dituntut untuk menyenangkan hati ramai pihak. Contohnya pihak atasan, bos, rakan kerja, pelanggan, dan semua orang. Itu hakikat yang perlu anda terima seadanya. Namun ia bukannya mudah.

Pada akhirnya nanti, apa saja yang anda cuba lakukan pasti berakhir dengan sikap tidak puas hati, dendam, cemburu dan sebagainya. Akhirnya anda juga akan kecewa. Sebagai orang muda, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu ambil pusing mengenai perihal ini. Just be yourself and do your job.

 

6- KONSEP ‘HITAM PUTIH’

James Altucher, seorang penulis dan pelabur berjaya berpendapat bahawa kebanyakan  mereka yang berusia 20-an mula terjebak dalam kemutlakan hitam dan putih di alam pekerjaan.  Pada usia 20-an adalah lebih senang melihat segalanya hanya dari satu sisi mahupun sudut saja. Padahal wujud banyak lagi elemen sudut pandang dan perspektif baru yang boleh membawa kita ke arah jaya.

Oleh itu, luaskan pandangan dan jangan hadkan pemikiran anda. Sentiasa terbuka untuk mencuba kepelbagaian peluang dan jalan baru yang boleh mengembangkan lagi potensi anda.

7- WANG ADALAH SEGALANYA

Pada usia 20-an, pastinya ramai daripada kita cukup bersemangat untuk mengumpulkan wang dan harta sebanyak mungkin. Ini kerana terpengaruh dengan segala macam teknologi, kemudahan dan sebagainya. Ia hanyalah untuk kesenangan jangka singkat.

Dek kerana terlalu mengejar pekerjaan dan mencari wang demi kesenangan, anda juga di antara kita mula lupa akan kepentingan lain. Antaranya perhubungan erat keluarga, kasih sayang antara sahabat dan lain-lain. Akibat terlalu tamak dengan harta di dunia, sehinggalah anda mengabaikan nilai-nilai lain yang perlu juga diutamakan.

 

8- DESAKAN KAWAN-KAWAN

Pastinya apabila kita memasuki alam pekerjaan yang baru, pelbagai jenis manusia akan ditemui dengan ragam masing-masing yang sukar untuk dikenal pasti pada awal pergaulan. Ini antara kesilapan utama mereka yang berumur 20an.

Mungkin sukar untuk mereka memilih kerana dek atas alasan ingin fit in

dengan rakan-rakan lain. Anda dengan mudah membiarkan diri dipengaruhi untuk melakukan apa saja yang boleh memberi efek pada kerjaya. Jadi, berhati-hati dengan siapa anda berkawan.

9- CULTURE SHOCK

Budaya kerja yang kekok dan tidak masuk dengan jiwa menyukarkan seseorang  pada usia muda seperti 20-an khususnya untuk mengadaptasi situasi. Bayangkan, jika sebelum ini hanya duduk sebumbung dan di bawah jagaan serta suapan orang tua, anda mungkin mudah untuk dijangkiti sindrom popular iaitu kejutan budaya. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri, kelak pastinya anda akan mengalami kesukaran sama di tempat lain. Oleh itu, amalkan untuk mencuba

 

10- ISU KEPERCAYAAN

Soal isu kepercayaan antara salah satu masalah buat mereka yang masih pada awal mahupun pertengahan 20-an, sama ada dalam memberi mahupun menerima. Ini berikutan dengan keadaan diri yang masih lagi memerlukan seliaan atasan terutama berkaitan kerjaya mahupun personaliti diri. Dikuasai dengan tindakan terlalu berhati-hati, di samping mudah percaya akan sesuatu menyebabkan ada sesetengahnya gagal untuk bekerja dalam keadaan selamat dan profesional.

 

Published by
Kim Rahim