Untuk merapikan misai kumis dan jambang yang panjang, lelaki perlu ada jenis pencukur yang mudah guna. Bila ada pencukur yang sesuai, barulah anda rasa selesa untuk merapikan rerambut pada wajah.
Nak bercukur pun kena tengok juga jenis pencukurnya. Ini ada 7 jenis pencukur untuk kegunaan harian yang wajib anda miliki. Mudah guna dan harganya juga mampu miliki.
RM61.99
Pencukur elektrik terbaik
Untuk pencukuran yang lebih rapi, Philips Shaver PQ206 menggabungkan cukuran secara tertutup dengan kepala pencukur terapung bebas. Lebih selesa kerana bilah pencukur ini mampu untuk mengikuti lengkungan muka anda. Tak perlu kerap menukar pencukur yang baru.
Waranti pencukur dari Philips ini bertahan selama 2 tahun dan mempunyai sistem pengasahan bilah dengan sendirinya. Dengan sistem yang sangat cekap, alat pencukur tanpa wayar ini pasti menjadi pilihan anda.
RM35.90
Pencukur rambut terbaik
Dengan sistem pencukur cas semula ini, anda boleh memilih pengepit (clipper) boleh laras yang anda inginkan untuk memotong rambut panjang yang berbeza. Dilengkapi dengan bilah keras dan tajam, ia sangat sesuai untuk semua jenis peringkat umur.
Anda akan terasa memotong rambut dengan pencukur sama seperti menyikat rambut. Pencukur ini pasti tidak akan menyakitkan kulit kepala anda. Mudah dan selamat.
RM49.00
Pencukur janggut terbaik
Daripada 100% jenama baru dan berkualiti tinggi, peranti elektrik ini dapat membantu anda merapikan janggut dan sampingan (sideburns) dengan cepat untuk mereka yang kejarkan masa.
Dikuasakan dengan kepingan bilah logam yang nipis, bilah dalaman ini menawarkan cukuran yang lebih lembut dan kurang getaran. Mudah untuk dibasuh dengan air tanpa perlu risau bilah menjadi berkarat.
RM26.30
Pencukur kening sesuai untuk lelaki dan wanita
Pencukur kening ini direka dengan pemegang yang mudah untuk dikendalikan. Waranti pencukur ini bertahan selama 1 tahun dan boleh ditukar kepada 2 jenis bilah yang berbeza.
Rekaan khas pencukur ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Dengan bilah yang tajam, pasti tidak akan menyakitkan kening anda semasa bercukur. Yang penting, berhati-hati semasa mencukur!
RM38.80
Pencukur terbaik untuk membuang kulit mati
Scholl Velvet Smooth Express Pedi ini adalah pencukur elektronik terbaik untuk membuang kulit mati di kaki anda. Rekaan unik kepala berputar Micralumina yang mempunyai zarah mikro kasar dapat membantu dengan cepat proses pembuangan kulit mati.
Pencukur ini tidak mempunyai pisau tajam dan dilengkapi dengan ciri keselamatan secara automatik. Dengan pemegang sentuhan lembut yang berbentuk ergonomik, pasti akan memudahkan kerja anda. Pedicure tak pernah rasa begitu mudah!
RM37.60
Pencukur bulu hidung yang sesuai untuk anda
Pencukur elektrik berkualiti tinggi 3 dalam 1 ini mampu untuk merapikan bulu hidung, rambut dan kumis. Dengan kelajuan 360 darjah, ia mudah untuk mencukur rambut yang berlebihan dan tak diingini.
Bilah dari besi keluli tahan karat membuatkan alat pencukur ini mudah untuk dibersihkan dan bebas dari bakteria serta menjimatkan tenaga. Pemegang yang tidak licin dari cengkaman akan membuatkan anda selesa untuk menggunakannya kerapkali.
RM13.90
Pencukur elektrik termurah
Tidak perlu ke kedai, anda boleh menggunakan pencukur ini di rumah untuk memotong rambut anda dengan sempurna. Pencukur elektrik ini sangatsenang digunakan secara tanpa wayar (cordless), ia tahan lasak dan dilengkapi dengan bilah yang tajam.
Penggunaan pencukur ini boleh mencapai sehingga 30 minit tanpa cord wayar setelah mengecas bateri selama 8 jam. Rekaan bentuk yang kecil memudahkan anda untuk menyimpan peranti ini dalam travelling kit. Jadi anda tak perlu risau kalau tidak sempat ke kedai untuk bercukur. Gunakan saja pencukur elektrik ini!
Sumber: productnation.co