MASKULIN yakin ramai di antara anda pembaca setia kami merupakan pengguna iPhone. Bagi kebanyakan anda yang menggunakan telefon pintar keluaran Apple ini pastinya tidak melakukan modifikasi terlalu ekstrem. Ini kerana fungsi operasi sistem iOS itu sendiri sudah tersedia mesra pengguna.
Namun sebenarnya terdapat banyak ciri-ciri dan tip istimewa untuk memaksimumkan pengalaman menggunakan iPhone yang ramai orang tak tahu. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 iPhone hacks dan tip buat anda pengguna iPhone.
Anda nak cepat dan pada masa yang sama perlukan iPhone dalam keadaan bateri pada tahap peratusan terbaik. Tahukah anda bahawa cara terpantas untuk cas bateri penuh dengan cepat ialah dengan menetapkan telefon dalam Airplane Mode? Ya, inilah cara paling pantas untuk anda mengecas bateri dengan cepat.
BACA: 10 Sebab Mengapa Ramai Orang Pilih iPhone Berbanding Android
Sebelum ini ramai beranggapan bahawa dengan membuka dan membiarkan apps apda background boleh menyebabkan bateri cepat drain atau habis. Hakikatnya perkara itu tak benar sama sekali. Malah melakukan tutup dan buka apps berulang kali itu lebih memakan bateri!
Mahukan penggera notifikasi pesanan teks, panggilan atau aplikai tanpa deringan? Anda boleh tetapkan notifikasi dengan kelipan lampu pada bahagian belakang. Ikuti tetapan seperti di bawah;
Selama ini anda mungkin ambil gambar selfie dengan menekan aplikasi kamera atau slide ke kiri (dalam keadaan lock) dan menekan butang suara yang terletak di bahagian tepi. Namun pernahkan anda mencubanya dengan menggunakan arahan kepada Siri. Apa yang anda perlu buat ialah dengan berkata, “Hey Siri, take a selfie”. Siri dengan pantas akan membuka kamera. Dan anda boleh terus ambil gambar!
Bagi pengguna iPhone terkini seperti iPhone X dan iPhone XS, butang fizikal telah dilenyapkan. Jika ]ingin gunakan butang home di atas skrin anda hanya perlu aktifkannya. Untuk mengaktifkan butang pada skrin ini anda perlu buat seperti berikut.
Tip ini hanya berhasil kepada iPhone yang mempunyai fungsi 3D Touch screen. Terdapat banyak aplikasi yang menawarkan shortcuts untuk pengguna. Dengan menekan ikon aplikasi dengan lama, terdapat pop ups akan muncul dan ia boleh digunakan untuk mengarahkan aplikasi tersebut melakukan apa yang anda mahu.
Tahukah anda dengan menekan butang ‘spacebar’ pada papan kekunci di skrin ia akan berfungsi seperti trackpad. Ini memudahkan anda melakukan pembetulan pada teks. Fungsi hebat ini juga ditawarkan kepada penggun iPhone yang mempunyai 3d Touch sahaja.
Fungsi ini pastinya menjadi kemegaran buat anda yang gemar menulis di blog, laman media sosial dan pelbagai platform lagi. Jika anda ingin batalkan tulisan teks atau undo, anda hanya perlukan goncang telefon sahaja!