7 Hidangan Magik Untuk Lelaki Dapatkan Peningkatan Tenaga Sebanyak 35 Peratus

Share

Pemakanan adalah sesuatu yang amat penting dalam memberi tenaga agar semua kerja dapat dilakukan secara efektif.

Kalau perut terasa lapar, ia juga boleh mengganggu konsentrasi anda untuk fokus dan bagi yang tertanya-tanya apakah menu yang terbaik, entri ini ada jawapannya :

1. Tomato

Kajian mendapati lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat. Buah yang popular ini juga memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.

2. Kacang Brazil

Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil terutamanya, adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood.

3. Kubis

Brokoli dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.

4. Telur

Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya adalah mudah iaitu telur. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik. Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.

5. Beri biru

Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes Jenis 2 yang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.

6. Delima

Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan kolesterol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki.Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.

7. Bawang putih

Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Journal of National Cancer Institute menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.

Published by
Akyem Samad