Lari!

Ya, larian merupakan aktiviti senaman yang paling popular di Malaysia dan juga di dunia. Tapi apakah yang menyebabkan ia menjadi aktiviti yang sangat popular bagi semua golongan tidak mengira peringkat usia atau jantina?

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menjadikan larian sebagai aktiviti senaman pilihan rakyat Malaysia.

Pertama sekali kerana ia mudah dilakukan. Selain itu ia juga tidak memakan kos yang tinggi. Cukup sekadar memiliki sepasang kasut larian yang sesuai sahaja.

Namun dalam melakukan aktiviti larian anda harus bijak menggunakan teknik dengan betul agar tidak mudah mengalami kecederaan seperti kejang otot, masalah pernafasan dan juga kecederaan kaki.

7 Faktor Penting Menentukan Teknik Pernafasan Yang Betul Ketika Larian

BACA: 10 Tip Buat Anda Yang Ingin Mula Berlari

IKLAN

Antara perkara paling penting buat anda yang aktif berlari ialah bernafas dengan betul. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh jejaskan prestasi anda sendiri. Malah jika bernafas tak betul anda juga akan berasa cepat penat dan mengah.

Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.

Berikut MASKULIN kongsikan teknik bernafas dengan baik semasa melakukan aktiviti larian.

TARIK NAFAS DALAM

Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.

IKLAN

HINGGA PERUT

Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.

7 Faktor Penting Menentukan Teknik Pernafasan Yang Betul Ketika Larian

POSTUR BADAN

Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.

BERTENANG

Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.

IKLAN

BACA: 10 Kunci Utama Bagaimana Anda Boleh Lari Pada Jarak 10 Kilometer

IKUT HIDUNG

Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.

7 Faktor Penting Menentukan Teknik Pernafasan Yang Betul Ketika Larian

TEKNIK TARIK NAFAS

Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.

JAGA TEMPO LARIAN

Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.

Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI