Pasti ramai lelaki diluar sana terpikir ciri-ciri yang bagaimana sepatutnya ada pada lelaki yang sering menjadi bualan dan dambaan wanita. Untuk menjadi calon bakal imam dan teman menuju ke jannah, faktor power menguruskan kewangan penting di era yang serba serbi mencabar ini. Zaman yang perlukan duit segala.
Tak power sangat pun tak apa lah. Janji tahu uruskan kewangan. Ini tidak, gaji masuk hari ini tengah bulan dah makan maggi. Akhir bulan duk pinjam duit kawan. Pastu buat-buat lupa nak bayar balik.
Selain pegangan agama yang mantap serta iman di dada yang padu, lelaki yang ada 7 ciri di bawah ini memang awesome… ! Antaranya,
1. Tidak Terlalu Agungkan Kereta
Cukuplah kereta sebagai pengangkutan yang boleh ke sana sini. Tidak minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Tak bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.
2. Tidak Minat Dengan Pakaian Dan Barang Berjenama
Pakai baju bundle pun takde hal. Tak pentingkan jenama je. Asalkan berkualiti dan boleh dipakai. Ada orang, tak pakai baju biasa-biasa. Alergik katanya. Mesti kena ada jenama.
3. Tidak Merokok
Punya marah minyak naik harga tapi harga rokok naik tiap tahun senyap saja. Duk bakar duit dan senaman paru-paru manjang je. Habis duit beli rokok. Kesihatan pun terjejas.
4. Tidak Tergila-gilakan Gajet Canggih
Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat.
5. Tidak Suka Lepak Kedai Hipster
Lepak kedai biasa saja untuk berjimat. Ini tidak, tiap minggu up gambar lepak kedai kopi mahal tapi marah-marah PTPTN menipu bagai. Sekali sekala tak salah pun kalau nak lepak kedai hipster. Yang salahnya kalau tiap-tiap minggu.
.
6. Banyak Membaca Buku Tentang Pengurusan Kewangan Dan Hartanah
Dia banyak baca buku pasal hartanah dan pengurusan kewangan. Bukannya duk baca buku Patah Amin dan Hafiz Hamidon je. Kalau duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.
7. Ada Simpanan & Pelaburan Terjamin
Punyai simpanan dan pelaburan yang terjamin seperti melabur di ASB atau Tabung Haji. Dah ada simpanan untuk majlis kahwin nanti. Tidak gilakan Skim Cepat Kaya sebab nak pakai kereta Audi cepat. Tak la nanti paksa kau buat pinjaman peribadi sama-sama untuk kahwin nanti.
***
Kau kaum lelaki ada ciri ni tak?. Kalau ada baguslah. Kalau tak ada, boleh berubah ke arah kebaikan.
Manusia tidak sempurna. Mungkin dia tak memiliki kesemua ciri-ciri di atas. Kalau ada beberapa ciri di atas pun dah dikira okey. Yang lain boleh diperbaiki.
Menjadi calon suami yang bebas hutang jahat amatlah penting. Nanti hutang bersepah, macam mana tanggung anak orang oii.
Sumber : AmirSyahir
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI