Kalau dulu orang cakap sikit, orang tegur dah melenting. Rasa tak boleh terima langsung apa yang orang kata. Tetapi sekarang apabila ada orang beremosi kamu lebih tenang dari dia dan menjadi “cool down” dan boleh di bawa berbincang.
Kalau kamu matang tentunya kamu tidak akan mudah untuk mendengar khabar angin dan cakap-cakap orang tanpa asal usul dan bukti yang kukuh. Kamu dapat tangani dengan tenang dan cuba bawa berbincang.
3. Belajar dari pengalaman
Sebelum ini mungkin dia seorang yang “childish ” tetapi selepas pemergiaan ibu bapanya menjadikan dia seorang lelaki lebih berdikari dan matang dalam membuat keputusan.
4. Boleh mengawal Nafsu
Nafsu itu dalam bentuk pelbagai, nafsu membeli belah, nafsu makan da pelbagai lagi nafsu lain. Contoh kamu dah ada duit nak beli iphone 8 tetapi pada masa yang sama mesin basuh di rumah pula rosak. Mana yang akan kamu jadikan priority ? Jika bijak memilih membuktikan kamu seorang yang matang.
5.Tunjukkan kasih sayang
Seorang yang matang dapat terjemahan rasa sayang melalui “body language “, perilaku, perkataan dan perbuatan. Kiranya pandai menghargai orang yang dia sayang.
6. Sikap adil dan amanah
Apabila seorang itu matang pasti tindakannya mestilah adil. Jika di berikan amanah pastinya dia akan di lakukan dengan sebaik mungkin kerana ianya menjadi kewajipannya. Tindakan pastinya tidak terburu-buru dalam melakukan tindakannya.
7. Tidak cepat melatah apabila di kritik dan makan di puji
Apabila orang menegur kesilapan kita dan mengatakan tidak suka kerja kita, kita cepat tidak ambil hati dan tidak cepat terasa hati. Kita cuma ambil dia sebagai satu semangat di sudut yang positif. Apabila di puji kita tidak cepat termakan dan anggap itu sebagai kekuatan untuk terus berjaya.