7 Ciri Lelaki Buaya Darat Yang Harus Ditangkap!

Share

JANGAN TERJERAT DENGAN LELAKI PLAYBOY NI, MEMANG NAMPAK BAIK DAN PENYANYANG, TAPI BELAKANG ANDA ADA LAGI 10 WANITA YANG SEDANG DITIPU. 

1. BERPEWATAKAN MENGANCAM

Kebanyakan lelaki playboy ni mesti hadir dengan perwatakan super menarik. Tetapi tidak bermakna si dia mesti ‘handsome’. Lelaki playboy biasanya cekap dalam menjaga penampilan diri, terutama dandanan rambutnya. Kalau korang terkena dengan mamat macam ni, silalah buat jual mahal.

 

2.  PERAMAH DENGAN RAMAI WANITA

Mudah bergaul dan cukup peramah pada setiap wanita yang ditemui. Apatah lagi, wanita cantik dan punya karier yang bagus. Hurmm… target mereka tu!

 

3.  TERLEBIH CARING

Ketika si dia kesepian atau sedang ligat mengatur strategi, biasanya pasti ada mesej atau deringan telefon buat anda. Lelaki  jenis ini memang seronok diajak berbual dan pelbagai cerita menarik yang bakal direka untuk menambat hati anda.

 

4. POWER BUAT ALASAN

Selain itu, di saat anda sudah mula tertarik kepadanya, si dia jarang mahu mengangkat atau menjawab panggilan anda dengan alasan terlalu sibuk dan sebagainya. Si dia sebaliknya lebih rela menghubungi anda.

 

5.  AYAT ABANG NI MANIS MACAM GULA

Pada awal perkenalan, si dia memang baik sangat,  nampak ‘cool’ dan sebagainya. Si dia biasanya selalu suka bermain dengan ayat-ayat ‘manis’ sahaja. Tidak pernah membahaskan perkara yang realistik, apatah lagi  yang berkaitan dengan masa depan dan komitmen.

Apabila anda sudah mula menunjukkan keseriusan hubungan tersebut, si dia mula cabut lari sehingga anda yang terpaksa terhegeh-hegeh mengejar cintanya!

 

6. DIKELILINGI WANITA

Lelaki playboy memang pakar dalam bab memikat. Jadi, tidak hairan kebanyakan lelaki playboy ini terdiri dalam kategori mereka yang mudah bergaul dan ‘charming’. Namun, mereka tidak akan mempamerkan secara terang-terang sikap penggoda itu, walaupun sebenarnya seorang pemikat.

Justeru itu, teman wanitanya sangatlah ramai dan ada di mana-mana sahaja. Lelaki playboy akan bertukar-tukar pasangan tanpa ada perasaan bersalah!

 

7.  BERBORAK TAPI ADA JE UNSUR NAKAL

Opss! Inilah perkara yang paling utama yang perlu anda ‘alert’. Topik perbualan si lelaki playboy ini biasanya lebih menjurus kepada masalah seks,lucah  dan sebagainya.

 

SUMBER : WOM.MY

Published by
Kim Rahim