Mata merupakan pancaindera yang penting dalam hidup kita. Cuba kita berfikir sejenak betapa kerapnya kita menggunakan mata dalam kehidupan seharian.
Melalui deria penglihatanlah kita mampu menikmati keindahan alam sekitar, membaca buku yang bagus dan menatap wajah mereka yang tersayang dalam hidup kita.
Penjagaan mata bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan. Menjaga mata adalah perkara yang paling penting demi mengekalkan kualiti hidup kita.
Penglihatan semakin merosot dengan meningkatnya usia. Masalah penglihatan mata sering dialami satu daripada nisbah enam golongan dewasa berumur 45 tahun dan ke atas.
Menurut sebuah kajian yang telah dilakukan oleh American Academy of Ophthalmology (AAO) telah mendapati bahawa lebih daripad 43 juta penduduk Amerika cenderung untuk alami penyakit mata atas faktor peningkatan umur menjelang tahun 2020.
Punca utama buta dan penglihatan rabun sering dikaitkan dengan penyakit usia seperti degenerasi makula, katarak, retinopati diabetis dan glaukoma.
Maka melindungi serta menjaga penglihatan anda adalah penting sepanjang umur anda meningkat. Beberapa tips penjagaan mata yang boleh dikongsi oleh pihak Nbnews, adalah:
Pengamalan diet seimbang bukan sahaja baik untuk mata, malah kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Seperti yang kita tahu lobak merah merupakan makanan sinonim untuk penjagaan mata, hal ini kerana ia kaya dengan vitamin A dan B yang membantu menajamkan penglihatan. Umumnya memakan buah-buahan serta sayur –sayuran terutama sayur yang berwarna hijau gelap seperti bayam dan kangkung membantu menjaga mata kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan risiko katarak. Selain itu, kajian mendapati makanan yang kaya dengan dua jenis asid lemak Omega 3 (EPA dan DHA) yang boleh didapati dalam ikan seperti salmon, tuna putih, ikan kembung,sardin dan lain-lain membantu dalam menjaga kesihatan mata.
Obesiti atau berlebihan berat badan akan meningkatkan risiko diabetes dan lain-lain penyakit kronik yang kemudiannya menjurus ke arah kehilangan daya penglihatan, penyakit diabetes mata, glaucoma. Maka memastikan berat badan yang normal dan seimbang adala penting untuk mengelakkan risiko menghadapi penyakit mata.
Pakai pelindung mata seperti goggles, eye guards, cermin mata dan kanta lengkap walaupun semasa menjalankan aktiviti di rumah. Pelindung mata mampu memberi perlindungan kepada mata dalam masa yang sama memperbaik daya penglihatan. Kaca mata perlindungan UV juga memainkan peranan dalam melindungi matadari pancaran matahari yang terik. Carilah kaca mata yang menghalang 99 hingga 100% radiasi UV-A dan UV-B. Selain itu, gunakanlah kanta lengkap yang diperbuat daripada polycarbonate di mana ia 10 kali ganda lebih tahan daripada kanta plastik yang biasa.
Banyak kajian yang telah dijlankan bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Jika ia merosakkan kesihatan secara menyeluruh apata lagi kepada mata. Merokok mempunyai banyak bahan kimia yang merbahaya seperti nikotin, arsenik, karbon monoksida, metanol, amonia dan babyak lagi demikian akan mendedahkan penggunanya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan serangan jantung. Malah dari segi mata ia mengundang kepada kerosakan saraf optik, katarak dan penuaan makula di mana penyakit-penyakit tersebut akan menyebabkan buta.
Sebagai pelajar kita memang kerap menatap komputer untuk menyiapkan tugasan, projek dan tesis. Suatu kajian menyatakan bahawa sekiranya kita meluangkan banyak masa menatap komputer dan hanya memfokus kepada satu benda akan menyebabkan mata kurang berkedip, malah kita akan lupa untuk berkedip. Hal ini sememangnya menyebabkan mata mudah penat serta ia merupakan rutin yang tidak baik untuk kesihatan mata . Cuba peraturan 20-20-20: Setiap 20 minit, melihat jauh kira-kira 20 kaki di hadapan anda selama 20 saat. Ini boleh membantu mengurangkan keletihan mata
Kepada pengguna kanta lengkap, adalah wajar bagi anda mencuci kanta engkap anda sebaiknya. Dalam masa yang sama memastikan tangan anda cuci untuk memakai kanta lengkap tersebut. Hal ini adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman. Sediakan bekas untuk kanta lengkap tersebut dan sentiasa cuci dengan air ubat yang disediakan untuk kanta lengkap bagi menyahkuman yang ada di kanta lengkap sepanjang hari anda memakainya.
Jika anda mula perasan perubahan dalam penglihatan anda, anda patut mendapatkan khidmat doktor mata dengan segera. Beberapa tanda-tanda masalah penglihatan yang dikatakan adalah, apabila anda mendapat penglihatan berganda, penglihatan kabur dan kesulitan melihat dalam keadaan cahaya yang rendah. Tanda-tanda dan gejala masalah mata tersebut adalah serius. Petanda lain yang memerlukan rawatan segera termasuk mata merah, mata kerap berkelip apabila terkena cahaya, dan sakit mata dan bengkak.
Sumber: ukm.my