Mata merupakan pancaindera yang penting dalam hidup kita. Cuba kita berfikir sejenak betapa kerapnya kita menggunakan mata dalam kehidupan seharian.
Melalui deria penglihatanlah kita mampu menikmati keindahan alam sekitar, membaca buku yang bagus dan menatap wajah mereka yang tersayang dalam hidup kita.
Penjagaan mata bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan. Menjaga mata adalah perkara yang paling penting demi mengekalkan kualiti hidup kita.
Penglihatan semakin merosot dengan meningkatnya usia. Masalah penglihatan mata sering dialami satu daripada nisbah enam golongan dewasa berumur 45 tahun dan ke atas.
Menurut sebuah kajian yang telah dilakukan oleh American Academy of Ophthalmology (AAO) telah mendapati bahawa lebih daripad 43 juta penduduk Amerika cenderung untuk alami penyakit mata atas faktor peningkatan umur menjelang tahun 2020.
Ads
Punca utama buta dan penglihatan rabun sering dikaitkan dengan penyakit usia seperti degenerasi makula, katarak, retinopati diabetis dan glaukoma.
Maka melindungi serta menjaga penglihatan anda adalah penting sepanjang umur anda meningkat. Beberapa tips penjagaan mata yang boleh dikongsi oleh pihak Nbnews, adalah:
1. Amalkan pemakanan yang sihat
Pengamalan diet seimbang bukan sahaja baik untuk mata, malah kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Seperti yang kita tahu lobak merah merupakan makanan sinonim untuk penjagaan mata, hal ini kerana ia kaya dengan vitamin A dan B yang membantu menajamkan penglihatan. Umumnya memakan buah-buahan serta sayur –sayuran terutama sayur yang berwarna hijau gelap seperti bayam dan kangkung membantu menjaga mata kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan risiko katarak. Selain itu, kajian mendapati makanan yang kaya dengan dua jenis asid lemak Omega 3 (EPA dan DHA) yang boleh didapati dalam ikan seperti salmon, tuna putih, ikan kembung,sardin dan lain-lain membantu dalam menjaga kesihatan mata.
Ads
2. Kekalkan berat badan yang sihat & seimbang
Obesiti atau berlebihan berat badan akan meningkatkan risiko diabetes dan lain-lain penyakit kronik yang kemudiannya menjurus ke arah kehilangan daya penglihatan, penyakit diabetes mata, glaucoma. Maka memastikan berat badan yang normal dan seimbang adala penting untuk mengelakkan risiko menghadapi penyakit mata.
3. Pakai Pelindung / Kaca Mata
Pakai pelindung mata seperti goggles, eye guards, cermin mata dan kanta lengkap walaupun semasa menjalankan aktiviti di rumah. Pelindung mata mampu memberi perlindungan kepada mata dalam masa yang sama memperbaik daya penglihatan. Kaca mata perlindungan UV juga memainkan peranan dalam melindungi matadari pancaran matahari yang terik. Carilah kaca mata yang menghalang 99 hingga 100% radiasi UV-A dan UV-B. Selain itu, gunakanlah kanta lengkap yang diperbuat daripada polycarbonate di mana ia 10 kali ganda lebih tahan daripada kanta plastik yang biasa.
4. Henti Merokok & Jangan Cuba Merokok
Banyak kajian yang telah dijlankan bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Jika ia merosakkan kesihatan secara menyeluruh apata lagi kepada mata. Merokok mempunyai banyak bahan kimia yang merbahaya seperti nikotin, arsenik, karbon monoksida, metanol, amonia dan babyak lagi demikian akan mendedahkan penggunanya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan serangan jantung. Malah dari segi mata ia mengundang kepada kerosakan saraf optik, katarak dan penuaan makula di mana penyakit-penyakit tersebut akan menyebabkan buta.
Ads
5. Rehatkan Mata Secukupnya
Sebagai pelajar kita memang kerap menatap komputer untuk menyiapkan tugasan, projek dan tesis. Suatu kajian menyatakan bahawa sekiranya kita meluangkan banyak masa menatap komputer dan hanya memfokus kepada satu benda akan menyebabkan mata kurang berkedip, malah kita akan lupa untuk berkedip. Hal ini sememangnya menyebabkan mata mudah penat serta ia merupakan rutin yang tidak baik untuk kesihatan mata . Cuba peraturan 20-20-20: Setiap 20 minit, melihat jauh kira-kira 20 kaki di hadapan anda selama 20 saat. Ini boleh membantu mengurangkan keletihan mata
6. Cuci Tangan Dan Kanta Lengkap Anda Sebaiknya
Kepada pengguna kanta lengkap, adalah wajar bagi anda mencuci kanta engkap anda sebaiknya. Dalam masa yang sama memastikan tangan anda cuci untuk memakai kanta lengkap tersebut. Hal ini adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman. Sediakan bekas untuk kanta lengkap tersebut dan sentiasa cuci dengan air ubat yang disediakan untuk kanta lengkap bagi menyahkuman yang ada di kanta lengkap sepanjang hari anda memakainya.
7. Peka Terhadap Tanda Perubahan Penglihatan Anda
Jika anda mula perasan perubahan dalam penglihatan anda, anda patut mendapatkan khidmat doktor mata dengan segera. Beberapa tanda-tanda masalah penglihatan yang dikatakan adalah, apabila anda mendapat penglihatan berganda, penglihatan kabur dan kesulitan melihat dalam keadaan cahaya yang rendah. Tanda-tanda dan gejala masalah mata tersebut adalah serius. Petanda lain yang memerlukan rawatan segera termasuk mata merah, mata kerap berkelip apabila terkena cahaya, dan sakit mata dan bengkak.
Sumber: ukm.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang pekerja swasta, Naizri Abas, 37, yang menyertai program berbasikal jarak jauh, Audax Randonneurs Malaysia mengakui berat badannya pernah mencecah 100kg suatu ketika dahulu namun berjaya turun sehingga ke 75kg hanya dengan aktiviti mengayuh basikal.
Yang penting, Naizri menegaskan komitmen dan percaya pada diri adalah satu perkara yang perlu dipegang teguh setiap masa jika mahu berat badan turun seperti yang diinginkan.
Walaupun mengambil masa lama sehingga tiga tahun, bagi Naizri perkara itu bukanlah satu masalah selagi niat dan disiplin diri itu bergerak sealiran.
Mengulas lanjut tentang program yang disertai, sukan berbasikal melatih dirinya untuk menjadi lebih fokus selain boleh menguatkan mental dan daya tahan tubuh.
Berkongsi tentang cabaran sukan berbasikal, Naizri mengakui memang terdapat banyak risikonya seperti jatuh basikal, tayar pancit dan kemalangan kecil namun perkara itu adalah satu lumrah biasa.
Kongsi Naizri lagi, apa yang penting dalam sukan berbasikal ini adalah seseorang itu mesti tahu cara untuk menguruskan basikalnya terlebih dahulu jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Perkara ini turut disokong oleh rakannya, Mohd. Hamdi Mohd. Thahrir, 37, yang sudah bermain sukan basikal ini sejak 10 tahun lalu.
Berkongsi tips untuk bermain basikal dalam jarak jauh sambil menguruskan badan, Mohd. Hamdi mengambil contoh program Audax Randonneurs Malaysia.
Katanya, jika jaraknya adalah sejauh 200km maka seorang penunggang basikal itu harus menjalani latihan setiap hari atau minggu sehingga lebih daripada 200km.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di bulan puasa ini tentu sahaja kita merasa letih dan lesu tika di pejabat, tambah-tambah lagi di waktu petang. Tapi berpuasa tidak bermakna prestasi kerja anda akan menurun. Jom ikuti tips ini agar anda tetap bersemangat untuk bekerja walaupun sedang berpuasa.
Manfaatkan waktu rehat
Ketika Ramadan, waktu rehat digunakan sebaik mungkin untul menunaikan solat. Anda boleh memanfaatkan waktu rehat tersebut untuk merehatkan badan sebentar. Lelapkan mata selama satu jam mampu memulihkan kembali tenaga anda.
Minum banyak air
Sebahagian tubuh kita terdiri daripada air. Ketika sahur, paksa diri anda untuk minum air yang banyak. Air akan membuatkan anda terhindar dari kekeringan dan keletihan akibat daripada kerja-kerja yang anda lakukan.
Perbincangan yang tidak penting
Ketika berpuasa, elakkan perbincangan yang tidak penting dengan orang-orang sekitar anda. Ia dapat menyimpan tenaga di dalam tubuh. Jika anda ingin bercakap banyak dengan teman sepejabat, gunakan kemudahan chatting.
Jangan lebih masa
Jika anda bekerja pagi hingga petang, usahakan dengan lebih cepat agar anda tidak habiskan masa di pejabat sahaja. Ketika puasa, anda harus bangun pagi untuk sahur. Kerja lebih masa boleh membuatkan tubuh anda memerlukan lebih banyak tenaga.
Berbuka puasa bersama
Berbuka bersama dengan rakan-rakan pejabat boleh meningkatkan semangat anda untuk bekerja. Semakin cepat anda menyelesaikan kerja, semakin cepat anda boleh bersiap untuk berbuka puasa bersama.
Pernah tak anda alami sutuasi memandu di waktu tengahari selepas makan. Kena pula berada dalam kereta yang berpenghawa dingin cukup selesa.
Dalam tak sedar mata anda mula layu dan rasa mengantuk tiba-tiba berlaku. Malah dalam situasi mengerunkan lagi, anda tak sedar buat seketika dalam tempoh beberapa saat.
Tahukah anda bahawa sindrom tersebut dikenali sebagai microsleep? Ia merupakan satu kondisi yang sangat berbahaya dan telah meragut banyak nyawa di jalan raya.
Microsleep kini dikenali pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Jadi apakah penyebab utama microsleep?
Punca utama ia berlaku ialah disebabkan badan berasa penat dan berlaku terutamanya bila kurang tidur. Ia juga berlaku dalam situasi bila seseorang berdepan dengan perkara yang dilakukan secara berterusan seperti memandu atau menonton TV. Lebih mengantuk anda maka rasa lebih tinggi berdepan risiko sindrom microsleep.
Dan microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah kepada mereka yang rasa tubuh badan sihat.
Jadi bagaimanakah anda sebagai pemandu boleh mengelak daripada berdepan risiko bahaya microsleep?
MASKULIN ingin kongsi beberapa tip mudah yang boleh anda amalkan bagi mengelak jadi mangsa kemalanagan akibat microsleep.
Pilih waktu sesuai
Pertama sekali, elak elak memandu ketika anda rasa diri kurang aktif atau peka. Sebaiknya mulakanlah perjalanan ketika badan berasa paling segar yang maksima.
Tidur yang cukup
Rancang perjalanan dengan baik mengikut waktu tidur. Ingatlah tidur yang mencukupi dapat memberikan kondisi fizikal yang lebih peka dengan sekeliling.
Bawa teman
Jika memandu jarak jauh carilah teman sekurang-kurangnya seorang. Memandu seorang diri dalam perjalanan jauh cukup membosankan.
Semasa memandu sentiasalah ingat untuk fokus pada jalan raya dan juga kenderaan lain. Jika kita sentiasa beringat InsyaAllah perjalanan akan bertambah selamat.
Berinteraksi
Jika balik bersama ahli keluarga atau kawan-kawan berinteraksilah dengan mereka dari semasa ke semasa. Jangan biarkan kesemua penumpang tidur dalam satu masa.
Sentiasa bergerak
Apabila berhenti di R&R, ambil masa 5 hingga 10 minit untuk regangkan badan, berjalan dan basuh muka untuk badan yang lebih segar. Pengaliran arah yang baik boleh memberikan keselesaan bukan sahaja kepada fizikal tetapi mental.
Tempoh berhenti
Bagi perjalanan yang lebih efisyen berhentilah setiap 2 atau 3 jam perjalanan. Jangan paksa diri untuk memandu terlalu lama.
Guna Aplikasi
Sekarang terdapat beberapa jenis apps anti-tidur yang terdapat di pasaran. Gunakan apps ini untuk membantu korang daripada tertidur semasa memandu. Ia akan berbunyi dan bergegar selang beberapa minit megikut tetapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.