Antara perkara yang mendorong kepada hutang yang tidak perlu adalah kerana terlalu terpengaruh dengan iklan dan gaya mewah.  Mahu pakai telefon yang terkini, mahu memiliki gadget yang canggih agar nampak ‘up to date’, mahu kenakan pakaian yang berjenama, mahu makan di restoran atau kafe yang ada kelas, mahu memiliki kenderaan yang hebat dan seumpamanya.  Semua ini menyebabkan seseorang itu berhutang apabila tidak mampu memilikinya secara tunai.  Hutang yang bagus ialah apabila pelaburannya atau pembeliannya memberikan pulangan yang positif.  Jika tidak maka ia adalah hutang yang tidak bagus.

 

Jadi apa yang boleh dilakukan oleh orang lelaki agar tidak terjebak dalam masalah hutang ini apa lagi bergelar seorang muflis satu hari nanti?

7 Cara Lelaki Elak Miskin Sebab Berhutang

Ads
  • Rancang kewangan lebih awal
  • Biasanya orang muda tidak belajar ilmu berkaitan dengan merancang kewangan.  Malah ramai lelaki yang belajar dalam bidang perakaunan dan kewangan tetapi gagal membuat perancangan bagi dirinya sendiri.  Sebenarnya jika seseorang merancang kewangannya lebih awal dengan memerhatikan berapa pendapatannya dan mengawal perbelanjaannya maka dia pasti dapat mengekang dirinya daripada berbelanja lebih daripada pendapatan.  Cuba juga mengekang diri daripada memiliki kad kredit sebaliknya amalkan penggunaan kad debit.  Kad debit bermakna kita berbelanja mengikut kemampuan sebaliknya kad kredit membuatkan kita cenderung berbelanja lebih daripada kemampuan.

 

  • Mula menabung dari awal
  •  Sekiranya seorang lelaki mula menabung sebanyak RM100 sebulan ke dalam ASB dan mendapat pulangan bonus dan dividen sebanyak 7% setiap tahun, lalu duit ini tidak diusik malah terus melakukan tabiat menabungnya itu setiap bulan.  Maka ketika usianya 35 tahun dia sudah pun mempunyai simpanan sebanyak RM30,000.  Itu sudah mencukupi untuk satu majlis kahwin yang sederhana.

 

Ads
  • Ukur baju dibadan sendiri
  • Tidak salah berbelanja jika sememangnya mampu.  Belilah apa sahaja yang mahu dibeli jika boleh dibayar tunai.  Yang jadi masalahnya ialah kita tidak mengukur perbelanjaan dan hutang mengikut badan kita.  Kalau tidak mampu memakai kereta keluaran Jerman cukuplah sekadar kereta jenama Jepun.  Kalau itu juga tidak mampu dimiliki  maka berbanggalah dengan kereta nasional.  Yang penting bayaran bulanan tidak menjerut diri sendiri.  Apabila sudah berkereta, kena fikirkan pula soal minyak, tol, servis dan kos membaikpulih.  Begitu juga bila sudah ada rumah kena fikirkan pula soal bil elektrik, air, Indahwater, cukai tanah dan cukai pintu.  Rumah pula mestilah mahu diisi dengan perabut dan keperluan lain.  Sama juga apabila sudah mempunyai telefon kena fikirkan pula soal bil bulanan.  Ini belum diambil kira bil internet, tv berbayar, dan bermacam lagi.  Maknanya, memang banyak yang perlu dibayar setiap bulan dan semua bayaran ini adalah atas dasar keperluan.  Oleh sebab itu kenalan ukur betul-betul agar tidak tersalah langkah.

7 Cara Lelaki Elak Miskin Sebab Berhutang

  • Tidak tergoda dengan perkembangan teknologi
  • Ini adalah satu penyakit yang melanda ramai lelaki masa kini.  Lelaki dan gajet memang sukar dipisahkan sama seperti wanita dengan beg tangan.  Asal keluar sahaja gajet baru tangan mula gatal mahu membeli.  Mula tidak senang duduk dan memasang impian untuk memilikinya.  Jika impian itu mendorong kita bekerja dengan lebih kuat, maka baguslah.  Sebaliknya kalau impian itu mendorong kita menambah hutang maka itu membebankan.  Tambahan pula gajet-gajet ini boleh dimiliki melalui skim bayaran mudah, iaitu dibayar secara ansuran selama 12 bulan hingga 36 bulan dan disertai dengan 0% bunga.  Kadang-kadang bayaran ansuran gajet yang lama belum langsai ditambah pula hutang untuk gajet yang baru.  Kekadang pelik juga apabila ada orang memeliki dua atau tiga telefon bimbit dalam satu masa.  Adakah ia benar-benar diperlukan?  Oleh itu usah menjadi gila dengan teknologi dan menjadi mangsa golongan kapitalis.

 

Ads
  • Tidak terpengaruh dengan ‘trend’ dan jenama
  • Ada sesetengah lelaki yang obses dengan perkembangan ‘trend’ dan jenama tertentu.  Biasanya golongan wanita yang mempunyai kecenderungan sebegini.  Namun, kini orang lelaki juga sudah ada yang memiliki citarasa yang serupa.  Sikap sebegini memerlukan perbelanjaan yang tinggi sebab syarikat-syarikat sebegini akan sentiasa mengeluarkan ‘trend’ terbaru dari masa ke semasa sebagai strategi bisnes mereka.  Sebab itulah adalah lebih baik jika kita memakai pakaian yang biasa sahaja tanpa perlu nampak ‘trendy’ kecuali kalau kita ini seorang artis atau selebriti.  Malah artis dan selebriti sebenarnya sentiasa tampil bergaya kerana pakaian, kasut serta aksesori mereka ditaja oleh syarikat-syarikat tertentu.  Di belakang tabir, mereka tampil biasa-biasa sahaja.

 

  • Tidak membazir
  • Contohnya merokok.  Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri, mengundang penyakit dan memendekkan usia tetapi dalam masa yang sama membazirkan wang ringgit.  Jika satu hari RM10 dibelanjakan untuk rokok maka sebulan sudah RM300.  Setahun RM3,600 ringgit.  Bayangkan kalau anda berhenti merokok dan masukkan duit ini ke ASB seperti yang disarankan dalam Bahagian (2) di atas, pada usia 35 tahun anda sudah memiliki simpanan hampir RM100,000.  Wah, ini sudah boleh dibuat modal berniaga.  Itu baru bab rokok.  Kita belum ambil kira pembaziran dalam hal-hal yang lain lagi.

7 Cara Lelaki Elak Miskin Sebab Berhutang

  • Rajin menambah pendapatan
  •  Kalau mahu tambah hutang kenalah juga rajin tambah pendapatan.  Barulah seimbang.  Di luar sana terlalu banyak peluang yang ada jika kita mahu buka mata.  Hari ini dengan berkarya dan menulis buku juga boleh menambah pendapatan.  Dalam soal menambah pendapatan ini kita tidak boleh malu.  Lainlah kalau kita menambah pendapatan dengan cara yang salah seperti terlibat dengan menjual diri, berjudi, mencuri dan seumpamanya barulah wajib malu.  Tetapi dalam soal seperti berniaga kena belajar tebalkan muka dan buat bersungguh-sungguh.  Dengan perkembangan teknologi hari ini ramai orang menambah pendapatan dengan berniaga melalui internet.  Perniagaan seperti ini memerlukan pelaburan awal yang rendah tetapi pulangan bagus.  Dengan menambah pendapatan maka kita dapat mengurangkan masalah berhutang.  Kadang-kadang kita pun hairan juga, ada orang tanpa rasa malu buat muka kasihan, menangis, merayu dan mengadu bagi meminjam wang dari kawan-kawan tetapi apabila diajak berniaga mereka ini memberikan seribu satu alasan.  Tidak berbakatlah, tidak pandai, tiada ilmu, tiada pengalaman, tiada modal, tidak pandai cakap, malu dan sebagainya.  Orang macam ini kalau sudah diajak menambah pendapatan tapi masih berlasan maka biarkanlah sahaja dia. Kalau dia tidak mahu ubah nasibnya maka apa yang boleh kita lakukan lagi selain berdoa bagi kebaikannya.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI