1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
Ads
3. Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
Ads
4. Guna madu
Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
Ads
5. Guna timun
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
6. Guna daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
7. Guna daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin rata-rata daripada anda pernah menjadi ahli pengakap sama ada ketika di bangku sekolah atau pun di peringkat pengajian tinggi. Ia merupakan satu badan beruniform yang mempunyai tempat cukup istimewa di hati ramai ahlinya di seluruh negara.
Tidak dinafikan juga ramai yang mungkin ada kenangan cukup manis mengikuti segala macam aktiviti seperti jambori yang cukup sinonim dengan pengakap. Imej pengakap dengan pakaian seragamnya pasti tersergam di minda masing-masing.
Namun selepas 63 tahun, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) kini memperkenalkan pakaian seragam baharu. Ia dikatakan lebih segar sejajar dengan perkembangan dunia kepengakapan moden pada era ini.
Menurut Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin, pakaian seragam yang terdiri daripada baju berwarna ‘emerald sea’ dan seluar berwarna ‘aspen green’ disifatkan lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu.
LANGKAH EFISIEN
Keputusan menukar pakaian seragam adalah satu langkah yang efisien bagi memastikan pergerakan kepengakapan negara sentiasa relevan dan dinamik dalam menyokong pembangunan golongan muda.
Selain itu ia juga dapat membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa di pasaran.
“PPM sentiasa proaktif dalam memastikan pergerakan kepengakapan negara terus bergerak selari dengan peredaran zaman. Sejak diasaskan di negara ini pada tahun 1908, pergerakan kepengakapan melalui pelbagai fasa evolusi dan perubahan bagi memastikan ia terus relevan dan dinamik dalam melahirkan pemimpin masa depan negara.
“Selepas 63 tahun tidak tampil dengan pakaian seragam baharu, PPM dengan sukacitanya mengumumkan pertukaran warna pakaian seragam kepada warna yang lebih segar dan moden yang dinamakan Pakaian Seragam Pengakap No. 3.
“Selain memberikan wajah baharu kepada pergerakan pengakap, langkah ini juga menjadi mekanisme baharu yang penting dalam usaha kita untuk mengawal dan membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa.
“Ini adalah langkah proaktif yang diambil untuk memastikan imej dan integriti pergerakan ini sentiasa terpelihara dengan sebaik-baiknya. Terima kasih saya ucapkan kepada Seri Pertiwi yang turut sama bertungkus-lumus dalam memberikan input untuk pertukaran pakaian seragam ini,” tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Pengakap No. 3 di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia baru-baru ini.
SECARA BERPERINGKAT
PPM akan memberi kelonggaran kepada ahli untuk menggantikan pakaian seragam lama kepada yang baharu secara berperingkat.
“PPM ingin menekankan bahawa pelaksanaan pertukaran pakaian seragam ini tidak akan membebankan ibu bapa atau ahli. Proses ini akan dilaksanakan secara berfasa, dan pakaian seragam lama masih boleh digunakan dalam tempoh peralihan iaitu tiga tahun lagi.
“Tiada paksaan kepada mana-mana ahli untuk menukar pakaian seragam mereka. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, mereka boleh memakai skarf untuk menyertai sebarang aktiviti
“Penggunaan warna kelabu sebelum ini didapati menimbulkan permasalahan, terutamanya dalam mendapatkan tona yang konsisten. Dengan warna baharu yang dipilih, ia diharapkan dapat menyediakan penyelesaian yang lebih praktikal dengan pakaian yang lebih seragam secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, PPM berharap pertukaran pakaian seragam baharu dapat menarik lebih ramai ahli baharu sekali gus mempertingkatkan pertumbuhan keahlian.
“Ia adalah satu pencapaian besar yang menunjukkan PPM sedang memasuki fasa baharu. Kita sepatutnya berbangga kerana berjaya merealisasikan usaha penyegaran jenama pengakap ke arah sebuah pergerakan yang lebih berketrampilan dan moden selaras dengan misi dan misi Pengakap Dunia.
“Pakaian seragam baharu ini adalah lambang identiti dan kebanggaan bagi setiap ahli PPM. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk menghargai dan memelihara pakaian seragam ini dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anak saudara Datuk Hattan, Mikael Hatta merupakan salah seorang pelajar pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Keputusan 9A yang diraih Mikael menjadikan sekolahnya yang khusus pelajar lelaki itu sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik bagi pencapaian SPM 2023, sekaligus membanggakan Hattan sebagai bapa saudara.
Menerusi hantaran klip video di laman Instagram, Hattan kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika mengucapkan tahniah kepada anak arwah adiknya itu serta semua rakan seperjuangan yang dikenali dengan nama Warriors1923.
“Mula-mula sekali tahniah kepada Warriors1923 Alam Shah, mereka nombor satu dalam Malaysia.
“Ini anak arwah adik saya Mohd Hatta Shahbuddin. Alhamdulillah dia score dan membanggakan kami sekeluarga,” ujar Hattan.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi Allahyarham Hatta jika dia masih hidup menyaksikan kejayaan anak lelakinya itu hari ini, demikian luahan Hatttan yang langsung memeluk Mikael di dalam video tersebut.
Video tersebut dirakamkan ketika Hattan turut serta menghadiri hari pengumunan keputusan SPM di sekolah tersebut yang berlangsung pada Isnin di Dewan Putra Perdana SAS.
Untuk rekod, Mikael merupakan salah seorang dari 81 pelajar yang meraih keputusan semua A sekolah tersebut.
Foto: Barisan pelajar Warriors1923 dari Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Dengan 14 pelajar lagi yang meraih semua A+, SAS mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07 sekaligus menempatkannya di kedudukan pertama dalam ranking SPB terbaik tidak rasmi, sebuah sejarah baharu bagi sekolah itu.
Sebagai makluman, kumpulan pelajar tingkatan lima SAS yang menduduki SPM pada tahun lalu dikenali dengan nama kumpulan Warriors1923.
Angka 1923 pada nama itu diambil sempena tahun pertama pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan satu iaitu 2019, dan tahun akhir pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan lima iaitu 2023.
Rancangan temu bual adalah platform terbaik bagi mengenal sisi peribadi atau sudut pandang seseorang, namun segalanya bergantung kepada kebolehan pengacara untuk mengajukan soalan demi mendapatkan jawapan yang terbaik.
Namun adakalanya, soalan dari pengacara mampu mencungkil dan mendedahkan sisi tidak baik seseorang apabila mereka.
Bagi pengacara ‘otai’ seperti Datuk Aznil Hj. Nawawi, beliau tidak mahu lagi mengendalikan rancangan temu bual sedemikian.
“Itu pilihan saya sendiri. Saya tak mahu buat program temubual yang melibatkan sisi peribadi atau mengorek rahsia seseorang,” katanya kepada Maskulin.
Tak Mahu Rasa Bersalah, Menyesal
“Saya sudah sampai tahap usia yang pentingan keamanan ketika bekerja. Bila keluar daripada set, saya tak mahu rasa bersalah dan menyesal.
Perkara itu sangat berbeza dengan ketika beliau aktif mengacara dahulu, di mana ketika itu beliau akan berasa puas apabila mampu menekan seseorang sehingga tidak mampu menjawab soalan ataupun terdedahkan perkara yang lain.
Tambah Datuk Aznil, atau lebih mesra digelar Pak Nil, adakalanya soalan yang diajukan bukanlah keinginannya namun atas permintaan pihak penerbit.
“Zaman kami duhulu, ada badan penapis yang akan memantau bukan sahaja dari segi kandungan tetapi juga profil tetamu dan topik yang akan dibincangkan. Pakaian pun perlu mendapatkan kelulusan,” tambahnya.