Setelah dapat berjimat cermat, kita boleh cuba untuk menambahkan pendapatan. Sewaktu zaman gawat, manusia masih perlukan ubat ubatan, makanan dan tempat tinggal. Gunakan faktor ini untuk menambah pendapatan. Jika anda pandai memasak atau membuat kek misalnya, jadikan ia sebagai sumber pendapatan anda.
Golongan yang terjejas dengan krisis ekonomi ialah golongan yang masih belum stabil kewangan. Golongan yang mempunyai kewangan yang stabil adalah golongan yang berusia mungkin lebih 50 tahun menghampiri pencen. Jadi anda boleh menjadikan mereka sebagai pelanggan dan kaji apa yang diperlukan oleh golongan seperti ini. Jika anda mempunyai pendapatan pasif, anda pasti bersyukur pada zaman gawat kerana pendapatan pasif sedikit sebanyak membantu anda. Jika anda belum ada, anda perlu berusaha dari sekarang.
1-Tunai tunai tunai
Ketika zaman gawat, tunai adalah sangat penting. Orang yang mempunyai tunai ketika zaman krisis adalah orang yang paling berkuasa. Orang yang paling banyak hutang ketika krisis adalah orang yang paling malang.
Jadi, simpan tunai sebanyak mungkin kerana ia boleh digunakan ketika zaman krisis. Krisis adalah peluang, tapi peluang kepada orang yang mempunyai banyak tunai.
2-Lakukan ‘fund-switching’ unit amanah anda
Sekiranya anda mempunyai pelaburan unit amanah yang melaburkan dalam ekuiti (saham), unit amanah anda biasanya berisiko tinggi. Ketika zaman gawat, prestasi ekuiti biasanya terjejas teruk. Apa yang anda boleh buat ialah menukar unit amanah anda kepada unit amanah yang melabur dalam bon, indeks dan pasaran wang.
Anda juga boleh pindahkan ke unit amanah yang dijamin kerajaan seperti ASB dan sebagainya.Apa yang anda lakukan adalah pengurusan risiko, iaitu menukar daripada pelaburan berisiko tinggi kepada risiko rendah.
Ads
3-Semak rekod insurans/takaful
Seperti dinyatakan dalam tips pertama, periksa keperluan takaful kita. Pastikan kita mempunyai takaful perubatan dan takaful yang menggantikan pendapatan ketika kita dilanda musibah itu mencukupi. Pastikan kita hanya membayar yang perlu dan tidak membayar lebih untuk takaful.
4-Semak portfolio pelaburan
Sekiranya anda meletakkan wang anda ke dalam banyak jenis pelaburan, anda perlu mengurangkan pendedahan pelaburan anda dalam ekuiti. Jika anda melabur dalam saham, pastikan anda tidak melabur dalam syarikat yang tidak mempunyai asas perniagaan yang kukuh.
Saham syarikat yang berharga rendah biasanya bersifat spekulatif dan mempunyai turun naik yang sangat tidak menentu. Jadi kurangkan pelaburan anda dalam saham saham sebegini. Ada baiknya juga anda keluar dahulu daripada pasaran dan memegang tunai sebagai langkah berjaga jaga. Perhatikan pasaran dan jika ada tanda tanda pulih, anda boleh melabur semula.
Ads
5-Penuhkan tabung kecemasan
Pastikan tabung kecemasan anda dipenuhi sebelum berlakunya gawat. Tabung kecemasan anda hendaklah mempunyai sekurangnya 6 bulan perbelanjaan anda. Jika anda bergaji RM 3000, minimum tabung kecemasan anda hendaklah berjumlah RM 18,000. Duit ini perlu untuk menampung hidup anda jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kehilangan kerja atau kehilangan tempat bergantung.
6-Jual ketika orang tamak, dan beli ketika orang takut
Mantra di atas sangat berguna jika kita mempunyai persediaan tunai yang mencukupi. Ketika zaman gawat, akan ada ramai orang terdesak. Jika dalam bidang hartanah, ramai yang tidak mampu membayar hutang kepada bank. Jadi, hartanah mereka dilelong. Lambakan hartanah lelong menyebabkan harga hartanah menjadi murah. Jadi, inilah masa berbelanja bagi mereka yang mempunyai tunai. Beli harga hartanah ketika ia murah.
Ads
Keadaan sama dengan pasaran saham. Ketika krisis ekonomi, saham syarikat yang kukuh pun akan turut jatuh. Jadi anda boleh membeli ketika saham tersebut ketika diskaun. Sekiranya pasaran kembali pulih, anda akan mendapat untung yang besar.
7-Jangan tambah hutang
Jika anda bercadang membeli rumah, menukar kereta, membuat pinjaman peribadi, tangguhkan hasrat anda. Sebaiknya anda mengurangkan hutang, bukan menambah hutang. Persediaan krisis ekonomi, bank akan meningkatkan kadar faedah dan komitmen hutang anda akan bertambah setiap bulan.
Jadi periksa daftar hutang anda dan senaraikan mana satu hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi. Hutang yang diikat dengan kadar asas pinjaman (BLR/BFR) akan meningkat ketika zaman krisis. Uruskan seperti MSS (Mandatory Separation Scheme), VSS (Voluntary Separation Scheme) dan sebagainya. Sekiranya ditawarkan pemberhentian secara sukarela, dicadangkan anda jangan mengambilnya sekira tidak ada apa apa perkara yang lebih utama. Kerana dalam zaman gawat, amat sukar untuk mencari pekerjaan.
Pada zaman gawat juga tidak dinasihatkan untuk anda berhenti kerja untuk memulakan bisnes sendiri. Ini kerana bisnes anda pasti belum stabil dan akan terkesan dengan kemelut ekonomi.
Akhir kata, pengurusan kewangan ketika gawat sangat perlu dilakukan lebih awal sebelum ia terjadi. Pastikan pengurusan kewangan anda kalis gawat dan anda boleh hidup tenang biarpun krisis ekonomi melanda. Segalanya mungkin dengan perancangan kewangan yang tersusun dan strategi yang betul serta berdisiplin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keterampilan seseorang lelaki itu mencerminkan daya maskulin yang terpancar dari dalam diri. Lebih berani dan berkeyakinan tatkala berhadapan dengan umum, lelaki harus kelihatan tampan agar dilihat dengan lebih positif. Semua ini harus dicapai supaya setiap lelaki dapat menginjak ke aras yang lebih tinggi dalam pencapaian kehidupan dan perlu melalui beberapa elemen yang mendorong seperti kesihatan, kecergasan, cara berkomunikasi dan penggayaan stail. Semuanya harus diterjemahkan dari dalam diri dan percaya dengan kemampuan diri.
MASKULIN : BAGAIMANA ANDA MULA MENDEKATKAN DIRI DENGAN DUNIA KECERGASAN?
Sedari kecil saya sememangnya telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti lasak. Banyak menyertai aktiviti di sekolah sehingga saya mula minat akan elemen kecergasan dalam kehidupan seharian ini. Bermula sebagai hobi pada tahun 2010 sebelum menjadikannya sebagai fokus dan profesional pada tahun 2012 sehingga kini. Setiap minggu melihat perubahan diri ke arah yang lebih baik menjadikan saya terus bermotivasi untuk mengekalkan kecergasan dan bentuk badan agar lebih ideal dan menarik. Bukan semata-mata secara fizikal malah secara dalaman harus dilihat sebagai penting untuk dijaga dan dihargai. Meskipun saya mempunyai pekerjaan tetap dan perniagaan sendiri, saya menjadikan bidang kecergasan ini sebagai kerja separuh masa untuk membantu mereka yang mempunyai impian dan cita-cita. Saya belajar dan membuat beberapa kajian tentang kecergasan dan latihan agar dapat melatih dengan lebih baik.
MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?
Mencipta inspirasi melalui diri sendiri dengan melihat dan menilai kemampuan diri sendiri. Mengenali kemampuan diri adalah sumber inspirasi dan motivasi yang terbaik untuk menginjak keupayaan dan mencipta kejayaan dalam mengejar impian. Jika melihat dari sisi individu yang berjaya, saya meletakkan Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai ‘The Rock’ sebagai idola kerana kejayaannya. Dia melengkapi ciri-ciri lelaki maskulin apabila seimbang di antara kerjaya, populariti dan kecergasan dalam mengekalkan bentuk badan yang sempurna sehingga kini.
MASKULIN : APA YANG PERLU DITITIKBERATKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENDEKATKAN DIRI DALAM DUNIA KECERGASAN?
Di dalam konteks sekarang, setiap individu perlu menanamkan kepercayaan bahawa kita makan adalah untuk sihat. Sedar bahawa apa yang dimakan adalah untuk memenuhi keperluan badan dan bukannya apa yang disukai sahaja. Oleh sebab itu, kecergasan itu bermula daripada dalam dan bagaimana kita menyusun diet serta plan pemakanan setiap hari. Sebenarnya, setiap individu pasti punya masa dalam keadaan tidak bermotivasi untuk melakukan senaman dan diet. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor sekeliling yang mendorong untuk merasakan sebegitu. Oleh sebab itu, kita perlu mengetahui keupayaan dan kekuatan kita untuk kembali bermotivasi setiap hari. Kepercayaan terhadap diri sendiri sahajalah jalan untuk mengubah sesuatu.
MASKULIN : DIET ANDA?
Pengamalan diet dan nutrisi seimbang harus diamalkan setiap hari meski terdapat sehari dalam seminggu yang dikategorikan sebagai ‘cheat day’. Mengikuti amalan saya, saya akan bangun tidur setiap pagi dan memastikan saya mengambil satu gelas air kosong untuk mengekalkan transisi dalam badan. Selepas itu, saya akan mengambil madu lebah dan propolis untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan juga bertindak sebagai anti-virus. Pada jam 11 pagi, saya akan memakan dua biji buah epal sama ada hijau atau merah. Ketika makan tengah hari pada jam 1 petang, saya akan mengambil protein seperti dada ayam atau ikan yang direbus bersama air kosong. Saya sentiasa memastikan air yang saya minum adalah air mineral kerana kebaikan mineral semula jadi yang terkandung di dalam air tersebut. Pada jam 4 petang, saya akan mengambil lagi dua biji buah epal bersama dengan teh hijau tanpa gula.
MASKULIN : HARAPAN?
Saya ingin memberi motivasi kepada semua individu yang ingin berubah dan memberi kesedaran tentang kepentingan kecergasan ini. Memenuhi impian setiap individu lain adalah impian saya pada masa akan datang untuk terus kekal di dalam bidang kecergasan ini. Selain itu juga, saya berhasrat untuk mempunyai sebuah gimnasium atau akademi kecergasan sendiri dan melatih mereka sehingga berjaya. Di situ nanti mungkin saya boleh lakukan lebih banyak kajian tentang kesihatan dan teknik serta skil kecergasan yang baru.
GAMBAR : BADLISYAH_BS
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jeragat kelihatan seperti tompok-tompok hitam yang berpunca dari melanin yang terkumpul dan bertukar menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. Biasanya ia kelihatan jelas di muka, pipi atau di sekitar hidung. Jeragat sebenarnya sukar hilang jika dirawat secara luaran sahaja seperti pemakaian krim semata. Biasanya krim sapu yang berkesan merawat masalah jeragat kemungkinan mengandungi 3 kombinasi ini seperti
● hidrokuinon 4 peratus
● kortikosteroid 0.01 peratus
● tretinoin 0.05 peratus
Pastikan produk yang dipilih adalah selamat. Jika salah memilih produk ia bukan saja merosakkan kulit malah pigmen tersebut boleh timbul semakin hitam dan tebal. Ia seolah-olah semakin degil untuk pudar. Melanocytes ialah sel-sel yang mengeluarkan pigmen hitam. Ia berfungsi mengeluarkan pigmen yang dipanggil melanin. Kehadiran melanin penting untuk warna kulit seseorang dan bertindak sebagai penapis kepada cahaya yang terlalu terik dari menembusi kulit yang boleh merosakkan kulit.
PUNCA TERJADINYA JERAGAT (MELASMA)
● Penggunaan hormon antaranya seperti pil perancang
● Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
● Keturunan
● Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
● Mengandung biasanya badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen.
● Tidak kurang juga orang yang mempunyai melasma akan mempunyai Hori’s Naevus. Hori’s Naevus akan lebih jelas masa mengandung.
PERKARA ASAS YANG PERLU UNTUK MERAWAT JERAGAT ADALAH PENCEGAHAN
● Krim pelindung matahari SPF melebihi 30 ke atas dapat mengurangkan pigmentasi menjadi lebih teruk
● Penggunaan pelindung matahari seperti cermin mata hitam.
● Pengambilan vitamin E dapat mengurangkan pigmentasi terutama melasma.
● Vitamin C dapat membantu mengekalkan kandungan kalogen daripada dirosakkan oleh sinar UV matahari. Di samping membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit dari dalam. Serta melambatkan proses penuaan wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nadir Al-Nuri dinobatkan sebagai penerima anugerah utama di samping 17 jejaka lain di majlis makan malam pengiktirafan Nona Superhero Award 2023. Beliau merupakan seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin sejak 2013. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
Majlis anugerah yang diadakan oleh majalah Nona buat kali kedua ini disampaikan kepada 18 individu ikonik yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan kerjaya yang mencetus revolusi Malaysia sepanjang tahun 2023.
Malam kemuncak Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 ini berlangsung di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj; Yang Berhormat Dato‘ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP); serta Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim berkata, “Majlis Nona Superhero Award 2023 ini menjadi satu platform penting untuk menghargai individu ikonik yang telah mencetus revolusi dalam pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara“. Beliau turut menyatakan kebanggaannya terhadap semua penerima anugerah, menyebut mereka sebagai wira-wira negara yang memotivasikan generasi muda untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia.
Menurut Kiffy Razak, Head of Business Woman Segment, “Sepanjang 37 tahun di pasaran, kami di Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki hebat yang berpengaruh dan menjadi wira sebenar sepanjang menempuhi tahun 2023. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun mampu bertahan dengan semangat yang kuat serta menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing. Tahniah buat barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023!”
Senarai Penuh Penerima Anugerah
Nadir Al-Nuri – Nona Superhero Award
Prof Dato’ Dr Noordin Darus – Nona Men’s Motivator Award
Datuk Radzuan Radziwill – Nona Men’s Fashion Brand Award
Anuar Zain – Nona Men’s Legend Award
Mohd Al Jufferi Jamari – Nona Men’s Active Award
Boss James – Nona Men’s Inspiring Award
Nubhan Ahamad – Nona Men’s Celebrity Business Award
Azrain Mohamad – Nona Best F&B Business Award
Hun Haqeem – Nona Men’s Style Icon Award
Ryan Bakery – Nona Men’s Social Media Influencer Award
Muhammad Ammar Aiman – Nona Men’s Paralympic Award
Cef Nazri Jameson (Beard Brothers) – Nona Best Innovative F&B Business Award
Dr Abdul Haq Ab Wasa (Estika Medispa) – Nona Best Medispa Award
Ahmad Dasuki Abdul Majid (PTPTN) – Nona Best Future Education Fund Award
Dr Abdullah @ Maliq Alias (Dr Cute Internationa) -l Nona Best Aesthetician Award
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof (Murtadha Dakwah Centre) – Nona Best Community Dakwah Centre Award
Chez Hamdan (ChezKamya Professional) – Nona Best Hair Service & Product Award
Dato’ Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim (Al Kauthar Eduqids) – Nona Best Edupreneur Award
Terdahulu, Nona Superhero Award telah diadakan buat julung kalinya pada tahun 2021 dengan mengangkat Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai penerima anugerah utama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.