Boleh dikatakan orang Korea memiliki bentuk badan langsing dan kurus walaupun usia sudah mencecah 40-an. Bukan saja mereka mementingkan wajah yang ‘jambu’. Lelaki-lelaki Korea juga bertubuh langsing dan tinggi lampai?
Sebab tu ramai gadis-gadis ‘gila’ melihat selebriti lelaki dari negara yang dikenali dengan budaya k-pop ini.
Berbeza di Malaysia, orang Korea lebih gemar menggunakan kenderaan awam iaitu subway (kereta api) untuk kemana saja. Bukan saja selesa, malah perjalanan lebih cepat. Dengan menaiki tangga Subway secara tidak langsung ianya memanaskan badan dan membakar lemak.
Makanan mereka lebih cenderung kepada jenis masakan bakar dan rebus. Ikan bakar, sotong grill dan pelbagai jenis sup memang makanan seharian mereka. Secara logik akal, mereka kurang mengamalkan makanan berminyak dan berlemak. Nasi juga hanya semangkuk kecil. Tetapi mereka lebihkan sayuran dan lauk. Di restoran pula, mesti disediakan air kosong dan cawan. Jadi pengambilan air kosong yang banyak juga merupakan faktor berat badan tidak naik.
Boleh nampak di jalanan banyak yang menjual buah potong sedia untuk dimakan. Strawberi, oren memang banyak dijual di tepi tepi jalan. Jus buah buahan segar juga menjadi pilihan mereka. Buah dan sayur secara tidak langsung membantu meningkatkan metabolisme badan untuk terus kekal langsing.
Perasan tak orang selalu cakap. Bila stress mesti makan. Sangat bahaya bab nih. Kalau tak terkawal memang merana badan. Jadi seboleh boleh elakkan stress atau kalau stress sekalipun, lepaskan stress tersebut dengan cara lain seperti terjun bungee ke, tumbuk punch bag ke, pergi memancing ke atau reka aktiviti lain selain dari makan. Hehehe. Bahaya ooooo..
Selain Soju dan kopi air kosong antara minuman kegemaran mereka. Semua restoran dan cafe di Korea tidak mengenakan caj untuk air kosong.
Jika ada masa terluang, orang Korea lebih suka untuk melakukan aktviti mendaki bukit dan gunung bersama keluarga dan sahabat. Aktiviti ini juga membantu untuk mendaptkan kaki yang menarik.
Kalau tengok drama Korea pasti akan ada babak di sauna. Jjimjilbang menjadi tempat kegemaran untuk berehat, mandi wap dan mandi sauna. Aktiviti ini sekaligus dapat melupakan kesibukan secara tidak langsung menguruskan badan.