Tak guna ada potongan rambut terkini tapi cara basuh rambut anda salah. Ingat! Jika anda sering mengabaikan cara basuh rambut, tak mustahil lama-kelamaan rambut anda akan cepat gugur, rosak dan berbau.
Untuk memastikan rambut anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat, penting untuk anda tahu cara untuk membasuh rambut dengan betul. Janganlah disebabkan mahu mementingkan imej, cara basuh rambut diabaikan.
Sebenarnya rutin membasuh rambut lelaki sama pentingnya dengan rutin membasuh rambut wanita. Jika anda inginkan rambut yang sihat, kuat dan berbau wangi, pastikan anda basuh rambut mengikut tujuh cara ini.
BACA: Guna Cara Murah Dengan Air Garam Untuk Atasi Keguguran Rambut & Kelemumur!
1. Basuh seminggu 2-3 kali sahaja
Selalunya setiap kali mandi, lelaki akan mencuci rambut. Tahukah anda, amalan mencuci rambut setiap hari adalah salah. Sebaiknya basuhlah rambut anda dua atau tiga kali seminggu. Selang-selikan penggunaan syampu yang anda biasa pakai dengan perapi untuk melebatkan rambut bagi tujuan mengekalkan minyak semula jadi pada rambut anda.
2. Tiada mitos basuh rambut dua kali
Anda pasti pernah dengar mitos mengatakan rambut akan lebih bersih jika disyampu dua kali. Jangan tertipu dengan mitos yang menyuruhkan rambut dicuci, dibilas dan diulangi sekali lagi. Mencuci rambut sekali sahaja sudah mencukupi. Yang penting, gunakan syampu dan perapi yang sesuaian dengan jenis rambut anda.
BACA: Mulanya Tak Yakin Tapi Lepas Pakai, Rambut Jadi Kurang Gugur. Rahsianya Dengan Bahan Ini!
3. Guna jumlah syampu ikut kepanjangan rambut
Tidak perlulah anda gunakan syampu yang banyak ketika mencuci rambut, cukup hanya menuang syampu di tapak tangan dalam kuantiti yang sesuai dengan kepanjangan rambut. Paling penting, tumpukan pada bahagian akar rambut. Urut secara lembut menggunakan hujung jari sehingga berbuih dan gunakan air untuk meratakannya. Ini bagi memastikan akar rambut anda bersih daripada kekotoran. Biarkan seminit dua agar syampu meresap di dalam rambut. Kemudian, cucilah rambut dengan air bersuhu suam.
4. Basuh dengan air suam
Elak mencuci rambut dengan air yang terlalu panas kerana akar rambut akan mudah terbuka sehingga menyebabkan rambut bercabang, mudah gugur, kering dan rosak. Sebaiknya gunakan air bersuhu suam untuk membasuh dan merapikan rambut. Kemudian, basuhkan dengan air bersuhu rendah untuk menutup folikel rambut anda dan memberikannya sinar.
5. Gosok rambut dengan lembut
Rambut yang basah masih lagi lemah dan terdedah kepada kerosakan. Gara-gara nak cepat kering, anda selalu menggosok rambut dengan tuala secara kasar. Elak buat perkara macam tu kerana ia akan merosakkan rambut. Sebaiknya gunakan tuala daripada kain kapas. Tekapkan rambut yang basah secara perlahan-lahan bagi mengelakkan tekanan pada kulit kepala.
BACA: Cara Pulih Rambut Gugur Guna Produk Drugstore. Dulu 20-30 Helai, Kini 2-5 Helai Je!
6. Pakai syampu yang sama
Setelah habis syampu, gunakan semula syampu daripada jenama yang sama. Jika anda asyik bertukar syampu, rambut anda tidak akan konsisten dan mudah rosak.
7. Lindungi rambut dengan ‘hair mask’
Bagi menggantikan peranan perapi rambut, anda juga boleh gunakan ‘masker rambut’ untuk perlindungan dan hidrasi. Jika anda miliki rambut kasar, ratakannya ke seluruh bahagian kepala. Namun jika rambut anda lembut, tumpukan hanya pada bahagian hujung rambut saja.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI