Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mencipta pelbagai sejarah termasuk sebagai PRU yang menampilkan calon wanita terbanyak.
Menurut sumber daripada Free Malaysia Today, BN sahaja menampilkan 92 calon wanita berbanding 40 calon pada PRU13; Pakatan Harapan dengan 85 calon wanita daripada 660 calon yang bertanding; PAS mempunyai 36 calon wanita daripada jumlah 548 calon yang bertanding.
Parti Warisan menampilkan 9 calon wanita, Harapan Rakyat (7); Parti Rakyat Malaysia (5); Penang Front Party (3); People’s Action Party (2); Parti Cinta Sabah (2) dan 5 wanita bertanding sebagai calon bebas.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan wanita dicalonkan untuk bertanding sama ada kerusi Parlimen atau DUN adalah 251 orang daripada jumlah keseluruhan 2,333 calon.
Fuh, dasyat-dasyat calon-calon kali ini. Dah lah bijak, malah mereka semua ini dikategorikan wanita cantic dalam PRU kali ini. Ini 7 antara mereke tersenarai dalam FMT top 7 calon cun PRU 14.
1) Jo Anna Henley Rampas
Ratu Cantik Ngadai Kaamatan 2007, Jo Anna Henley Rampas dari Sabah menjadi calon Warisan DUN Kiulu pada PRU kali ini. Sudah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Kajang, Jo Anna berasal dari Kampung Poturidong, Kiulu dan berbangsa Dusun. Beliau mendapat pendidikan Bachelor of Laws daripada University of London dan melanjutkan pelajaran di University of the West of England dan memperoleh Master of Laws in International Law and Corporate Social Responsibility. Menurut Jo Anna, beliau aktif dalam Warisan selepas diperkenalkan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, 2 tahun lalu.
2) Juwairiya Zulkifli
Nama Juwairiya Zulkifli tiba-tiba menjadi buah mulut selepas wanita yang berusia hanya 33 tahun itu diminta ke depan apabila kertas pencalonan calon pilihan terdahulu tidak menepati peraturan. Juwairiya tetap dilihat calon yang layak berdepan penyandang, Jakiran Jacomah dari BN dan calon PAS, Muhammad Rashid Muhammad Kassim sekali gus satu-satunya calon wanita Melayu di DUN Bukit Melawati sejak 2008. Aktif dalam pelbagai aktiviti politik sejak 2 tahun lalu, nama Juwairiya akhirnya menjadi pilihan PKR mewakili PH, menjadikan wanita muda itu seorang lagi wanita dalam PRU14. Juwairiyah berkata akan mengetengah isu seperti GST, isu masyarakat setempat membabitkan nelayan untuk PH menang di DUN Bukit Melawati termasuk Parlimen.
3) Misma Appehdullah
Calon BN Mizma Appehdullah mendapat mandat di kerusi DUN Tungku pada PRU akan datang. Mizma meletakkan objektifnya memperkasakan golongan wanita di samping membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan di kawasan berkenaan. Beliau juga turut menyatakan bahawa jika beliau memenangi PRU kali ini, beliau akan berusaha untuk membawa banyak pembangunan termasuk kerja menaik taraf jeti Tambisan darat.
4) Jamaliah Jamaludin
Sumber dari FMT juga turut meletakkan Jamaliah Jamaludin antara yang tersenarai dalam wanita muda dan cantik di dalam list ini. Beliau yang berumur 29 tahun membesar di Lembah Klang dan lepasan Northwood University, Amerika Syarikat serta pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya sejak 2016. Beliau lebih dikenali sebagai cucu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, akan bertanding di DUN Bandar Utama. Jamaliah berkata dia yang menyertai DAP sejak awal tahun 2016, berkata ia parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan pendapatan.
5) Michelle Ng
Pertama kali melibatkan diri dalam PRU sebagai pengganti Hanna Yeoh di kerusi Subang Jaya, Michelle Ng dikatakan mampu membawa momentum yang sama seperti penyandang terdahulunya. Bagi mereka yang tidak mengenali gadis muda berusia 28 tahun ini, dia merupakan peguam dan setiausaha biro perundangan DAP, bertugas dalam beberapa lapangan seperti mahkamah, polisi dan perguaman. Keluarganya pernah berhijrah ke New Zealand, pada waktu itu Michelle hanya 12 tahun. Kemudian ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di London School of Economics di UK, dia mendapat sokongan keluarga untuk terus menetap di sana pula. Namun wanita ini akui “rumahnya” adalah Malaysia dan mengambil keputusan pulang pada 2013, menjadi peguam pada 2014 dan menyertai DAP pada 2015. Cantik kan dia.
6) Chrisnadia Sinam
Chrisnadia Sinam antara calon muda yang dipertaruhkan PH di kerusi Parlimen Tuaran, Sabah berdepan lawan mereka. Chrisnadia yang baru berusia 35 tahun merupakan seorang jurutera yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya sebelum ini. Selain berkempen secara turun padang, beliau juga didapati aktif menggunakan laman sosial untuk berhubungan dengan pengundi dan para netizen. Banyak berkongsi isu yang diperjuang di laman sosial Facebook misalnya, penangguhan bayaran balik PTPTN kepada mereka yang bergaji kurang RM4000, KWSP kepada suri rumah dan sebagainya.
7) Chan Quin Er
Hanya berusia 31 tahun tetapi sudah bersedia berdepan salah satu kawasan paling hangat milik DAP, Seputeh. Chan Quin Er pernah berkhidmat dengan Majlis Peguam Negara sejak 2014 hingga Mac 2018 dalam bidang perkhidmatan awam berkata sasarannya hanya untuk berkhidmat kepada rakyat. Menerusi pembabitan dalam politik dan PRU, beliau percaya ia lebih dekat, langsung dan mudah. Anak jati Jalan Klang Lama itu, lebih tepat membesar di sekitar Taman Gembira dan Taman Overseas Union bersedia berjuang demi pengundi yang mahukan perubahan di kawasan Seputeh.
Cantiknya mereka ni. Kami di Maskulin ingin mengucapkan Good Luck kepada semua calon-calon yang bertanding. Selamat mengundi gais!