Ragam manusia ni memang pelik-pelik kan? Yelah mungin kita biasa dengar insurans di ambil untuk melindungi nyawa, kereta, rumah atau pun harta benda. Namun 7 orang lelaki ini memang rare benda yang dorang insuran. Mungkin kalau kita memang rasa tak masuk akal langsung.
1. Bruce Springsteen – Suara
Dan berada di kedudukan pertama senarai anggota badan yang paling pelik pernah diinsuranskan jatuh kepada penyanyi lagenda Bruce Springsteen. Bruce yang terkenal dengan lagu nya iaitu “Born to Run” dan “Dancing in the Dark” mengambil langkah bijak dengan menginsuranskan suaranya dengan nilai RM25 juta, jika apa-apa berlaku terhadap suara emasnya itu seperti hilang suara atau suaranya rosak.
2. Jeff Beck – Jari
jeff beck insuranskan 10 jari tangannyaa
Sebagai seorang pemain gitar profesional yang digelar “god of guitar”, anggota badan paling penting bagi Jeff Beck tentulah jarinya. Beliau pernah terhiris jari telunjuknya ketika sedang memotong lobak dan terpaksa dijahit serta berehat selamat 7 minggu daripada bermain gitar. Ketika itulah Jeff rasa jari-jari beliau harus dilindungi, dan telah mengambil polisi insurans bernilai RM4.2 juta bagi setiap jari tangannya. Jumlah keseluruhan adalah RM42 juta!
Ads
3. Merv Hughes – Misai
Sport, Cricket, pic: March 1991, 1st Test Match at Sabina Park, Kingston, Jamaica, West Indies v Australia, Australia paceman Merv Hughes, pictured before play starts for the day (Photo by Bob Thomas/Getty Images)
Bagi Merv Hughes, atlet kriket dari Australia, misai adalah perkara paling penting baginya. Ia merupakan “trademark” beliau dan membuatkan seseorang mengenalinya dengan mudah. Misai yang dimilikinya telah diinsuranskan sebanyak RM1.55 juta ketika beliau mewakili Australia dalam sukan itu. Agak-agak Wak Doyok insuranskan ke tak misai dia?
4. Egon Ronay – Deria rasa
Egon Ronay, seorang pengkritik makanan dan pemilik restoran, sangat terkenal dengan deria rasanya yang sangat tajam. Beliau adalah seorang yang sangat berpengaruh dalam industri makanan di Great Britain. Dan disebabkan oleh itu, beliau telah mengambil polisi insurans bernilai RM1.05 juta bagi melindungi deria rasanya yang sangat penting baginya, jika berlaku perkara tidak diingini terhadap deria rasanya.
Walaubagaimanapun, Egon Ronay telah meninggal dunia pada tahun 2010.
Ads
5. David Beckham – Seluruh badan
Siapa tak kenal dengan lagenda bola sepak yang kacak lagi bergaya ini. David Beckham telah mengambil insurans sebanyak RM819 juta untuk kaki dan jari kakinya sebanyak. Dan disebabkan sebahagian besar daripada pendapatannya datang daripada iklan, insurans itu juga meliputi sebarang kecacatan pada tubuh badannya. Nilai ini merupakan nilai insurans paling mahal dalam sejarah dunia sukan.
6. Ben Turpin – Mata juling
Ads
Jika anda mempunyai wang yang banyak dan mata anda juling, pasti anda akan menggunakan wang tersebut untuk melakukan pembedahan mendapatkan mata yang normal. Tetapi berbeza bagi pelawak Ben Turpin. Bagi Ben, mata beliau adalah aset bagi dirinya sebagai seorang pelawak. Beliau yang mempunyai mata juling, telah menginsuranskan organ tersebut sebanyak harga RM420,000.
Dan jika matanya tiba-tiba menjadi normal, wang pampasan akan diberikan kepada penerbit iaitu Mack Sennet.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kadang-kadang mungkin kebanyakan suami agak kurang peka dengan perasaan isteri selepas kehadiran orang baru dalam kehidupan rumah tangga mereka. Tapi tahukan para suami bahawa di sebalik senyuman dan tawa bahagia isteri selepas melahirkan anak, mereka memendam perasaan. Suami malah tidak mengetahui ini.
Isteri mengalami perubahan keadaan psikologi. Untuk sekadar diketahui suami, inilah perubahan perasaan isteri selepas mempunyai anak.
1 Perlu rehat
Bila ibu baru melahirkan anak akan sering marah-marah, itu kerana mereka penat. Mereka ingin berehat, atau sekadar santai menonton televisyen.
2 Tidak ingin ditanya
Mengurus bayi amat memenatkan. Mereka tidak ingin mendengar soalan suami, “Adakah kamu perlu bantuan?” Percayalah mereka sangat memerlukan!.
3 Makin cinta
Isteri menyukai status baru suaminya sebagai seorang ayah. Mereka makin cinta terhadap suami memegang anak, mengajak bermain, berbicara, dan mendoakan.
4 Tiada baju yang muat
Mereka kecewa melihat keadaan tubuh yang membesar dan tiada sehelai pakaian pun yang boleh dipakai. Biasanya mereka boleh bergaya feminin, tapi satu pun kini tak muat.
5 Perlukan perlindungan
Semua wanita selalu inginkan perlindungan. Mempunyai bayi membuat hidup penuh drama. Mereka ingin ada yang melindungi.
Sumber: Familyshare
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun kini berkerja sebagai penghantar barang, tidak pernah sekalipun pelakon Hafidz Roshdi, 29, menganggap kerjaya itu merendahkan martabatnya sebagai artis, demikian lapor Berita Harian.
Sudah hampir dua bulan bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier, Hafidz Roshdi mengakui dia lebih tenang meskipun tidak lagi selumayan dulu.
“Saya tak memilih asalkan rezeki halal, tak ada apa yang nak dimalukan daripada tak buat apa-apa langsung.
“Saya rasa seperti budak baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang nak mulakan hidup.
Masih Ada Tawaran Berlakon
Hafidz bagaimanapun tidak menafikan yang masih menerima tawaran berlakon
“Alhamdulillah, walaupun pekerjaan sekarang jauh dari dunia glamor dan pendapatannya tidak selumayan berlakon, tapi saya beroleh ketenangan,” katanya menerusi laporan Berita Harian.
Berkongsi pengalaman hampir dua bulan beralih angin, Hafiz berkata, dia seronok dengan pekerjaan baharu yang kurang tekanan berbanding lakonan.
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
BAGAIMANA KOLESTEROL BERFUNGSI?
Lemak Dihantar ke Organ Hati
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan.
Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!)untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah.
Sebahagian LDLs Terperangkap
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap pada dinding salur darah seperti sampah-sarap yang terperangkap sepanjang salur longkang, maka ini akan menyebabkan salur darah menjadi kecil dan sempit.
HDLs Menyelamatkan LDLs
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan.
Jika Anda Makan Banyak Lemak
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku.
TAHAP KOLESTEROL ADALAH APA YANG ANDA AMALKAN
Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.
Makanan Yang Anda Beli
beli banyak makanan proses dan makanan segera
beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan keju
beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.
Apa Yang Anda Makan
makan banyak makanan goreng
suka makanan berkrim dan dicurah sos
makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat
Cara Hidup Anda
telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
tidak bersenam secara berkala
suka merokok
INI 8 CARA UNTUK KAWAL TAHAL KOLESTEROL DALAM BADAN ANDA
Lebihkan buah dan sayuran
Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolesterol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah.
Diet makanan omega 3
Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.
Mengubah menu makanan
Sebaik-baiknya kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu. Kurangkan juga pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut di samping gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
Ubahlah dengan menggantikannya kepada semangkuk oat kerana ia memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolesterol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.
Elak lemak tepu
Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolesterol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolesterol ‘jahat’.
Lebihkan makanan fiber
Kita memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembarangan.
Ubah gaya masakan
Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol. Jika sebelum ini corak penyediaan makanan anda lebih banyak menggunakan sumber-sumber berminyak atau lemak tidak tepu, ubah kepada yang lebih menyihatkan seperti mengurangkan penggunaan minyak dan seumpamanya.
Tingkatkan senaman
Aktiviti fizikal seperti olahraga dan senaman sangat baik untuk kesihatan tubuh. Ia bukan sahaja membantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, malahan juga membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan rasa keinginan atau ketagihan untuk merokok. Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total. Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
Kawal makan di luar
Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk menjaga kadar pengambilan kolestrol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.