Aksesori mungkin nampak sahaja kecil bagi sesetengah orang tetapi mampu untuk meningkatkan penampilan lelaki moden.
Sama ada anda ke mesyuarat penting, makan malam santai atau keluar bersama rakan, aksesori yang tepat mampu menaikkan keyakinan dan gaya anda ke tahap yang lebih tinggi.
Berikut adalah tujuh aksesori asas yang wajib dimiliki oleh setiap lelaki.
1. Jam Tangan
Jam tangan adalah simbol keperibadian dan gaya. Ia bukan sekadar alat untuk melihat waktu tetapi juga satu pernyataan tentang siapa anda.
Pilih jam tangan yang sesuai dengan gaya hidup anda sama ada tali kulit atau logam untuk acara rasmi dan jam digital atau sukan untuk gaya santai.
Rekaan minimalis adalah pilihan terbaik kerana ia sesuai untuk pelbagai gaya pakaian.
Foto : The Raky
2. Dompet Kulit
Dompet kulit pula adalah aksesori harian yang penting. Pilih dompet kulit berkualiti dalam warna klasik seperti hitam atau coklat untuk memberikan kesan matang dan profesional.
Dompet yang ideal mestilah praktikal, nipis dan mempunyai ruang mencukupi untuk kad dan wang tunai tanpa kelihatan terlalu tebal.
Foto : Pngtree
3. Tali Pinggang
Tali pinggang juga tidak boleh diabaikan kerana ia adalah pelengkap penting, terutamanya untuk pakaian formal.
Ads
Pilih tali pinggang kulit dalam warna neutral seperti hitam atau coklat dan pastikan warnanya sepadan dengan kasut anda untuk penampilan yang lebih rapi dan profesional.
Foto : mStar
4. Kaca Mata Hitam
Kaca mata hitam adalah aksesori pelengkap gaya yang juga melindungi mata daripada sinaran UV.
Bingkai aviator dan wayfarer adalah pilihan klasik yang sesuai untuk kebanyakan bentuk wajah.
Pastikan kaca mata hitam anda mempunyai perlindungan UV penuh untuk menjaga kesihatan mata.
Foto : Aladokter
5. Kasut Kulit
Untuk acara formal atau kasual, sepasang kasut kulit berkualiti adalah pelaburan yang sangat berbaloi.
Ads
Kasut jenis Oxford sesuai untuk majlis rasmi, manakala loafer adalah pilihan tepat untuk gaya santai tetapi tetap bergaya.
Warna hitam dan coklat adalah pilihan serba guna yang mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian.
Foto ; Blog Rasmi Shafiq Raduan
6. Beg Sandang
Lelaki moden juga memerlukan beg yang praktikal dan bergaya.
Beg sandang kulit sesuai untuk gaya formal, manakala tote bag dengan rekaan minimalis adalah pilihan sempurna untuk gaya kasual.
Pilih warna neutral seperti hitam, kelabu atau navy blue untuk memastikan ia mudah dipadankan dengan pakaian harian anda.
Ads
Foto : Etsy.com
7. Minyak Wangi
Minyak wangi adalah sentuhan akhir yang penting untuk melengkapkan penampilan.
Pilih minyak wangi yang sesuai dengan personaliti anda seperti bauan citrus atau fresh untuk kegunaan harian dan woody atau spicy untuk acara malam.
Ingat, semburan yang sedikit tetapi tepat pada pergelangan tangan dan leher sudah memadai untuk meninggalkan kesan positif.
Foto : Maskulin
Aksesori mencerminkan siapa anda dan merupakan pelaburan dalam gaya dan keyakinan diri.
Ingatlah, dalam dunia fesyen lelaki ‘less is more’ pilih kualiti berbanding kuantiti untuk penampilan yang sentiasa menarik dan berkesan!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Nadhir Nasar kini cukup mekar di bibir peminat industri seni tanah air. Pemenang Hero Remaja 2020 ini bukan sahaja terlibat di dalam industri sebagai seorang pelakon malah juga sebagai peragawan dan juga pengacara.
Malah Nadhir juga dikatakan mempunyai bakat dalam bidang pengarahan kerya drama. Kemunculannya dalam drama popular seperti ‘Projek: Anchor SPM’ dan juga ‘Projek: High Council’ telah melonjakkan lagi nama anak muda yang dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat dan membesar di Petaling Jaya ini.
Selain kelibatnya dalam dunia lakonan penampilan fesyen dan gaya Nadhir Nasar juga sentiasa mencuri perhatian ramai. Lihat sahajalah hantaran yang dikongsi olehnya di laman media sosial. Sarat dengan peragaan pelbagai jenis gaya.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa isnpirasi gaya yang boleh anda ikut dari gaya yang telah ditonjolkan oleh Nadhir Nasar.
Mendapat tugasan di luar negara bercuaca sejuk sememangnya satu bonus. Padanan layering yang sesuai dengan hoodie dan industrial jaket dari Carhartt menonjolkan gaya jalanan yang kemas dipadankan bersama seluar kargo.
Imej James Dean dengan jaket kulit akan sentiasa menjadi simbol lelaki moden sejati. Pemilihan jaket kulit berwarna coklat oleh Nadir menonjolkan sisi rebelious yang mungkin tersimpan di sisinya.
Sling bag kini menjadi aksesori cukup realisitk dan penting untuk lelaki. Tidak perlu terlalu besar pun sudah okay. Padanan bersama kemeja kemas melengkapkan gaya semi kasual yang masih kekal nampak elegan.
Sejak sekian lama trench coat dianggap sebagai pakaian wajib bagi seorang lelaki terutamanya di negara Barat. Selain membawa elemen ‘timeless’ ia mampu menonjolkan sisi lelaki yang lebih elegan, sofistikated dan meningkatkan gaya macho seorang lelaki.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahu pasti akan muncul trend baru dalam apa jua perkara melibatkan fesyen. Tapi berbeza bagi jam tangan lelaki khususnya dalam kategori jam premium, ia bukanlah turun naik seperti pasang surutnya air.
Bagi kebanyakan lelaki rekaan jam itu sentiasa membawa elemen timeless yang sesuai dipakai pada bila-bila masa dan tidak bergantung kepada perubahan era.
Tapi tidak dinafikan semakin ramai yang menggantikan jam konvensional kepada jam pintar atau pun pengesan kecergasan GPS yang terdapat cukup banyak di pasaran sekarang.
Namun begi lelaki yang mahu sentiasa tampil elegan dengan seutas jam berkualiti yang dihasilkan dengan kerja tangan luar biasa teliti, jam premium masih jadi pilihan utama. Bagi mereka jam membawa simbol kepada status.
Berikut merupakan beberapa jam tangan pilihan MASKULIN yang bakal melengkapkan gaya anda sepanjang tahun 2020.
*harga adalah anggaran dengan adar tukar matawang GBP
BAMFORD LONDON MAYFAIR DATE
RM2,700
BELL & ROSS BR03-92 NIGHTLUM
RM12,300
BRAUN BN0021
RM470
BREITLING NAVITIMER B01 CHRONOGRAPH
RM34,500
CASIO CLASSIC LEISURE ALARM CHRONOGRAPH
RM200
CITIZEN PROMASTER NAVIHAWK GPS
RM5,300
CHOPARD MILLE MIGLIA
RM31,800
FOSSIL COMMUTER
RM580
CORUM BUBBLE WATCH
RM59,800
HUBLOT CLASSIC FUSION
RM67,300
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti korang ingat lelaki badan kurus ni senang untuk dress up berbanding lelaki yang berbadan besar kan?Tapi sebenarnya sangkaan korang meleset. kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni.
Jadi sekarang kami nak share tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya korang tampak stylo . Check this out!
1. BETULKAN CUTTING
Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, better korang hantarkan kat tukang jahit untuk ikut saiz korang. At least takdelah nampak macam korang pinjam baju ayah atau abang atau kawan yang badan lagi besar daripada korang.
2. PAKAI LEBIH SELAPIS
Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, korang pakai t-shirt then korang pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sikit kat luar mengikut keselesaan korang ok. Janganlah pulak cuaca panas terik korang pakai baju sampai tiga lapis. Cara ni boleh bagi ilusi badan korang lebih berisi.
3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK
Untuk lelaki berbadan kurus ni, pakaian slim fit cutting sangat sesuai sebab boleh menampakkan susuk tubuh keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat tau, bukan ‘skinny fit’ sebab boleh jelas nampak yang korang kurus.
4. ELAK PAKAIAN LONGGAR
Pakaian longgar memang rasa selesa kan. Namun elakkan pakaian yang terlalu longgar. Sebab menampakkan lelaki kurus bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang kata pakaian longgar sikit dapat sorokkan susuk tubuh kurus. Tapi sebenarnya tanggapan ni salah.
5. ELAK AKSESORI BESAR
Aksesori macam tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya korang elakkan. Korang mesti akan kelihatan tak kena. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau korang pakai jam tangan besar kat tangan, mesti orang akan nampak jam tu dulu baru nampak betapa halusnya tangan korang. For sure korang boleh goncang-goncang jam kat tangan korang tu hahaha.
6. ELAK CORAK MENEGAK
Memakai baju yang ada corak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang itu lebih kurus. Jadi korang dah tahu korang kurus, elakkan corak menegak. Seeloknya pakai baju yang ada corak melintang. Lagi pun corak melintang kan memang tengah trending sekarang. Let’s join the club!
7. WARNA CERAH
Pakaian berwarna cerah menampakkan si pemakai lebih berisi dan sesuai sangat untuk korang yang berbadan kurus. Kalau boleh, kurangkan berpakaian gelap seperti hitam atau coklat. Tapi kalau dah minat sangat, cubalah cari warna kelabu atau coklat terang.
8. TAHU JENAMA SESUAI
Mungkin ada sesetengah korang yang tak tahu, sebenarnya ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus macam korang tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot a.k.a sado. Jadi pilihlah jenama dan fashion designer tu tentu dah arif dalam mereka fesyen untuk lelaki kurus macam korang. Topman, Uniqlo atau H&M.
Ok korang dah nampak jalan penyelesaian untuk dilema korang tu kan. Apa tunggu lagi, korang pergi laa shopping sekarang.
Sumber: Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.