5 Poster Filem Hollywood Yang Cetus Kontroversi

Share

Final Destination 5 (2011)

Siapa yang tidak seram dengan filem ini? Setiap sekuelnya pasti mendebarkan. Namun, menurut Advertising Standards Authority di UK, imej original filem ini menganggu pemikiran kanak-kanak. Selepas menerima banyak kritikan, poster ini dialihkan daripada tempat awam. Anak muda mungkin mendapat gangguan emosi apabila melihat imej poster ini kerana ia boleh menyebabkan rasa takut dan memberi stress kepada kanak-kanak.

Wanted (2008)

Masih ingat aksi lasak Angelina Jolie bersama James McAvoy? Poster filem ini telah mendapat kritikan bukan sahaja dari orang awam, malah dari kerajaan mereka sendiri kerana ia seakan mempengaruhi minda masyarakat dan mengajak mereka melakukan keganasan, terutamanya apabila tagline nya berbunyi :

 “This is your destiny. Join us,” .

Zack & Miri Make a Porno (2008)

Lihat saja tajuk filem ini, sudah pasti mata akan terbuka luar kerana pelik. Disebabkan kerana imej posternya punya unsur luncah, pihak MPAA telah mengarahkan untuk tidak mengeluarkan poster filem ini. Namun, ia mnedapat kata “Yes” dari kerajaan Kanada mengenai poster ini. 

The Hills Have Eyes 2 (2007)

MPAA (Motion Picture Association of America) bersetuju untuk mengatakan TIDAK kepada poster original filem ini. Ia kelihatan perit dan membebankan! Distressing! Namun mereka menukarnya dengan imej yang lebih biasa namun masih berkonsepkan penderitaan. Cuba tengok!

Bad Lieutenant (1992)

Pistol di dalam poster filem? Ok sahaja. Namun apabila imej pistol diacukan kepada seseorang dalam sebuah poster? MAaf, sama sekali tidak. Pihak MPAA mengharamkan pengeluaran poster ini yang mengeluarkan undang-undang  “guns don’t kill people, people do”.

Published by
webadmin