Golongan perokok pasif wanita adalah kelompok paling berisiko mendapat adenokarsinoma paru iaitu sejenis kanser yang terbentuk daripada sel paru-paru yang tidak normal, membiak dan membentuk tumor.
“Menurut teori, wanita dikatakan lebih berisiko kerana sensitif terhadap asap rokok. Mereka ini kerap terdedah kepada tabiat pasangan yang merokok, rakan perokok aktif dan tempat awam yang dicemari asap rokok.
“Perlu diketahui ciri kanser paru-paru dalam kalangan perokok dan bukan perokok mempunyai banyak perbezaan. Biasanya, orang yang merokok tidak menyedut asap yang ‘dalam’.
“Mereka hanya sedut sedikit dan hembus. Jadi, asap rokok itu tidak masuk ke bahagian dalam paru-paru dan lebih kepada bahagian luaran saja. Jika kanser berlaku sekalipun, simptom itu akan datang awal. Cuma, kanser akan lebih agresif.
Berbanding perokok pasif, mereka yang terdedah kepada asap rokok ini akan menyedut hingga ke bahagian dalam paru-paru. Kanser yang berlaku sukar menonjolkan sebarang simptom. Ia bagaimanapun berlaku di pinggir (periferi) paru-paru, bukan di tengah seperti dialami pesakit kanser yang merokok.
Perokok yang menghidap kanser paru-paru biasanya akan menunjukkan simptom jelas seperti batuk, batuk berdarah, penat dan susah bernafas. Namun bagi perokok pasif, sel kanser yang tumbuh di pinggir paru-paru menyukarkan pesakit mengesan masalah dihidapi dari awal.
Ads
Dalam kebanyakan situasi, perokok pasif yang menghidap kanser tidak akan menghadapi sebarang masalah di peringkat awal. Jadi, kecenderungan untuk mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut adalah rendah.
Apabila simptom jelas mula kelihatan, biasanya sel kanser sudah pun merebak ke tahap tiga, empat dan mungkin sudah terlalu lewat untuk diubati. Sebab itu, dalam kebanyakan kes membabitkan bukan perokok wanita, mereka hanya sedar di peringkat lewat. Tidak ada simptom awal. Tetapi, dalam tempoh antara sebulan hingga setahun, ia sudah mula merebak ke tulang dan organ lain. Ketika inilah baru mereka sedar menghidap kanser.
Membina kesedaran
Ads
Kita mahu masyarakat sedar. Wanita khususnya perlu sedar risiko untuk mereka menghidap kanser ini lebih tinggi sekalipun tidak merokok. Penguatkuasaan perlu lebih menyeluruh. Kalau di barat, golongan perokok biasanya akan keluar (dari rumah atau pejabat) dan menjauhi orang lain untuk merokok.
Di Malaysia, kesedaran itu masih kurang. Kita selalu mengingatkan orang ramai supaya jangan merokok di tempat awam, jangan membahayakan kesihatan orang lain, tetapi kesedaran umum dan penguatkuasaan masih di takuk mengecewakan.
Kalau sudah tahu kanser paru-paru berbahaya, sukar dirawat di peringkat lewat, peratus kesembuhan rendah, apa kata setiap orang mengambil tanggungjawab terhadap diri sendiri untuk melalui ujian pengesanan awal atau setidak-tidaknya pemeriksaan kesihatan lengkap?
Ads
Terdapat dua jenis kanser paru-paru iaitu:
1. Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC) – jenis paling lazim membabitkan 75 hingga 85 peratus keseluruhan kanser paru-paru.
2. Small Cell Lung Cancer (SCLC) – jenis kurang lazim membabitkan 15 peratus daripada keseluruhan kanser paru-paru namun mempunyai kecenderungan untuk merebak lebih awal kepada bahagian organ lain.
Bagi perokok tegar, mereka boleh menghidapi mana-mana jenis kanser di atas. Namun, perokok pasif dikatakan lebih cenderung menghidapi adenokarsinoma paru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas lapan minggu bersiaran, Aiman Ameer telah dinobatkan sebagai Hero Remaja manakala takhta Dewi Remaja pula dirangkul oleh Nurel bagi edisi 2023.
Kedua-dua juara tahun ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sebuah trofi dan Dewi Remaja 2023 turut menerima sebuah mahkota di pentas akhir yang bersiaran secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Naib Juara: Fitri & Arabella
Dalam persaingan yang cukup sengit, Naib Juara Hero Remaja 2023 jatuh kepada Fitri manakala Naib Juara Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh Arabella yang berjaya mengekalkan prestasi konsisten sepanjang tempoh pertandingan. Mereka masing-masing menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan sebuah trofi.
Anugerah Kategori Lain
Selain itu, menerusi hasil undian peminat di laman web REMAJA (www.remaja.my), kategori Hero Favourite dan Dewi Favourite disandang oleh Razin Qidran dan Nurel.
Manakala, kategori Best Chesmistry Duo pula dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella. Kesemua pemenang kategori ini masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.
Selain itu, kategori Hero dan Dewi Inspirasi pada tahun ini telah dipilih secara eksklusif oleh penaja, Yaya Nadia Empire di mana penerima anugerah Hero dan Dewi masing-masing menerima kontrak kerjasama bernilai RM20,000 berserta sebuah trofi. Penerima anugerah Hero dan Dewi Inspirasi Yaya Empire ialah Aiman Ameer dan Adrina.
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Fiezreen Ahmad berkata, “Malam ini sejarah tercipta apabila dua juara dinobatkan sekaligus, pertama kali dalam sejarah Dewi & Hero Remaja sepanjang lebih 38 tahun penganjuran.
“Pemilihan kedua-dua mereka dianggap tepat dan mampu meneruskan legasi cemerlang juara-juara sebelum ini. Pencarian ini bukan hanya mengiktiraf bakat yang cemerlang dan berpotensi, tetapi juga sebagai batu loncatan untuk mereka meneroka dunia seni, membina keyakinan diri, dan menjadi contoh yang memberi inspirasi kepada generasi masa kini”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan meluas peranti seperti telefon pintar, tab dan komputer peribadi di kalangan pengguna di negara kita merupakan satu perkembangan sihat dalam industri teknologi maklumat.
Dengan penggunaan meluas ini juga membuatkan ramai pengguna semakin terdedah dengan peranti-peranti tiruan atau yang tidak mendapat pengesahan daripada badan berwajib.
Semalam sebuah kenyataan media daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dimuat naik di Twitter berkenaan hal ini.
SKMM menyeru orang ramai untuk lebih berhati-hati dan beringat sebelum menggunakan atau membeli mana-mana peranti di pasaran. Menurut SKMM penggunaan peranti tanpa pengesahan berlaku semakin berleluasa.
“Konsumer mungkin masih tidak sedar bahawa semua peranti dan peralatan komunikasi yang dibeli perlu diperakui oleh SIRIM bagi membolehkannya digunakan di Malaysia, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan negara termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dan Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000”.
Di bawah akta CMA mana-mana individu yang didapati menggunakan peranti yang boleh menggangu fungsi alat komunikasi lain boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jelas SKMM penggunaan peranti telekomunikasi tanpa pengesahan telah menyebabkan kes gangguan frekuensi semakin meningkat. Sejak dua tahun lalu SKMM mendapati bahawa laporan dan aduan orang ramai telah meningkat.
“Peranti dan peralatan yang memaparkan label luar negara seperti CE atau FCC berkemungkinan tidak boleh digunakan di Malaysia dalam frekuensi yang sama untuk beroperasi di negara asal jika frekuensi tersebut telah diperuntukkan kepada kegunaan lain”.
Sebagai contoh penggunaaan peranti tersebut boleh mengganggu kelancaran perkhidmatan selular. Jika anda sangsi periksalah peranti sma ada ia mempunyai pelekat SIRIM. Anda juga boleh memuat naik aplikasi SIRIM Check Your Label untuk memeriksa sama ada peranti anda memiliki pengesahan selamat untuk digunakan di Malaysia atau tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nampak unik namun menakutkan. Pernah dengar cerita tentang lukisan yang hidup dan berhantu? Ini adalah barisan lukisan yang paling menakutkan di dunia!
1. HEADS SEVERED
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Theodore Gercault. Lukisan ini merupakan lukisan yang paling terkenal dari berbagai macam karya seni yang di hasilkannya, lukisan ini juga terkenal dengan gaya artistik dari sang pelukis.
Konon lukisan yang menggambarkan 2 kepala mayat ini diinspirasikan dari dirinya yang melihat beberapa organ tubuh manusia di rumah mayat mahupun potongan tubuh manusia di lab rumah sakit.
2. STUDY AFTER VELAZQUEZ’S PORTRAIT OF INNOCENT X
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh seniman terkenal pada abad 20, iaitu Francis Bacon.
Gaya lukisannya terkenal dengan elemen berani dan memiliki unsur gelap dalam bentuk figura atau tokoh tertentu, lukisan ciptaanya terjual sangat mahal walau hanya sebuah kanvas saja.
Dalam lukisan ini di gambarkan bahawa manusia tersebut sedang termenung dan seakan seperti sedang berbicara, dan menjerit.
3. THE HANDS RESIST HIM
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Bill Stoneham pada tahun 1972 di Oakland, California. Lukisan ini juga dikenali sebagai lukisan paling menyeramkan di dunia.
Dalam lukisan ini digambarkan adik perempuan bersama abangnya dan banyak tangan sedang cuba untuk keluar di balik pintu, hanya sebuah kaca rapuh yang menahan mereka.
Di katakan bahawa mereka berdua pada lukisan ini bergerak pada malam hari bahkan bergaduh.
4. THE CRYING BOY
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Bruno Amadio. Lukisan ini mengambarkan seorang anak kecil dengan air mata yang mengalir ke pipinya.
Sang pelukis mengekspresikan kesedihan mendalam pada lukisan anak ini, dimana tidak ada seorang pun yang dapat menahan emosinya ketika melihat tangisan anak kecil ini.
Lukisan ini terkenal akan berbagai legenda dimana kebakaran dan kematian menghantui lukisan ini, bahkan lukisan ini terkenal dimana terjadi kebakaran pada gedung dimana lukisan ini di pamerkan.
5. THE SCREAM
Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Edvard Munch, dan juga merupakan lukisan yang paling terkenal di dunia kerana harganya yang sangat mahal.
Di khabarkan bahawa orang-orang merasa sakit, bahkan turut berasa tekanan ketika mendalami lukisan ini. Ia juga turut dikatakan lukisan ini membawa nasib malang pada orang yang menyentuh atau menjatuhkan lukisan ini.
sumber: tahupedia.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.