Apa yang berlaku di Universal Studios Japan di Osaka pada hari Selasa lalu melibatkan Roller Coaster Dinosaur Jurassic Park yang membuatkan anda berfikir dua kali untuk menaiki Roller Coaster apabila anda pergi ke taman hiburan. Ini kerana Roller Coaster yang membawa kira-kira 60 penumpang, terhenti dengan sendirinya di pertengahan dan menggantung kesemuanya dalam keadaan terbalik selama 2 jam.
Dengan itu, Taman hiburan tarikan Jurassic Park ini akan menjadi sebahagian daripada pusat pelancongan yang paling menakutkan. Pengurus Taman Hiburan itu memohon maaf dan berkata masalah itu disebabkan oleh peranti mengawal motor di landasan gerabak.
Menurut Japan Times, kesemua 60 penumpang menaiki gerabak tersebut yang terdiri daripada dua gerabak. kedua-duanya tersangkut di pertengahan kira-kira jam 4.45 petang. Kejadian ini sebenarnya telah berlaku sekitar Ogos tahun lalu. Satu gerabak tersangkut di tengah-tengah dalam keadaan terbalik dengan ketinggian 20 ke 30 meter dari arah tanah, semetara satu gerabak lagi tersangkut berhampiran dengan terminal.
Memang menggerunkan, akhbar Jepun Asashi Shimbun telah merakam detik-detik mencemaskan dari sebuah helikopter. Sudah semestinya ini tidak menatahkan semangat peminat-peminat tegar aksi gayat dimana mereka masih beratur untuk menaiki permainan tersebut. Roller coaster ini kembali beroperasi seperti biasa selepas masalah berjaya diselesaikan.