6 Trik Untuk Lelaki Kurang Hensem Boleh Cuba Untuk Nampak Lebih Smart!

Share

Soal rupa sering menjadi perbualan utama dan igauan ramai lelaki sehingga boleh menjatuhkan keyakinan diri.

Lebih-lebih jika merasakan wajah kurang kacak berbanding rakan-rakan yang lain lebih segak dan kemas selain mudah didampingi.

Namun begitu jika anda merasakan wajah anda kurang hensem, anda tidak seharusnya risau sebaliknya positifkan diri untuk jadi lebih baik.

Dan untuk itu, ini 6 trik yang boleh anda lakukan untuk kembangkan aura dalam diri anda biar orang lain pun turut sama terpukau :

1. Rapikan rambut

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah merapikan rambut. Boleh guna gel atau minyak rambut lalu sisirlah rambut anda agar kelihatan kemas. Jika memiliki rambut kerinting, pakai pewangi yang khusus untuk rambut agar ia kelihatan menarik dan wangi.

2. Pakai baju ikut saiz badan

Muka tak hensem tetapi ada badan yang sedap? Apa susah, elakkan daripada pakai baju dan seluar yang longgar. Cuba beralih kepada fesyen yang lebih fit. Kalau tak ada bajet, bawa sahaja pakaian anda ke kedai jahit untuk alter. Modal baru berapa!

3. Sembur minyak wangi

Apabila berjalan di tempat umum, anda digalakkan untuk sembur sedikit minyak wangi pada tubuh anda. Bayangkan apabila anda berada dalam lif dan anda wanita tergoda dengan haruman itu, bukankan anda sudah menjadi sasaran dia? Cuma kena usaha untuk jadi lebih gentleman sikit!

4. Gosok dan jaga gigi

Mulut adalah aset yang penting buat lelaki apabila hendak bercakap dengan orang terutamanya gadis. Mereka akan melihat gigi anda. Adakah berkerak dengan plak gigi atau bersih dan berbau harum. Boleh ambil chewing gum untuk kekalkan kesegaran mulut anda.

5. Tingkatkan daya komunikasi

Jangan biarkan rupa paras anda mempengaruhi daya komunikasi anda. Banyakkan membaca dan bergaul dengan orang ramai untuk mendapat seberapa banyak ilmu. Dari itu, anda dapat berkongsi semula knowledge yang anda miliki dengan cara yang lebih stailo untuk membangkitkan keterujaan sesiapa sahaja yang mendengarnya!

6. Ambil aura mereka yang hensem

Belajar tiru gaya mereka. Bagaimana mereka ambil gambar, posing dan berinteraksi. Ada kalanya wanita tidak kisah sangat pasal rupa. Asalkan anda mampu buat dia rasa dihargai dan dia adalah satu-satunya pun, anda sudah kelihatan sangat hensem di matanya.

Sebab itu jangan pelik kalau jumpa, “BF muka tak siap tapi awek dia lawa beb!” Itu semua trik dan skill yang lelaki hensem pun ada kalanya tak ada!

Published by
Akyem Samad