
Nampaknya ramai di antara anda sidah tak sabar untuk sama-sama bersesak dan bertarung di atas jalan raya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Segala persiapan mungkin anda sudah siapkan. Servis kereta pun sudah. Tapi bagaimana caranya untuk jimatkan penggunaan minyak dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Kalau ikut caranya memang anda boleh jimatkan kos minyak. Jadi apa yang kita boleh buat untuk jimatkan minyak atau tak bazirkan minyak kereta kita adalah dengan beberapa perkara ini. Ada cara yang betul pemandu harus lakukan.
1. Ikut kelajuan yang ditetapkan. Bawa laju memang menghabiskan minyak. Tapi bawa dengan kelajuan yang consistent boleh elak kita daripada bazirkan minyak okay ?
2. Apa salahnya pagi-pagi keluar rumah dalam pukul 7 atau 8 buka lah tingkap. Atau petang – petang. Cuaca pun dah redup kan.
3. Sekarang ni semua orang bergantung kepada Waze. Bukan sebab kita tak tahu jalan tetapi Waze bagi tahu mana jalan shortcut sekiranya jam. Jadi jimat minyak kan ?
BACA: Tip Beli Baju Raya Last Minute, Tak Kena Gaya Jimat Berganda-Ganda!
4. Elakkan bawa kereta semasa hujan. Rintangan air di jalan raya buat kereta lebih berat dan perlukan tekanan minyak yang tinggi
5. Check tayar kereta korang. Lagi kurang angin lagi banyak menggunakan minyak
6. Muatan kereta pun biar berpada.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Online Melalui Maybank2U, Jangan Risau Hukumnya Tetap Sah

Salah satu kewajipan yang perlu kita langsaikan sebelum menjelangnya hari raya adalah membayar Zakat Fitrah .Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.
Kebiasannya ia boleh dilakukan dengan menemui amil di pusat-pusat zakat, masjid-masjid atau di mana-mana kiosk yang menawarkan perkhidmatan pembayaran ini. Pembayaran zakat fitrah juga mestilah dibuat bersama-sama lafaz akad zakat fitrah sama ada untuk diri sendiri, tanggungan dan untuk pihak lain. Tetapi kadangkala itulah yang menjadi masalah kita semua, kekangan waktu dan sikap suka bertangguh menyebabkan kita sering lupa untuk menunaikan kewajipan ini.Kini kita boleh menunaikan zakat ini melalui sistem online je
Pada tahun 2003, Fatwa Kebangsaan Malaysia yang mazhab rasminya adalah Mazhab Syafie telah menerimapakai pendapat bahawa membayar zakat fitrah dengan nilaian wang adalah dibolehkan.
HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE
Menurut info dari Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.
Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus.
Ini diletakkan atas sandaran bahawa Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah, seperti dalam firmannya:
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185).
Cara Mudah Bayar Zakat Melalui Maybank2U
Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u
1. Login
2. Pilih ‘Bill Payment’
3. Klik ‘Make a one-off payment’
4. Pada bahagian ‘Category’ pilih ‘Zakat & Charity’
(Rujuk kadar zakat negeri anda: Kadar Zakat Fitrah 2018 Mengikut Negeri Di Malaysia)
5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki.
6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar.
PERLUKAH MELAFAZKAN AKAD?
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Ini kerana, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah.
Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
LAFAZ NIAT & DOA ZAKAT FITRAH
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنِّىْ وَعَنْ جَمِيْعِ مَا يَلْزَمُنِىْ نَفَقَاتُهُمْ شَرْعًا فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNII WA’AN JAMII’I MAA YALZAMUNII NAFAQOOTUHUM SYAR’AN FARDHOL LILLAAHI TA’AALAA
Sahaja aku mengeluarkan zakat atas diriku dan atas keluargaku yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka secara syari’at, fardhu karena Allah Ta’aala.
Bacaan Doa Niat Membayar Zakat Fitrah
ALLAHUMMAJ ‘ALNAA MAGHNAMAN, WALAA TAJ’ALHAA MAGHRAMAN
Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikanlah ia pemberian yang merugikan.
ADA TEKNOLOGI, TIADA ALASAN LAGI!
Dengan adanya teknologi kini, tiada alasan lagi untuk kita lewat menunaikan zakat fitrah.
Namun, bagi mereka yang terlupa menunaikan zakat fitrah sehingga terbenamnya matahari, iaitu apabila masuk hari kedua Syawal, maka dikira berdosa dan wajib mengqadakannya.
Ini bermaksud, seseorang itu masih wajib mengeluarkan juga zakat fitrah itu walau setelah luput hari pertama Syawal dan zakatnya itu pada masa tersebut dikira qada.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Barisan Hadapan Negara Kini Berdepan Tahap Kritikal Di Sabah

Setiap hari debaran pasti dirasai tatkala menunggu perkembangan terbaru penularan Covid-19 terutamanya sidang media daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Barisan hadapan negara sekali lagi terpaksa berhadapan cabaran yang cukup luar biasa.
Kes harian kini mencatatkan angkas tiga digit setiap hari dengan negeri Sabah yang paling teruk terjejas. Dan menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, barisan hadapan kini mencapai tahap kritikal. Perkara tersebut dikongsi oleh beliau menerusi ciapan di Twitter pada awal pagi hari ini.
“Strategi kami adalah berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti. Ia juga bagi memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” jelasnya.
Pada 11 Oktober 2020 iaitu semalam negara kita menyaksikan sebanyak 561 kes baharu dilaporkan dengan negeri Sabah mencatatkan angka tertinggi dengan 488 kes.
MOBILISASI SEGERA
Dalam pada masa yang sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tekah melakukan mobilisasi juruteknologi makmal perubatan dan juru x-ray (diagnostik) dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak ke negeri Sabah.
Seramai 2 orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan 9 orang juru X-ray (Diagnostik) KKM telah dimobilisasi ke negeri Sabah pada 9 Oktober 2020 dengan menaiki pesawat ‘Charlie’ Tentera Udara DiRaja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM).
Terdahulu, seramai 5 orang JTMP dari Pusat Darah Negara (1 orang), Hospital Kuala Lumpur (1 orang), Hospital Pulau Pinang (1 orang), Hospital Umum Sarawak (1 orang) dan Hospital Ampang (1 orang) telah dimobilisasi pada 5 dan 7 Oktober 2020 yang lalu.
Mereka ditempatkan di Hospital Semporna, Hospital Lahad Datu dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKA KK). Turut sama ialah seorang Pegawai Sains (Mikrobiologi) dari Hospital Umum Sarawak yang telah dimobilsasi ke MKA KK.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Selamat berjuang dan bertugas MASKULIN ucapkan buat wira-wira negara yang berada di barisan hadapan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Jangan lupa untuk dapatkan e-magazine MASKULIN isu October 2020 yang memaparkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan dan Alif Satar sebagai cover belakang. Anda boleh dapatkannya di sini.
Sumber: Twitter & Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ Raih Lebih RM1 Juta Dalam Tayangan Awalnya

Filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ merupakan filem terbaru arahan Syafiq Yusof, telah berjaya raih lebih dari RM1 juta pada tayangan perdana 17 April 2024.
Ia juga dilihat dengan pantas menguasai carta Top 10 GSC Malaysia dan menewaskan filem-filem blockbuster antarabangsa. Ini bukan sekadar filem, tetapi fenomena!
Diarahkan oleh Syafiq yang terkenal, yang dengan mesra dipanggil ‘Raja Plot Twist’ oleh peminatnya, filem ini menjanjikan deretan emosi dan ketegangan yang seperti rollercoaster. Setia dengan reputasinya, Syafiq mengarang naratif yang kaya dengan liku-liku yang meninggalkan penonton tercengang dan meminta lebih.
Apa yang membuat filem “Sheriff: Narko Integriti” menonjol bukan hanya ceritanya yang menarik atau persembahan cemerlang oleh pelakon yang berbakat, tetapi juga penerokaannya yang mendalam ke dalam tema integriti dan keadilan.
Unsur-unsur ini bergema dengan mendalam bersama penonton, mencerminkan kompleksiti dilema kehidupan nyata dan soalan moral.
Produksi kolaborasi antara Skop Productions dan Astro Shaw, “Sheriff” turut menyajikan elemen penuh aksi yang tak terbantahkan. Syafiq Yusof, selaku pengarah dan penulis, menyatakan rasa syukurnya atas sambutan luar biasa yang diterima.
“Alhamdulillah, penerimaan yang luar biasa ini membuktikan bahawa kita berada pada landasan yang tepat,” ujar Syafiq dengan penuh semangat.
Bergabunglah dengan gelombang penonton yang tak sabar menuju ke pawagam akhir pekan ini. “Sheriff” menjanjikan lebih dari sekadar tontonan—ia merupakan pengalaman bersama rakan atau keluarga dengan cerita yang menggugah, bertemakan ‘polis tangkap polis’, dipersembahkan oleh barisan pelakon ternama negara.
Dengan plot yang mendebarkan, “Sheriff” mengeksplorasi cerita Nazri, anggota polis Jabatan Narkotik yang berjuang menumpas sindiket dadah yang semakin merajalela oleh Tony Ifrit. Nazri, yang frustrasi dengan kegagalan hukum menangkap Tony, bertekad menyelesaikan masalah ini dengan tangannya sendiri.
MASKULIN juga menjangkakan filem ini terus menarik ramai penonton dan mencetuskan perbualan, jelas bahwa impaknya melampaui hiburan semata-mata. Ia mencabar penonton untuk berfikir secara kritis tentang batas antara betul dan salah serta nuansa kelabu di antaranya.
BACA: David Beckham Titip Ucapan Romantis Pada Hari Lahir, 10 Fakta Menarik Victoria Beckham
Sementara itu, Sheriff, agen dari Jabatan Integriti, ditugaskan untuk bekerja bersama Nazri dalam mengungkap kasus yang dikenal sebagai ‘Meth Killer’.
Konflik dan ketegangan yang ditampilkan akan membuat anda terpaku di kerusi pawagam hingga akhir. Tahniah Syafiq Yusof, pelakon-pelakon dan team produksi filem ‘Sheriff: Narko Integriti’!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI