Tip Beli Telefon Pintar Secara Online Agar Tak Jadi Mangsa ‘Scam’

Share

Antara produk yang laku keras pada musim perayaan adalah telefon pintar. Iyalah, ramai yang ingin bergaya dengan telefon pintar terbaru, terkini dan tercanggih di pagi raya nanti.

Selfie pun lebih bermakna di pagi raya dengan telefon pintar berkualiti tinggi, bukan? Seiringan dengan trend semasa, ramai lebih selesa membeli-belah secara atas talian atau online.

Ini termasuklah membeli telefon pintar yang diidamkan. Namun tahukah anda terdapat banyak kes penipuan yang berlaku melibatkan transaksi pembelian telefon pintar?

Jadi bagaimana adan boleh elak daripada menjadi mangsa?

1. PELAJARI SPESIFIKASI PRODUK

Sebelum memutuskan untuk membeli sebarang gajet atas talian, sebaiknya anda mempelajari terlebih dahulu perincian serta spesifikasi gajet yang ingin anda beli. Ia agak berbeza dari membeli produk fesyen dan sebagainya. Carilah rujukan sebanyak mungkin agar anda tidak tertipu dengan barang yang boleh diklasikasikan palsu.

2. JANGAN TERGODA DENGAN HARGA MURAH

Pernah terfikir kenapa ‘barang baik selalunya berkualiti’? Tepat sekali. Jangan sesekali mudah tertarik mahu tertipu dengan penjualan gajet yang terlampau murah sehingga tidak masuk dek akal. Jika namanya pun gajet, harga mahal kebiasaannya adalah produk yang asli.

BACA: “Lain Dipesan, Lain Yang Sampai”, Ikuti Tip Shopping Online Agar Anda Tak Tertipu

3. LIHAT TESTIMONI

Sama juga jika anda membeli produk kecantikan di atas talian. Testimoni adalah cara yang amat selamat dan sesuai buat anda yang sudah biasa membeli online. Pilihlah penjual yang tidak takut menyertakan sekali testimonial mahupun komen dari pembeli. Baca komen-komen tersebut.

4. BANDINGKAN

Atas lambakan penjual atas talian yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa membandingkan harga gajet yang ingin anda beli. Ya, pastinya kita inginkan harga yang murah namun jangan kerana anda tidak meluangkan masa membandingkan harga, anda terlepas tawaran yang lebih baik.

5. PERKHIDMATAN LEPAS BELI

Penjual yang baik dan boleh dipercayai pasti akan menawakan perkhidmatan lepas beli yang sewajarnya anda pertimbangkan. Sekiranya penjual menawarkan wang pulangan, perkhidmatan baiki sekiranya rosak, khidmat nasihat atau sebagainya.

6. SISTEM PEMBAYARAN

Sebaiknya anda memilih sistem pembayaran yang selamat dan selesa buat anda. Pembayaran paling strategic adalah melalui sistem COD atau cash on dilivery.

Published by
Farizul Izwany