Protein boleh didapati dalam daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu dan semuanya merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan asid amino.
Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijianyang dikelaskan sebagai protein tak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino.
Fungsi protein
Protein boleh menghasilkan enzim yang penting untuk fungsi tubuh termasuklah dari proses pencernaan sehingga pembiakan.
Protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun.
Namun begitu jika tubuh anda kekurangan protein, anda mungkin berdepan dengan 6 risiko ini :
Ads
1. Otot menggeleber
Jika tubuh tidak mempunyai bekalan protein yang mencukupi, ia tidak boleh membina dan mengekalkan tisu-tisu otot dengan betul. Di samping itu, protein disimpan dalam otot dan akan digunakan oleh tubuh jika berlaku kekurangan.
2. Imunisasi lemah
Protein ialah kunci kepada sistem imunisasi yang kuat. Ia asas kepada sel darah merah, sel darah putih dan antibodi, semuanya bertindak bersama-sama untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria, virus dan patogen lain.
Ads
3. Lambat pulih daripada kecederaan
Jika anda cedera dan mengalami kekurangan protein, tubuh anda akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.
4. Keletihan dan lesu
Rasa kurang bertenaga, tidur terlalu banyak dan secara umumnya raya tidak bermaya dan letih ialah tanda-tanda anda perlu merangsang tahap protein anda.
Ads
5. Rambut gugur dan kuku rapuh
Apabila anda tidak mendapat protein yang cukup, tubuh anda memasuki mod penjimatan. Antaranya, ia berhenti menggunakan protein dalam penghasilan rambut dan kuku.
6. Kulit kendur dan berkedut
Kulit kita memerlukan asid amino untuk menjana protein struktur yang dipanggil kolagen. Jika tidak makan protein, kita tidak boleh menghasilkan kolagen. Protein ini adalah salah satu bentuk protein yang paling penting dalam tubuh kita. Ia bertanggungjawab menjadikan kulit kita anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda berasa letih atau cepat penat, apa kata anda cuba bangun awal pagi. Melaksanakan rutin ini bukanlah suatu perkara mudah memandangkan tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 7 hingga 8 tidur untuk kesihatan lebih sempurna. Jadi anda perlu ke kamar tidur lebih awal iaitu pada jam 10 malam atau pun selewat-lewatnya jam 11 malam.
Berikut kelebihan bangun awal pagi;
Kecergasan mental dan fizikal anda terjamin.
Badan akan berasa lebih segar dan cergas.
Dapat menguruskan masa dengan lebih baik kerana sumber penggiat minda lebih terbuka dan membolehkan anda berfikir serta merancang dengan lebih baik.
Menjadi kunci kejayaan kepada mereka yang berjaya sehingga ke hari ini.
Positif di tempat kerja
Jika anda berasa bosan di tempat kerja dan merasakan aura negatif di pejabat, segeralah mengubah cara hidup anda. Apabila berasa bosan, kemungkinan anda mudah mengalami sakit badan dan tulang belakang. Keadaan dan kesihatan diri akan terjejas jika ia berterusan selama lebih enam bulan.
Oleh itu, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan melakukan senaman ringan di kerusi pejabat anda serta menceriakan diri dengan berkelakuan positif. Mutu dan hasil kerja anda akan bertambah baik, sekali gus tahap kesihatan diri juga menjadi lebih baik.
Tip terbaik menjaga hati
Sebagai organ terbesar di dalam tubuh badan manusia, hati mempunyai lebih daripada 500 fungsi utama untuk hampir keseluruhan sistem badan. Kerosakan hati boleh membawa maut kepada anda.
Jagalah kesihatan hati anda dengan mengurangkan pengambilan makanan segera dan daging proses, jauhi pengambilan alkohol dan banyakkan makan sayuran segar serta buah-buahan. Pengambilan sayur-sayuran segar dan buah-buahan dapat mengelakkan daripada menghidap kanser hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat Arsenal, jangan berduka kerana pemain terhebat Mmesut Ozil telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Twitternya.
Pemain tengah Arsenal ini telah memenangi 92 caps dan telah membuat kemunculan antarabangsa pada tahun 2009 menyatakan bahawa racism dan tidak hormat antara satu sama lain merupakan punca beliau mengumumkan berita tergempar ini susulan daripada Piala Dunia tempoh lalu, dimana beliau telah dikaitkan dengan kontroversi yang melibatkan pertemuan antaranya dengan Presiden Turki sebelum perlawanan.
Beliau juga menyatakan bahawa layanan buruk yang diterima dari DFB yang menyebabkan beliau jijik untuk memakai baju kebangsaan Jerman sekaligus mengklasifikasikan yang pencapaian beliau miliki sejak 2009 telah dilupakan.
Menerusi akaun Twitternya juga beliau meluahkan bahawa berat untuknya meninggalkan pasukan itu dan banyak faktor telah dipertimbangkan. Namun ketidakpuashatian dengan pasukan itu sendiri atas sebab rasis, sudah sampai masanya untuk beliau mengundurkan diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin penggunaan avokado dalam budaya masyarakat kita tidaklah terlalu popular. Buah yang berbentuk bulat dengan isi berwarna hijau ini merupakan antara diet penting bagi penduduk di Mexico dan negara-negara Amerika Selatan.
Avokado atau nama saintifiknya Persea americana kini sangat popular di kalangan pengamal diet sihat kerana ia mengandungi banyak khasiat dan nutrien yang baik.
Anda mungkin berasa janggal dan takut-takut untuk cuba makan avokado dalam menu seharian. Jangan risau, kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa kebaikan avokado terutamanya untuk ada yang ingin menurunkan berat badan.
KAYA NUTRISI
Buah avocado mengandungi banyak nutrisi penting dan biasanya dijadikan hidangan tambahan di dalam banyak juadah di untuk menambahkan rasa dan tekstur.
Di antara nutrisi yang terdapat di dalam buah avocado adalah:
Vitamin K
Folate
Vitamin C
Potassium
Vitamin B5
Vitamin B6
Vitamin E
Selain itu, ia juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).
Avokado mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15g lemak. Ia tidak mengandungi kolestrol atau sodium dan kadar lemak tepu yang sangat rendah.
POTASIUM LEBIH TINGGI
Potasium merupakan salah satu nutrien penting dalam diet seharian kita. Ia boleh mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan dan mempunyai peranan penting dalam badan.
Begitu juga avokado yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi. Setiap sajian 100g Ia mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang yang selama ini terkenal dengan kandungan potasium tinggi.
Terdapat kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium boleh mengurangkan tekanan darah iaitu antara faktor utama masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.
ASID LEMAK MONOTAKTEPU
Buah avokado tidak dinafikan bahawa mengandungi kadar lemak yang tinggi. Malah, 77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak tersebut membuatkan buah ini antara buah yang berlemak.
Namun lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik yang bermaksud bahawa ia adalah asid lemak monotaktepu. Dan ia memberikan banyak kebaikan kepada badan. Lemak sama juga terdapat di dalam minyak zaitun.
Asid oleik dibuktikan boleh mengurangkan kadar keradangan dan mempunyai kesan yang positif kepada gen pembawa kanser.
Serat ataupun fiber merupakan nutrien yang banyak terdapat dalam buah avokado. Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus.
Ia boleh membantu menurunkan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan memudahkan proses membuang air besar.
KURANGKAN KOLESTROL
Masalah jantung merupakan salah satu punca utama kematian di dunia. Ia sering dikaitkan dengan saluran darah, tahap kolestrol, trigliserida dan tekanan darah.
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik dan ia membantu mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation dan lemak monotaktepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
MEMBANTU MENYERAP NUTRISI
Apabila membincangkan hal nutrisi dan nutrien, ia bukanlah bergantung kepada jumlah semata-mata. Badan juga perlukan kemampuan untuk menyerapnya – dari sistem penghadaman ke dalam sel badan untuk diproses dan digunakan.
Sesetengah nutrien adalah fat soluble yang bermaksud ia perlukan lemak untuk dihadam. Dan ini termasuklah vitamin A, D, E dan K.
Satu kajian mendapati bahawa pengambilan avokado boleh meningkatkan penyerapan anti oksida sebanyak 26%.
KESIHATAN MATA
Bukan sahaja avokado boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida, bahkan ianya sendiri mengandungi antioksida yang tinggi.
Ini merangkumi nutrisi seperti lutein dan zeaxanthin yang mana sangat penting kepada kesihatan mata.
Satu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula di mana ia sering dialami oleh golongan veteran.
Oleh itu, pengamalan buah avokado boleh memberikan kesihatan kepada mata dalam jangka masa yang lama.
MELEGAKAN SIMPTOM ARTHRITIS
Arthiritis merupakan masalah yang biasa di alami oleh individu yang sudah meningkat usia.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah avokado dan minyak kacang soya, dikenali sebagai Avocado and Soybean unsaponifiables boleh mengurangkan simptom arthirtis pada tulang (osteoarthritis).
KURANGKAN BERAT BADAN
Terdapat beberapa bukti akan kenyataan ini. Di dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan; satu kumpulan diarah untuk makan makanan yang mengandungi buah avokado manakala sebuah kumpulan satu lagi makan makanan yang sama tanpa buah avokado.
Kemudian, mereka akan disoal dengan beberapa soalan berkaitan dengan lapar dan kadar kekenyangan. Responden yang memakan buah avokado mecatatkan keputusan 23% lebih kenyang.
Jika kajian ini betul, maka dengan kerapkan makan buah avokado anda boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori dan lebih senang untuk mengikut jadual diet.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.