6 Senaman Kardio Yang Boleh Bakar Lemak & Buat Badan Kurus Dalam 3 Bulan

Share

Senaman kardio atau ‘cardio workout’ adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh masa tertentu, pada intensiti tertentu.

Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju daripada biasa dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, itu dipanggil senaman kardio.

CONTOH SENAMAN KARDIO

1. BERLARI

Ini adalah salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan berjoging. Berjoging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama.

2. BERJOGING

Buat dalam tempoh masa 30 minit, itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging sama ada di gym, taman ataupun di pantai

3. BERBASIKAL

Naik basikal dan kayuh. Paling minima buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.

4. BERENANG

Salah satu senaman kardio yang memberi kesan pada keseluruhan badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk membakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search pada google tentang kebaikan berenang.

5. BERSUKAN

Pilihlah sukan yang memerlukan anda menggerakkan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan

6. NAIK TURUN BANGKU

Ini juga cara paling mudah untuk lakukan senaman kardio tetapi paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak?

Tip buat senaman kardio

Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio. Bila dah bosan, memang anda akan lebih malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.

Ini bukan cara nak membina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk cepat kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilo dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda menjadi gemuk semula gara-gara malas bersenam.

Selamat Bersenam!

Published by
Roselinda