Kita selalu dengar perkara ini diperkatakan oleh golongan lelaki single. Tapi apakah sebabnya mereka seakan syok sangat menjadi lelaki single.
Ada banyak kelebihan ke hidup single tanpa pasangan?
Sebenarnya ia terpulang kepada individu. Mungkin ramai yang single kerana ada alasan masing-masing. Namun satu perkara yang perlu anda akui, lelaki single memang boleh nikmati sesetengah perkara dengan lebih bebas. terbuka dan seronok.
Cuba lihat di sekeliling anda. Pasti anda ada kenalan yang mungkin sudah berusia lebih 35 tahun tapi masih belum kahwin. Kemudian cuba lihat adakah dia happy atau macam mana? Nak tahu kenapa dia memilih untuk single?
Well, mungkin sebab di bawah inilah jawapannya!
Senang melakukan aktiviti sendiri
- Jika diberi pilihan antara melawat rumah ibu mertua dari memancing, 80 peratus lelaki akan memilih untuk memancing! Hidup sendiri lebih mudah untuk melakukan aktiviti terutamanya melancong.
Philanthropist
- iaitu perasaan belas kasihan(love of humanity). Lelaki solo lebih mudah menderma berbanding lelaki yang hidup secara berpasangan. (besarkan font ) Begitu juga wanita. Ini terjadi kerana individu solo tiada ikatan dengan dunia individu lain yakni pasangannya berbanding individu berpasangan yang perlu memikirkan ekonominya saat itu, kebenaran pasangan dan sebagainya. Kesimpulannya jika anda solo anda akan menjadi individu Philanthropist yang bagus.
BACA: Selain Pandai Jaga Perut Suami, Ciri Wanita Idaman Lelaki Yang Last Paling Tepat!
Tidur Yang Cukup
- Perasan atau tidak, dari kajian yang dijalankan lelaki yang berpasangan kurang nikmat tidur 49 minit setiap hari. Ini termasuklah gangguan berdengkur, berborak, terjaga di tengah malam kerana pasangan yang mengigau dan sebagainya. Rasanya setiap minit waktu tidur amat berharga terutamanya sewaktu snooze jam loceng pada waktu pagi. Untung la sesiapa yang masih single.
Tidak Kisah Kehilangan Kerja
- Dalam banyak-banyak sebab, ini paling berkesan di hati individu solo. Lelaki solo tidak gusar sekiranya dia kehilangan pekerjaan. Tidak perlu risau tentang tanggungan yang lain kecuali dirinya sendiri. Fakta juga mengatakan bahawa lelaki atau wanita yang solo lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding yang sudah berkahwin.
Waktu Menabung
- Single adalah waktu terbaik untuk menabung. Percaya atau tidak, lelaki jika ada matlamat dia lebih mudah menabung berbanding wanita manakala individu yang berkahwin atau berpasangan pula mempunyai hanya 20 persen untuk menabung. Jangan ditanya kenapa lelaki yang anda temui masih lagi single. Mungkin beliau sedang menabung untuk sesuatu urusan.
Bentuk Badan Masih Ok!
- Bukan menafikan kebaikan berpasangan atau berkahwin tetapi hakikat sebenar dunia membujang didapati lebih mudah mengekalkan bentuk badan ideal. Nafsu makan pula tidak didorong oleh mana-mana individu. Bagi lelaki, waktu bujang matlamatnya tidak bercabang. Hanya kerja, sukan(mungkin ‘gila’ bermain futsal atau badminton) dan tidur, itu sahaja. Jika berkahwin, balik kerja makanan sudah tersedia. Nak tak nak anda harus makan dan makanan pula sedap. Apa lagi selera makin bertambah. Macam mana la anda tidak boroi lepas kahwin.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI