Isi Kandungan
TogglePernah tak korang alami keadaan di mana susah sangat nak lelap kan mata walaupun dah bermacam cara dilakukan. Kalau sekali skali boleh diterima juga tapi kalau dah tiap malam berlanjutan ia boleh menganggu kehidupan dan kesihatan kamu.
Bagaimanapun, ramai daripada kita tidak sedar waktu tidur tidak berkualiti boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti angin ahmar, kegagalan jantung, diabetes dan buah pinggang. Gangguan lain termasuk kegagalan jantung, asma dan apnea tidur atau gangguan pernafasan sewaktu tidur. Sebenarnya ia boleh diatasi dan dicegah.
1. Makan sayur buah terung.
Boleh dimasak dalam bentuk kari atau sebagainya. Terung dapat melenakan mata dan mempercepatkan badan untuk rasa pasif.
2. Makan pisang dan minum susu hangat.
Kalau boleh tambahkan madu supaya dapat membuatkan perut selesa dan mata mudah lena.
.
3. Jangan suka mengeluh dan banyak berfikir.
Jangan terlalu memikirkan kenapa sukar untuk tidur kerana ia boleh menjadi perkara rutin dan benar-benar tidak boleh tidur.
.
4. Jangan merokok atau minum kafein.
Ia menyempitkan saluran darah dan menyebabkan aliran darah laju dan sukar berehat.
.
5. Jangan tengok jam, kerana anda akan berasa risau jika tidak tidur. tenangkan diri dan tidur seperti biasa.
6. Paling penting: JANGAN TERTEKAN KERANA ‘TIDAK TIDUR’.
Katakan pada diri sendiri yang anda tidak perlu bimbang untuk tidak tidur. Berbaring di atas katil untuk berehat, tenangkan fikiran dan hilangkan stres yang berlaku, tentu anda akan tertidur dengan sendirinya.
Sumber : Pesan Ibu
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Petua Turun Dan Tambah Semula Berat Badan
Kami kongsikan beberapa tip penting khas untuk pengamal-pengamal kesihatan yang ingin menurunkan dan juga menaikkan berat badan.
5 petua wajib menguruskan badan
Jika anda sedar, memang beratus- ratus tip penting menguruskan badan dan untuk mendapatkan “6 pack”. Kebanyakannya ada juga yang bercanggah. Apa kata anda lupakannya sementara dan fokus pada tip yang diulas ini.
1-Mereka yang ingin menurunkan berat badan mudah sahaja. Ia pasti berkait rapat dengan pemakanan anda. Bila sebut sahaja “nak kurus”, ingat apa sahaja yang anda makan daripada hasil kalori perlu kurang daripada aktiviti yang anda lakukan.
Ini bermaksud, anda perlu selidik serta merancang program pemakanan. Oleh itu, anda akan tahu berapa banyak kalori yang ada. Kemudian barulah boleh merancang program untuk membakar kalori lebih daripada yang anda makan.
- Protein adalah nutrisi penting. Ia memainkan peranan penting kerana membuatkan anda sentiasa cukup dan kurang untuk berasa lapar. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dihadamkan berbanding karbohidrat dan lemak. Protein juga memerlukan lebih banyak tenaga untuk dihadamkan. Sekurangnya-kurangnya anda memerlukan 50 gram Protein sehari. Antara sumber yang sihat dan segar adalah ikan, telur serta daging.
- Ramai juga beranggapan latihan kardio sinonim dengan membuang lemak. Bukan itu sahaja, anda perlu mempelbagaikan latihan kardio dengan melakukan aktiviti seperti meredah hutan, berbasikal, berkayak dan sebagainya. Lakukan aktiviti yang memaksimumkan penggunaan tubuh badan. Latihan sebegini akan melatih dan mengaktifkan otot-oto anda dengan pelbagai pergerakan yang dilakukan.
- Lakukan juga latihan kekuatan. Otot adalah komponen penting dalam menguruskan badan. Konsepnya, lagi banyak sel otot anda, lagi banyak kalori akan dibakar. Setiap pergerakan anda memerlukan tenaga dan yang mengerakkannya adalah otot. Jadi, caranya adalah anda juga perlu latihan kekuatan. Ringankan tubuh badan anda untuk hadir ke gim.
- Anda juga memerlukan tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya anda perlu tidur selama tujuh jam sehari kerana bagi mereka yang tidak cukup tidur boleh mengakibatkan tahap cortisol, iaitu hormon stres akan mendatangkan penyimpanan lemak. Beberapa kajian di Jepun terhadap 6000 orang dan telah terbukti bahawa peningkatan BMI kepada mereka yang kekurangan tidur.
5 petua wajib menambah berat badan
Bagi meningkatkan otot, anda perlu meluangkan lebih banyak masa di gim. Terdapat pelbagai tip hebat, tetapi tidak semuanya berkesan kepada anda kerana setiap orang mempunyai kesan yang berbeza.
Sekiranya sudah berbulan-bulan anda lakukan dan tidak nampak kesan, inilah masanya untuk anda tukar pemikiran serta rancang program latihan baru. Cuba amalkan tip yang asas terlebih dahulu.
- Amalkan senaman yang melibatkan otot-otot besar seperti chest press, latt-pull down. Ini kerana senaman ini melibatkan pelbagai gerakan otot secara tidak langsung membina otot-otot kecil . Lakukan juga senaman yang melibatkan lebih dari satu pergerakan sendi seperti squat dan dumbbell swing.
- Sekiranya ingin membina otot dengan cepat, anda memerlukan tenaga yang cukup banyak. Secara tidak langsung, kuncinya adalah mengambil kalori yang cukup. Tetapi ramai yang makan dengan berlebihan sehingga mengakibatkan penyimpanan lemak berlebihan.
Anda akan bertambah berat dan nampak besar tetapi itu adalah lemak bukan otot. Anda sepatutnya kawal pengambilan kalori. Secara asasnya, ambil lebih 500 kalori sehari daripada jumlah yang anda bakar sehari.
- Anda juga memerlukan Protein untuk membina tisu-tisu otot. Untuk membina otot, anda memerlukan dua gram Protein bagi setiap kilogram berat anda. Ambil Protein setiap tiga hingga empat jam sehari. Kekurangan Protein akan merencatkan tumbesaran anda malah akan mengecilkan lagi saiz tubuh.
- Minum air dan dapatkan rehat secukupnya. Air membantu dalam proses membina otot. Kawal aktiviti harian anda iaitu yang memerlukan lebih banyak kalori. Sekiranya anda lakukan aktiviti yang membakar 400 kalori, anda perlu gantikan lebih dari itu.
- Anda digalakkan juga untuk melakukan aktiviti kardio seperti interval training, hill running atau sprinting. Latihan ini bukan sahaja membakar lemak malah membina kekuatan otot pada bahagian kaki serta abdominal. Selain itu, latihan larian pecut juga dapat membina postur badan yang lebih tegap.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Rutin Mudah Untuk Lelaki Dapatkan Kulit Licin Dan Bersih, Yang Penting Jangan Malas!
Isi Kandungan
ToggleAmalkan 4 rutin ini untuk kulit lebih licin dan segar!
1. Pilih ikut kesesuaian kulit wajah
Jangan gunakan mandian badan untuk tujuan mencuci muka kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
2. Cuci wajah setiap hari
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali. Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat. Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
3. Jangan tidur sambil menggunakan krim pelindung matahari
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
4. Exfoliate secara berkala
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari. Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut, and perlu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka. Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.
Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.
Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.
Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Orang Obes, Jangka Hayat Jadi 10 Tahun Lebih Awal
Malaysia antara negara yang mempunyai populasi penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia. Menurut kajian International Institute for Global Health (IIGH) Malaysia diletakkan sebagai ‘heavyweight’ kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan berlebihan, diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus). Namun terdapat satu alternatif rawatan bagi mengurangkan obesiti iaitu kaedah bariatrik yang berkesan mengurangkan berat badan dengan cara sihat dan berkesan.
Bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik dan pembuangan sebahagian daripada perut. Ia mengurangkan isi padu perut dan pemintasan usus kecil untuk mengurangkan penyerapan seperti lemak dan gula. Bagaimanapun, banyak faktor perlu diambil kira oleh panel doktor dan pesakit sebelum menjalani pembedahan itu seperti kedudukan kewangan, logistik, sokongan keluarga, keadaan kesihatan, kecergasan dan pelbagai lagi.
Kesan selepas pembedahan bariatrik:
– Tidak boleh makan banyak kerana perut sudah dikecilkan.
– Kalau makan banyak, akan cepat kenyang. Pada permulaannya pesakit dinasihat supaya makan sedikit dan kerap mengurangkan kesan sampingan seperti muntah
– Pada permulaannya akan cepat rasa letih, oleh itu pesakit dinasihat minum banyak air.
– Mula seronok apabila berat badan semakin menyusut.
– Pesakit kronik akan mula sembuh, pertamanya bagi pernafasan atau masalah berdengkur.
– Dalam tempoh empat hingga lima minggu, penyakit kencing manis dan darah tinggi lebih mudah dikawal.
– Dalam tempuh tiga hingga enam bulan, masalah sendi yang disebabkan oleh berat badan akan semakin reda atau pulih.
Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa obesiti boleh memendekkan jangka hayat sehingga 10 tahun.
Menakutkan tapi itu hakikat yang perlu didepani apabila tubuh tidak lagi tertanggung dengan berat yang terlampau.
Begitu pun setiap masalah ada penyelesaiannya dan setiap penyakit ada penawarnya. Individu obesiti mungkin akan berasa sedikit lega apabila dikatakan mereka kini mempunyai satu lagi opsyen untuk menikmati kehidupan yang lebih baik iaitu dengan menjalani pembedahan bariatrik (atau juga dikenali sebagai pembedahan obesiti).
Ketika ini terdapat tiga jenis pembedahan bariatrik iaitu Lingkaran Laporoskopik Boleh Ubahsuai (LAGB), pembedahan Sleeve Gastrectomy (SG) dan Pintasan Gastrik (GB).
Individu yang mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik sebagai opsyen bagi menyelesaikan masalah obesiti yang dihadapi boleh memilih salah satu daripada tiga kaedah tersebut.
“Secara umumnya LAGB ialah sejenis lingkaran silikon lembut dengan belon elastik yang boleh menggelembung apabila disuntik mengikut keperluan individu.
“Ia diikat pada bahagian atas perut dan menjadikan perut terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian kecil yang berada di atas lingkaran mempunyai muatan kira-kira 10 – 20 ml (kantung) manakala bahagi besar berada di bawah lingkaran.
“Melalui kaedah ini perut tidak akan dibedah atau dirosakkan dengan stapel bahkan lingkaran boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa merosakkan anatomi perut.
“Kaedah ini terbukti selamat, berkesan dan mengekalkan pengurangan berat badan untuk jangka panjang. Kira-kira 50 peratus daripada berat badan yang berlebihan dapat dikurangkan dalam tempoh dua tahun.
SIAPA YANG LAYAK BUAT PEMBEDAHAN INI?
Tidak semua individu yang gemuk layak untuk melakukan prosedur ini dan ia hanya ditentukan oleh pakar bedah yang mengkhusus dalam bidang tersebut.
Sebagai contoh, seseorang yang berat badannya hanya 70 kilogram (kg) dan mahu menurunkan kepada 50 kilogram tidak layak untuk menjalani pembedahan ini.
Ini kerana prosedur ini adalah untuk mereka yang benar-benar mengalami obesiti iaitu mereka yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada skor 37 atau lebih. Atau boleh juga jika BMI 32 serta mengalami dua masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetes jenis II, masalah jantung, sakit sendi atau berdengkur.
Syarat lain ialah individu obesiti tersebut telah mencuba pelbagai kaedah menurunkan berat badan tapi tidak berjaya.
“Perlu diingatkan pesakit yang hendak mengikuti prosedur ini perlu membuat komitmen seumur hidup seperti tindakan susulan, mematuhi diet, senaman dan mengikuti panduan perubatan secara terperinci.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI