Bila bercakap tentang ketagihan biasanya kita akan kaitkan dengan ketagihan dadah, kafein, minuman kera ataupun merokok.
Tapi ada satu ketagihan yang mungkin kita tak ambil begitu serius sedangkan ia juga boleh membawa keburukan yang sangat teruk.
Ini adalah tak lain tak bukan ketagihan terhadap gula atau makanan bergula. Ketagihan gula sedikit berbeza dengan ketagihan substans lain kerana ia bukanlah disebabkan oleh emosi yang menyebabkan ketidakaturan makan.
Ia disebabkan oleh ketidakaturan biologi yang didorong hormon dan nerotransmiter yang mahukan gula serta karbohidrat sehingga menyebabkan corak pemakanan seseorang menjadi tak terkawal.
Adakah anda sedar sama ada anda merupakan seorang yang menglami ketagihan gula? Jika ada petanda yang disenaraikan di bawah bermakna anda harus dapatkan rawatan dengan segera.
Betapa sukanya anda terhadap makanan bergula hinggakan mempunyai ruang rahsia sendiri untuk menyimpannya. Ketahuilah jika anda rasa keperluan untuk ada ruang menyembunyikan makanan manis tersebut ini bermakna anda sebenarnya menghadapi masalah.
Demi nak penuhi keinginan makan makanan manis anda sanggup sanggup keluar pada malam buta ke kedai makan atau kedai runcit untuk membeli juadah manis. Atau paling tidak pun anda selalu bagi motivasi kepada diri untuk reward apabila dah berjaya lakukan sesuatu dengan makanan manis.
Mungkin anda boleh nafikan yang ada ada maslalah ketagihan gula atau cuba mengelaknya, Anda boleh jadi denial. Anda juga mungkin kata bahawa bila-bila saja berhenti makan makanan bergula. Tapi hakikatnya anda masih mendapatkan gula daripada makanan yang lain.
Cuba tanya diri sendiri, dalam sehari berapa gelas anda minum air masak? Adakah anda langsung tak minum? Jangan begitu ya. Ketahuilah bahawa pengemar gula luar biasa memang tak suka minum air masak ia tak ada rasa.
Anda ada masalah dengan gula jika selalu makan hanya kerana ingin memuaskan nafsu walaupun sebenarnya langsung tak lapar terutama terhadap snek yang tidak sihat. Oleh itu, elok dipertimbangkan semula keinginan tersebut. Adakah anda makan disebabkan keinginan atau lapar.