Privasi adalah hak mutlak untuk setiap individu. Tidak kiralah dimana anda berada, privasi perlu dilindungi agar tiada rahsia mahupun butir peribadi terlepas ke pengetahuan orang ramai. Di pejabat jua tidak terkecuali. Harus bijak lindungi privasi, jika tidak pasti merana diri.
APA PERLUNYA PRIVASI?
Pastinya ia perlu. Privasi penting buat kita untuk memencilkan diri dari orang ramai buat seketika dan mengambil masa untuk bersendirian. Selain itu privasi juga melibatkan rahsia peribadi yang tidak sepatutnya diketahui umum. Amy Jo Martin, pakar dan penulis buku Regenades Write and Rules menyatakan ‘bukan hanya di sosial media, di mana-mana saja seseorang perlu berhati-hati agar tidak mendedahkan apa jua butir terperinci terutama di kalangan rakan sekerja. Ini kerana dari situ sisi profesional anda akan diuji’.
3 SITUASI PERLU BERJAGA-JAGA
1- SAAT BERBICARA DENGAN BOS # Usah ceritakan semuanya dengan bos anda walau serapat mana perhubungan anda berdua. Jangan fikir jika anda ‘opened up’ mengenai diri anda, anda menyangka bahawa bos anda akan menyukai anda. Rumus yang salah sama sekali!
# Sekiranya bos anda berkongsi kisah peribadi dan hidupnya kepada anda, tidak semestinya anda perlu untuk berbuat sama bagi menghormatinya. Angguk tanda faham, kurangkan bercakap dan memberikan komen.
# Jangan mulakan dulu. Sentiasa tahankan diri dari menceritakan apa jua hal peribadi terutama sekali kepada bos anda.
Ads
2- SAAT BERSOSIAL
# Saat bersosial bersama rakan-rakan sekerja juga menguji keupayaan anda untuk terhadkan diri anda dari berkongsi apa jua termasuk masalah dalam keluarga, kisah anak-anak mahupun perhubungan peribadi anda.
# Jika anda melihat rakan sekerja sedang bergosip, ada baiknya anda mengambil masa untuk keluar dari perbualan tersebut, mahupun tidak sama melibatkan diri. Ragam manusia, jika diri sudah terbiasa dan selesa, anda tidak dapat untuk mengawal diri.
# Elakkan dari sikap terlalu terbuka dengan rakan sekerja. Berdasarkan penyelidikan pakar strategi penjenamaan peribadi, Kirsten Vernon, sikap terbuka hanya akan meletakkan kerjaya anda dalam bahaya kerana segala butir peribadi tersebut boleh digunakan mereka untuk menjatuhkan anda.
# Gunakan teknik ‘pause’ setiap kali anda berhubungan dengan mereka. Mungkin sedikit sukar tetapi di saat anda ingin meluahkan sesuatu, ambil masa untuk fikirkan semula.
3- SAAT ATAS TALIAN
Ads
#Tak dinafikan media sosial menjadi medium utama buat anda untuk meluahkan segalanya. Walaupun anda fikir anda sudah menyekat rakan-rakan sekerja anda yang tertentu, ini tidak bermakna segala luahan anda tidak sampai ke pengetahuan mereka
#Elakkan untuk selalu menaikturun status yang berbaur kerjaya mahupun masalah peribadi / keluarga anda yang boleh membahayakan kerjaya anda
#Jangan letakkan sebarang hint atau klue kerana ia mudah untuk dirungkai dan diagak oleh pembaca.
6 PERKARA SEBAIKNYA DIRAHSIAKAN DARI PENGETAHUAN RAKAN SEKERJA
1- Jumlah keseluruhan gaji anda. Jumlah gaji adalah antara anda dan bahagian sumber manusia sahaja.
2- Sejarah kesihatan anda. Tidak perlu terlalu terbuka mengenai kondisi kesihatan anda, kali terakhir menjalani pembedahan dan lain.
Ads
3- Keluhan. Elakkan dari mengeluh soal kerjaya mahupun sikap bs di kalangan rakan sekerja. Luahkan saja pada keluarga dan teman rapat anda.
4- Gaya hidup. Jangan rungkaikan segala butir peribadi mengenai gaya hidup anda terlalu mendalam dengan rakan sekerja.
5- Fahaman politik dan agama. Isu yang sangat sensitif.
1) Elakkan dari meletakkan sebarang dokumen peribadi di atas meja sebagai langkah berjaga-jaga.
2) Jangan biarkan medium sosial anda terbuka seluas-luasnya untuk seketika walaupun sekadar ingin ke tandas.
3) Jangan sesekali tinggalkan telefon bimbit mahupun gajet peribadi anda di atas meja. Siapa tahu ada yang menghubungi dan rakan sekerja anda yang mengangkat panggilan tersebut.
4) Jangan sesekali melakukan hal-hal sara hidup di pejabat anda. Seperti memindahkan sejumlah wang ke akaun keluarga dan lain-lain. Hanya lakukan di rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan nama Arjun Rampal yang popular dengan filem Dil Hai Tumhaara (2002). Boleh dikatakan dialah figura Bollywood generasinya mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa. Malah, nampak gayanya anak gadisnya juga mengikut jejak langkah bapanya ini.
Kini, anak perempuan Arjun Rampal pula mengikut jejak langkah bapanya. Mahikaa Rampal, mulai mendapat perhatian lensa dan media Bollywood dek kejelitaannya.
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21 baru-baru ini, Mahikaa merupakan anak sulung perempuan pelakon tampan itu hasil perkongsian hidup Arjun bersama bekas isterinya Mehr Jesia. Kedua-duanya berkahwin pada 1998 dan berpisah 20 tahun kemudian pada 2018. Arjun Rampal juga mempunyai seorang anak lelaki bersama Gabriella Demetriades, teman wanitanya yang terkini diberinama Arik.
Baru-baru ini, Mahikaa Rampal mula curi tumpuan selepas gambarnya di sebuah parti tular di media sosial, apatah lagi Mahikaa dilihat berseronok dengan anak-anak selebriti lain seperti Ibrahim Ali Khan, anak kepada pelakon Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor.
Menurut sumber, Arjun Rampal turut memberikan sokongan penuh kepada Mahikaa untuk terjun dalam bidang seni dan menjadi pelakon Bollywood. Malah Mahikaa juga seorang yang bijak apabila sudah mula memasuki kolej untuk menyambung pelajaran, malah Mahikaa juga berbakat dalam bermain instrumen muzik seperti piano.
Malah Arjun Rampal juga seringkali memuatnaik gambar wajah anak-anak daranya, Mahikaa dan seorang lagi anak Arjun, Myra dan menyatakan rasa bangga melihat kedua-dua anak daranya kini semakin membesar dan semakin cantik seiring dengan usia.
Yelah, manakan tumpah kuah, kalau tidak ke nasi kan…
***
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya lelaki apabila berkahwin, dia mengharapkan perempuan tersebut tidak pernah berubah, dan perempuan pula apabila berkahwin dia berharap untuk mengubah lelaki tersebut. Ini adalah pendekatan yang salah bagi kedua-dua pihak. Apabila anda berkahwin dengan seseorang, jangan anggap anda mampu mengubah mereka dan mencapai potensi mereka. Tiada sebarang jaminan walaupun perubahan-perubahan tersebut adalah untuk kebaikan. Malah, selalunya ia akan menjadi sebaliknya. Kalau anda tidak mampu menerima seseorang atau membayangkan untuk hidup bersama mereka seadanya, maka, jangan berkahwin dengan mereka. Perbezaan ini termasuklah fikrah, pendapat dalam beragama, tabiat, kebersihan, skil komunikasi dan sebagainya.
Tidak dinafikan keserasian dan daya tarik amatlah penting, namun sikap melebihi kedua-duanya. Bak pepatah yang masyhur, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” Idea untuk “jatuh hati” sepatutnya tidak menjadi asbab utama untuk mengahwini seseorang; cinta sangat mudah dikelirukan di antara keberahian dan nafsu. Antara sifat yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan termasuklah rendah diri, kebaikan, tanggungjawab dan kebahagiaan. Berikut adalah pecahan mengikut setiap sifat:
Rendah diri: Orang yang merendah diri tidak pernah memaksa orang lain tetapi selalu berbuat baik kepada yang lain. Mereka meletakkan nilai-nilai dan prinsip mengatasi keselesaan dan kesenangan diri. Mereka tidak cepat marah, bersederhana dan menjauhi materialisme.
Kebaikan: Orang yang baik hati adalah seorang pemberi. Mereka mencari kesenangan dan cuba untuk mengurangkan kesakitan orang lain. Cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu adalah pemberi, perhatikan cara dia melayan keluarga, adik-beradik dan juga ibu bapanya. Adakah mereka berterima kasih terhadap ibu bapa mereka untuk setiap pengorbanan yang dilakukan? Jikalau tak, maka ketahuilah mereka tidak akan menghargai anda untuk apa yang anda lakukan. Bagaimana mereka melayan orang yang tidak perlukan kebaikan seperti keluarga ( cth: pelayan, pekerja, promoter dll) Bagaimana mereka menghabiskan wang mereka? Bagaimana mereka mengawal kemarahan, kemarahan mereka dan juga cara mereka bertindak terhadap kemarahan orang lain?
Tanggungjawab: Orang yang bertanggungjawab adalah mereka yang mempunyai kewangan, pekerjaan, hubungan dan sikap yang stabil. Anda boleh bergantung kepada mereka dan percaya apa yang mereka katakan.
Kebahagiaan: Orang yang bahagia adalah orang yang merasa cukup dengan bahagian mereka dalam kehidupan. Mereka rasa senang dengan diri dan kehidupan mereka. Mereka fokus dengan apa yang mereka miliki dan bukannya apa yang mereka tidak miliki. Mereka jarang sekali merungut.
3) Jangan Abaikan Keperluan Emosi Pasangan Anda
Lelaki dan wanita kedua-duanya mempunyai keperluan emosi, bagi membina sebuah perkongsian yang berjaya keperluan tersebut perlu saling melengkapi. Asas keperluan emosi seorang wanita adalah untuk dicintai. Asas keperluan emosi seorang lelaki pula adalah untuk dihormati dan dihargai. Untuk menjadikan seorang wanita rasa dicintai, berikannya tiga AAAs: Attention (Perhatian), Affection (Kasih Sayang) dan Appreciation (Penghargaan). Untuk menjadikan seorang lelaki rasa dicintai pula berikannya tiga RRRs; Respect (Kehormatan), Reassurance (Kepastian) dan Relief (Pelepasan/Kelegaan). Telah menjadi kewajipan bagi setiap pasangan untuk memastikan pasangannya bahagia dan ini termasuk juga keintiman. Selagi mana setiap pasangan memenuhi keperluan emosi pasangannya, hubungan akan menjadi lebih intim dan lebih mesra.
4) Jauhi Arah Tuju Hidup yang Bertentangan
Dalam perkahwinan anda hanya akan hidup bersama atau hidup berasingan. Berkongsi arah tuju hidup yang sama akan meningkatkan peluang bahawa anda akan hidup bersama.
Anda mesti tahu kecenderungan pasangan anda. Dalam erti kata lain, apakah perkara yang paling mereka suka lakukan (passionate) ? Kemudian tanya diri anda, “Adakah saya menghormati kesukaannya ini?” “Adakah saya menghormati apa yang dia cenderungkan?”
Lebih terperinci anda mentakrifkan diri anda seperti nilai-nilai, kepercayaan dan gaya hidup, lebih baik peluang untuk anda mencari pasangan hidup, pasangan sehati sejiwa iaitu orang yang paling serasi dengan diri anda.
Ingat, sebelum memilih siapa yang anda ingin bawa bersama dalam sebuah pengembaraan, anda harus tentukan terlebih dahulu destinasi anda.
5) Jangan dekati zina! Hubungan Seks sebelum Berkahwin / Physical activity
Ketahuilah bahawa hikmah disebalik mengapa Allah menyuruh kita untuk menahan diri dari sebarang hubungan sebelum berkahwin; adalah untuk menghalang kemudharatan yang besar malah untuk menjaga kesucian anggota yang paling penting dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan wanita.
Selain daripada kekacauan rohani yang nyata, apabila sebuah hubungan dicemari aktiviti fizikal sebelum waktunya, perkara-perkara penting seperti sikap, filosofi hidup, dan keserasian akan terabai. Kesannya, semua perkara nampak indah dan menjadi lebih sulit dan sukar untuk bercakap tentang perkara-perkara tersebut inikan pula teringat tentangnya.
Komitmen secara intelek (bijaksana) mestilah terlebih dahulu diutamakan sebelum komitmen secara emosi mahupun komitmen secara seksual.
6) Jauhi Kekurangan Hubungan Emosi:
Anda perlu menjawab YA untuk empat soalan berikut :
Adakah saya menghormati dan mengagumi si dia? Apakah sebenarnya yang saya hormati dan kagumi tentangnya?
Adakah saya mempercayai si dia? Bolehkah saya bergantung kepadanya? Adakah saya percayakan keputusannya? Adakah saya percaya kata-katanya? Bolehkah saya memepercayai apa-apa yang dia katakan?
Adakah saya berasa selamat? Apakah secara emosinya saya berasa selamat dengannya? Bolehkah saya berterus terang? Bolehkah saya menjadi diri saya? Bolehkan saya mengekspresikan diri saya?
Adakah saya berasa tenang dan damai apabila bersama dengan si dia?
Jika jawapannya “Saya tak tahu, Saya tak pasti, dll” teruskan menilai sehingga anda betul-betul pasti dan sepenuhnya memahami apa yang anda rasa. Jika anda rasa tidak selamat sekarang, anda takkan rasa selamat pabila anda sudah berkahwin. Jika anda tidak mula percaya sekarang, ia takkan berubah selepas anda berkahwin.
7) Tumpukan perhatian pada Emosi Kebimbangan Anda:
Memilih seseorang yang anda tidak merasa selamat dengannya secara emosi bukanlah resepi yang baik untuk sebuah perkahwinan yang berkekalan dan penuh kasih sayang. Apabila anda tidak rasa selamat, anda tidak dapat meluahkan perasaan dan pendapat anda. Belajarlah cara untuk kenali diri sama ada anda di dalam sebuah hubungan yang dizalimi ataupun tidak. Jika anda rasa anda perlu perhatikan apa yang anda katakan, apabila bersama seseorang itu dan anda rasa tidak bebas untuk menjadi diri sendiri dan selalu berhati-hati dalam setiap langkah anda, itu tandanya anda mungkin di dalam abusive relationship . Sila perhatikan perkara-perkara tersebut:
Tingkah laku yang mengawal: Termasuklah mengawal perilaku anda, cara anda berfikir, cara anda berpakaian, cara anda memakai tudung / menyikat rambut dan cara anda luangkan masa. Ketahui perbezaan di antara cadangan dan permintaan. Permintaan adalah ekespresi kawalan dan jika kawalan yang digunakan, anda wajib untuk mengikutinya atau akan ada kesan berikutnya. Begitulah tanda-tanda yang jelas iaitu penderaan personaliti.
Isu Kemarahan: Seseorang yang meninggikan suaranya daripada biasa, seorang pemarah, sering memarahi anda, melempiaskan kemarahannya kepada anda, menggunakan kata-kata kesat dll. Anda tidak perlu mengalah dalam layanan sebegini. Kebanyakan orang yang bersikap sebegini mempunyai latar belakang didera. Jika ini terjadi kepada anda mahupun orang yang anda kenali, cepat-cepat dapatkan bantuan. Selesaikan masalah tersebut sebelum berkahwin atau sebelum berfikir untuk berkahwin.
8) Berjaga-jaga dalam kurangnya Keterbukaan Pasangan Anda:
Banyak pasangan melakukan kesilapan untuk tidak membincangkan semua perkara dari permulaannya. Tanya diri anda, “Apakah yang perlu saya tahu untuk saya betul-betul pasti saya akan berkahwin dengan orang ini?” “Apakah yang buat saya runsing mengenai si dia atau hubungan ini?” Sangat penting untuk mengenal pasti apakah yang merunsingkan anda, perkara-perkara yang anda ingin tahu, dan perkara-perkara yang anda takut untuk dibangkitkan dalam perbincangan. Maka anda perlu berbincang secara telus tentang perkara tersebut. Ini adalah cara yang terbaik untuk menguji kekuatan hubungan anda berdua. Bangkitkan isu-isu apabila wujud ketidaksefahaman adalah masa terbaik untuk menilai sebaik mana anda berkomunikasi, berbincang dan bekerjasama sebagai satu kumpulan. Apabila kita mula rasa ingin berkuasa dan mula menyalahkan antara satu sama lain, itu tandanya mereka tidak sesuai bekerjasama sebagai satu kumpulan.
Penting juga untuk sentiasa terbuka apabila bersama. Tanya soalan-soalan yang mendalam dan lihatlah reaksi pasangan anda. Bagaimana mereka mengatasinya? Adakah mereka mempertahankan diri? Adakah mereka lebih menyerang? Adakah mereka menyerah kalah? Adakah mereka rasa marah? Adakah mereka menyalahkan anda? Adakah mereka tidak menghiraukannya? Adakah mereka mengelak, berselindung? Atau mereka menerima soalan tersebut dengan rasional? Jangan hanya dengar apa yang mereka katakan tapi lihatlah bagaimana cara mereka katakannya.
9) Berjaga-jaga untuk Tidak Mengelakkan Tanggungjawab Peribadi:
Sangatlah penting untuk kita sentiasa ingat bahawa tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap kebahagiaan anda. Ramai orang silap apabila mereka fikir orang lain yang akan memberi kebahagiaan kepada mereka dan menjadikan hidup mereka lebih baik dan itulah sebab bagi mereka untuk berkahwin. Mereka gagal untuk menyedari jika mereka tidak bahagia sebagai seorang yang bujang, mereka akan terus menderita apabila mereka berkahwin. Jika anda sekarang tidak bahagia dengan diri anda, tidak suka diri sendiri, tidak suka arah tuju hidup ke mana anda pergi, silalah bertanggungjawab terhadap diri anda buat masa sekarang dan baiki perkara-perkara tersebut sebelum berfikir untuk berkahwin. Jangan bawa isu-isu tersebut ke dalam perkahwinan dan mengharapkan pasangan anda untuk membaikinya.
10) Perhatikan Kekurangan pada Kestabilan & kesediaan Emosi Pasangan Anda:
Ramai orang memilih pasangan yang emosinya tidak sihat dan tidak bersedia. Masalah besar yang timbul apabila pasangan tersebut tidak berupaya mengimbangi hubungan emosinya dengan ahli keluarga, perkahwinan tersebut pada akhirnya menjadi 3 (atau lebih) orang di dalamnya dan bukannya dua. Contohnya, lelaki yang terlebih bergantung kepada ibunya akan membawa hubungan tersebut ke dalam perkahwinan, ini sememangnya adalah resepi kepada bencana. Perkara-perkara yang perlu di ambil kira juga adalah :
Jauhi orang yang kosong emosi dalam diri. Termasuklah juga orang yang tidak suka akan diri mereka disebabkan kurangnya kemampuan untuk menghadirkan emosi. Mereka sentiasa menyesakkan diri dengan kekurangan, ketidak yakinan diri dan fikiran-fikiran negatif. Mereka bertarung dengan kemurungan, tidak rasa hebat, memencilkan diri, sentiasa mengkritik dan kuat pertimbangan, tidak ramai kawan dan tidak percayakan orang malah takut dengan orang di sekeliling. Tanda-tanda lain yang jelas mengenai orang seperti mereka ialah sentiasa tidak cukup dengan apa yang mereka kecapi mereka sering rasa marah, mereka beranggapan orang lain sepatutnya menjaga mereka dan bukan diri mereka. Sering terbeban dan benci dengan keperluan orang lain. Orang-orang seperti ini secara emosinya tidak available untuk membina hubungan yang baik.
Ketagihan juga boleh membataskan tahap kesediaan seseorang untuk membina hubungan emosi yang mantap. Jangan berkahwin dengan orang ketagih. Ketagihan bukan hanya pada dadah dan juga arak. Tetapi juga ketagihan dan kebergantungan pada kerja, internet, hobi, sukan, shopping, duit, kuasa, pangkat, materialisme dan sebagainya. Apabila seseorang terbelengu dengan ketagihan, mereka tidak boleh dan tidak akan bersedia untuk membina sebuah hubungan yang intim dengan anda.
Perkara-perkara Tambahan untuk Dipertimbangkan:
Secara faktanya bukan semua orang akan selamanya kelihatan seperti 25 tahun. Pada akhirnya, kita menyintai orang yang kita kahwini melebihi paras rupa mereka. Apabila kita sudah kenali seseorang yang kita cintai dan sanjungi, kita akan cintakan mereka untuk kecantikan dalamannya dan keluhuran peribadi.
Apabila sudah bertemu dengan seseorang, secara sedar ataupun tidak sedar kita seboleh-bolehnya mahukan semua perkara berjalan mengikut kehendak kita tanpa melihat dan mempersoalkan setiap yang terbentang di hadapan mata kita; pasangan kita mungkin bersikap kasar pada pelayan, cakap perkara buruk tentang orang lain, kasar terhadap anda, dll. Tapi kita tidak berhenti dan bertanya, “Apakah maksud di sebalik sikap-sikap tersebut?”
Jangan pernah pisahkan seseorang daripada keluarganya, latar belakang, pendidikan, kepercayaan dll. Tanya soalan-soalan yang dapat mencerahkan lagi perkara-perkara tersebut. Soalan seperti, “Apakah maknanya untuk mempunyai hidup yang serba ringkas?” “Apakah yang anda inginkan daripada sebuah perkahwinan?” “Bagaimana anda dapat bantu mengenai kerja rumah?” Bandingkan pendapat anda dan pendapat mereka.
Jadilah orang yang fleksibel. Berfikiran terbuka!
Menginginkan sebuah perkahwinan yang bahagia sepatutnya tidak dikelirukan dengan mati syahid. Sepatutnya perkahwinan sesuatu yang membahagiakan dan melihat pasangan anda juga bahagia disebabkan hubungan anda dengan mereka.
Moral dan kerohanian adalah kualiti-kualiti yang benar-benar mendefinasikan seseorang selain daripada kecantikan, wang, dan kesihatan. Orang yang bermoral dan mempunyai rohani akan sentiasa berdiri di sebelah anda dalam susah mahupun senang. Jika seseorang tidak bertuhan dan tidak berusaha mendekatkan diri mereka kepada Tuhan, maka mengapa anda perlu berharap mereka akan memenuhi kehendak yang anda perlukan? Pasangan yang ideal adalah seseorang yang berusaha memberi keuntungan dan bukannya menyebabkan kerugian. Berkongsi dan mempunyai persamaan dalam sebuah hubungan kerohanian akan membuahkan sebuah perkahwinan yang berjaya. Selain itu, sebuah perkahwinan yang berjaya adalah perkahwinan yang mempertahankan undang-undang keluarga yakni memerlukan tahap kawalan diri dan disiplin diri, termasuklah juga hubungan fizikal, emosi dan rohani sebuah perhubungan. Mencari persamaan dan keseimbangan di antara aspek emosi dan rohani dalam perhubungan adalah kunci utama untuk sebuah perkahwinan yang sihat dan berkembang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sesiapa yang pernah berjumpa dengan pelakon popular Fattah Amin mesti tertanya-tanya apa agaknya rutin perapian wajah yang sering dia amalkan. Tak kan nak biarkan kulit anda kusam, cuba amalkan 5 rutini ini mana tahu kulit wajah anda bersih dan berseri macam Fattah!
1.Bersihkan muka
Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.
2.’Scrub’
Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja
3: ‘Moisturise’. Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan anda kerap terdedah dengan cahaya matahari.
4. Jangan picit jerawat. Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-lebih lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat.
5. Trim. Jika anda menyimpan janggut atau misai, pastikan bebulu muka anda sentiasa ditrim kemas atau disisir jika perlu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.