Menyimpan janggut dan berjambang kini merupakan satu trend yang semakin menjadi pilihan lelaki.
Jika dahulu karakter lelaki janggut ini sering dikaitkan dengan seseorang yang warak dan alim dalam agama, kini ia menjadi satu gaya hidup baru yang turut menjadi trend masyarakat barat.
Sebenarnya menyimpan janggut untuk orang Islam adalah satu sunnah Nabi. Jadi untuk anda yang menyimpan janggut anda melakukan sesuatu yang cukup bermakna, bukan sekadar gaya trend semata.
Tapi adakah anda tahu 6 fakta tentang janggut?
1. Melindungi dari serangan Bakteria dan Jangkitan Kuman
Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjanggut mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjanggut adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk ‘menyimpan bakteria’ di mukanya berbanding lelaki pekerja hopital yang berjanggut!
2. Melindungi Muka dari Panas Mentari
Ini memang terang-teranglah kan. Dengan adanya janggut, kurang kawasan badan kita yang akan terkena matahari. Pancaran Matahari keterlaluan mampu mencetus jadinya kanser kulit dan adanya Janggut mampu menapis 90-95% daripada pancarana ultraviolet yang berbahaya itu. Bayangkan panas yang dirasa orang yang berambut penuh dan orang yang botak, rasa-rasanya siapa yang akan berpeluh terlebih dahulu jika diletakkan di tengah panas?
BACA: 25 Idea Gaya Potongan Rambut Lelaki Terkini, Pasti Tampil Lebih Kacak
3. Penampilan Lebih Maskulin & Dominan
Ini mesti lelaki suka dengar kan? Menjadi lebih Maskulin, kacak, matang dan berani adalah seperti naluri kedua kepada kaum lelaki. Kenapa? Tiada yang tahu jawapannya, tapi itu hakikat seorang lelaki sejati! Namun, terkejut atau tak, sebenarnya kajian dari New South Wales di Australia juga membuktikannya!
Sebanyak 351 orang perempuan dan 177 orang lelaki heteroseksual (heteroseksual bermakna lelaki normal yang suka perempuan tau!) telah memberi markah scoring berdasarkan gambar 10 orang lelaki.
Kajian mendapati:
i) Lelaki yang berjanggut lebat 10 hari adalah paling menarik untuk Wanita.
ii) Lelaki yang berjanggut penuh dipandang sebagai seorang Bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab
iii) Lelaki yang berjanggut Stubble (Janggut pendek) mendapat markah terendah dan lebih rendah berbanding lelaki yang mencukur janggut penuh dalam semua kategori iaitu Kemenarikkan, Maskulin, Kesihatan dan Potensi menjadi Bapa yang bertanggungjawab
4. Boleh Tumbuh Lebih Panjang
Jangan terkejut kalau anda terjaga dari tidur dan mendapati janggut anda dah meliputi badan anda! Janggut boleh tumbuh hampir 4 kali ganda ketinggian anda! Dianggarkan, janggut anda akan sepanjang lebih kurang 27 kaki kalau anda tak pernah cukur dari lahir sehingga meninggal dunia. Haa, boleh masuk Malaysia Book of Records ne!
5. Wanita Juga Boleh Berjanggut!
Kalau jalan-jalan tepi pasar raya dan nampak wanita berjanggut, jangan tegur! hehe!
Janggut terpanjang yang dicatatkan oleh seorang wanita bernama Vivian Wheeler dari Wood River adalah sepanjang 10.04 inci!
6. Cetus Kasih Sayang
Pernah dengar Pogonophilia?
Ia merujuk kepada golongan yang sangat suka dan sangat sayang kepada janggut dan orang yang menyimpan janggut. Haa, siap ada terma sendiri lagi okeh! Kau ada? hehe!
Semoga bermanfaat ya
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI