
- Benang oren yang digunakan jenama terkenal Levi Strauss & co. bagi jahitan seluar jeans adalah ‘trademarked’ istimewa mereka. Ia digunakan sebagai satu ciri wujudnya dan sepadan dengan warna tembaga rivet.
- Nama asal panggilan seluar jeans/denim adalah ‘waist overalls’.
- Denim dicipta untuk pakaian si pelombong emas pada kurun ke 18 tetapi telah menjadi trend sehingga ke hari ini.
- Kegunaan poket kecil yang terdapat pada jeans/denim adalah untuk si pelombong menyimpan emas-emas yang dijumpai sewaktu melombong.
- Jeans biru terhasil secara rasmi pada 20 May 1873 apabila Jacob Davis dan Levi Strauss and co. mencipta paten celana tersebut.
- Denim jua diperbuat dari kapas dan pakar mendapati kapas paling awal ditemui 5000 tahun dahulu di daerah Pakistan Barat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Kesalahan Berfesyen Lelaki Kurang Tinggi, Buat Korang Nampak Bertambah Pendek

Anda lelaki dengan ketinggian bawah 5’8″ dan rasa pakai apa sahaja tak kena? Entri ini memang untuk anda. Kami akan ajar anda berfesyen cara mudah untuk tampil konfiden depan orang ramai.
KESALAHAN:
- Pakai baju dengan corak melintang. Memang ‘pantang’ untuk lelaki pendek. Corak melintang membuatkan anda nampak bertambah ‘katik.’
- Pakai kasut tapak tinggi atau tebal untuk ‘acah-acah’ jadi tinggi.Ia tak membantu langsung, malah orang mungkin lebih fokus kepada kasut anda daripada diri anda sendiri.
- Pakaian besar dan longgar is a definite no-no. Ada dua keburukan: Ia akan buatkan anda kelihatan seperti kanak-kanak pakai baju orang dewasa atau pemain bola sepak liga semi pro awal 90-an!
- ‘Bela’ rambut panjang. Lelaki pendek sangat tak sesuai berambut panjang.
- Pakaian warna terang-ia menampakkan fizikal yang yang pendek dengan lebih ketara.
- Pakai jaket dua lapis untuk kelihatan cool.
YANG BETUL:
- Pilih saiz yang ‘ngam-ngam’ dan rasa selesa bila dipakai. Jangan pakai baju terlampau ketat sebab anda akan nampak lebih ‘halus.’ Dahla pendek halus pulak tu.
- Sut tak menjamin anda kelihatan segak. Tapi kalau nak pakai juga pastikan anda pilih corak yang menegak dan bersaiz kecil.
- Hati-hati dengan aksesori yang dipakai. Kalau pakai tali leher, pilih tali leher yang kecil dan ringkas macam skinny tie.
- Bila keluar berjalan pakai jaket, pastikan jaket itu mempunyai satu atau dua butang sahaja. Nampak lebih steady. Jaket banyak butang hanya sesuai dengan mereka yang tinggi.
- Bila pakai baju T, pilih yang leher berbentuk V.
- ‘Berkawan’ dengan butik atau kedai pakaian yang tak kedekut beri nasihat dan lakukan sedikit perubahan pada pakaian anda. Antaranya Gap, Banana Republic, Levi’s dan H&M. Pergi tempat-tempat macam ni-mereka boleh nasihatkan apa fesyen yang sesuai untuk susuk tubuh anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nadhir Nasar Tampil Sebagai Salah Satu Wajah Koleksi & Kempen Terbaru Levi’s

Bersempena musim perayaan Aidilfitri bakal menjelma, Levi’s memperkenalkan kempen ‘Untukmu Yang Luar Biasa’. Ia hadir dengan tema meraikan sebuah perayaan, kemesraan dan keceriaan.
Lebih menarik ia mengetengahkan ikon bintang muda dan popular tempatan seperti Nadhir Nasar dan Shalma Ainaa serta bakat serantau yang lain. Untuk seleksi kali ini, Levi’s mengajak kita untuk berkongsi momen berharga bersama orang tersayang dengan mengangkat nilai keaslian, refleksi diri serta semangat inklusiviti.
Diambil melalui lensa Amani Azlin, seorang jurugambar terkemuka dari Malaysia, kempen ini menawarkan perspektif visual yang intim dan segar, merayakan identiti individual melalui koleksi pakaian yang santai, harmonis dan selesa.
Koleksi terbaru ini menampilkan baju dan seluar dengan variasi yang luas, dirancang untuk menghormati dan mengangkat personaliti setiap gaya peribadi.
Menggunakan fabrik yang ringan dan dihiasi dengan palet warna pastel yang cerah, koleksi ini sempurna untuk cuaca tropis, memberikan kenyamanan tanpa mengorbankan gaya.
Selain itu, Levi’s juga memperkenalkan padanan baru yang elegan, sesuai sempurna untuk menemani hari-hari panas anda terutamanya pada ketika perayaan menjelang tiba.
BUAT LELAKI
Untuk koleksi lelaki, Levi’s menawarkan eksplorasi gaya baru dengan padanan denim dan non-denim yang segar. Ini termasuklah potongan yang lebih longgar dan fabrik yang bernafas.
Nikmati kebebasan bergerak dengan koleksi atas yang nyaman, dari motif klasik hingga corak berani. Denim dan chinos longgar mengingatkan kita pada era ’90-an, dengan jeans Stay Loose 568™ dan jaket ikonik Type I Trucker yang menambahkan sentuhan retro.
Seluar kargo Stay Loose dengan poket utilitinya yang praktis menawarkan potongan modern yang sempurna untuk kerja atau santai. Kemeja Polo Performance, dilengkapi teknologi CoolMax®, menjamin Anda tetap sejuk dan kering sepanjang hari.
BUAT WANITA
Untuk wanita pula, Levi’s menghadirkan berbagai siluet dan potongan yang akan membuat pemakai tampil bergaya, baik saat pulang ke kampung halaman maupun berkumpul dengan keluarga.
Dengan seluar longgar seperti Baggy Dad Wide Leg hingga kargo Baggy, koleksi ini melengkapi gaya atas yang nyaman dan mudah dipakai. Perbarui tampilan harian dengan blus dan gaun baru dalam motif feminin dan fabrik yang halus.
Manakala bagi penampilan yang praktis, padanan skirt Cargo Midi atau Tico Jumper dilengkapi dengan poket untuk menyimpan aktiviti sibuk seharian.
BACA: Maksud Tersirat Pada Rekaan BAJU MELAYU Tradisional, Sila Ambil Tahu!
Buat wanita yang lebih berani, padanan padukan kemeja-T oversize dengan lapisan outer seperti jaket Featherweight Trucker dan tutup dengan jean Cropped 501® klasik memberikan penampilan yang tersendiri.
Dengan tawaran harga dari RM79 hingga RM409, koleksi terbaru Levi’s® ini tersedia di Levi.com.my dan di semua butik Levi’s® di seluruh negara mulai Mac 2024.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dalam Tak Sedar, Rupanya 4 Tabiat Ini Penyebab Rambut Lelaki Cepat Botak Di Usia Muda!

Tidak semua lelaki selesa dengan gaya botak kerana bagi lelaki, rambut masih lagi menjadi perkara penting. Dalam sedar tak sedar, rata-rata lelaki suka membuat empat tabiat ini. Ingat! Kalau tak kena gaya, boleh buat kepala anda cepat botak. Jadi sebelum rambut hilang sehelai demi sehelai, pastikan anda jaga-jaga dengan empat tabiat ini.
Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang berlakunya masalah kebotakan yang melanda lelaki antaranya faktor hormon. Selain itu, cara menyikat rambut juga boleh menyebabkan rambut lelaki semakin menipis sehingga akhirnya botak.
Menerusi laman merdeka.com yang memetik laporan daripada pakar transplan rambut bernama William D. Yates, terdapat beberapa gaya rambut yang boleh menyebabkan lelaki cepat botak terutamanya bagi mereka yang miliki lapisan rambut sedikit atau nipis.
Oleh itu, pastikan anda jauhi empat tabiat ini.
1. Pakai topi ketat
Tak dinafikan, topi jenis snapback, cap atau beanie membuatkan penampilan anda lebih menyerlah. Malah topi juga merupakan penyelamat kepada anda yang mengalami masalah keguguran rambut atau kebotakan kerana ia boleh menutupi bahagian yang botak itu. Namun tanpa anda sedar, pemakaian topi yang terlalu ketat dengan pemakaian dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan berlakunya traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala. Tabiat ini akan menyebabkan rambut kurang bernafas sehingga rambut jadi nipis dan akhirnya botak.
2. Jangan ikat rambut terlalu kuat
Memang ramai lelaki yang suka menyimpan rambut panjang. Malah man bun menjadi antara gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang. Apa yang salahnya apabila anda mengikat rambut terlampau ketat dalam jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut. Menurut William D. Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius. Jadi awas ye untuk anda yang berambut panjang!
3. Elak ikat rambut tocang
Bagi lelaki berambut panjang, ikatan gaya man braid pastinya menjadi pilihan. Apatah lagi gaya ini sudah menjadi trend di antara selebriti lelaki. Gaya french braid, cornrow, side plaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy. Namun gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini juga boleh memberi tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.
4. Kurangkan produk dengan bahan kimia
Seperti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan styling product secara berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kebotakan. Sisa bahan kimia akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala sehingga akibatnya, kulit kepala menjadi tidak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik. Jadi berhati-hatilah menggunakan produk sebegini. Jangan kerana ingin mengikut trend, anda sanggup mengabaikan kesihatan rambut.
Oleh itu, tidak salah untuk anda bergaya tetapi pastikan anda tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan pemakaian topi. Sesekali biarkan rambut anda lepas bebas serta kurangkan kekerapan menggunakan produk hair styling.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI