Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Buat Korang Yang Suka Travel, Ini 7 Tips Elak “Jet Lag” Dari Aktor Kacak Orlando Bloom
Masalah jet lag sering dialami oleh sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang ingin dituju. Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut.
Oleh itu, bintang filem Orlando Bloom berkongsi rahsianya menghadapi jet lag. Sedia maklum, tuntutan kerjaya sebgai pelakon juga memerlukan dia kerap mengembara. Jadi tentunya aktor tampan ini memang layak berkongsi tips mengelakkan jet lag ketika mengembara.
1. Laraskan tidur anda ke zon masa yang anda memasuki.
2. Apabila membuat perjalanan dengan si kecil, membawa banyak hiburan. “Apabila saya bersama anak saya, saya akan membawa buku dan permainan. Kami akan bermain sehingga dia tidur,”
3. Untuk mengelakkan jet lag, elakkan alkohol.
4. Minum banyak air untuk membantu badan anda kekal terhidrat
5. Pakai pakaian yang selesa apabila anda terbang. “Saya lebih suka T-shirt dan seluar jeans.”
6. Ambil masa untuk menikmati penerbangan anda dengan membaca buku, menonton filem, periksa e-mel dan tidur
7. Makan dengan teratur.
Mungkin anda juga boleh cuba persiapkan badan dan minda anda untuk perubahan zon masa. Apa yang boleh anda lakukan ialah anda kena tahu bila berangkat dan setiap minggu anda cuba menolak satu jam (ke belakang atau ke hadapan) bergantung pada destinasi.
Sumber : Wanista
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Elak Kulit Kering & Kedutan Diwajah Dengan 9 Cara Mudah Ini, Pasti Nampak Muda Selalu.
Kalau cakap bab kecantikan, memang wanita sahaja yang jadi tumpuan. Tapi tidak sekarang, lelaki pun sibuk berlumba-lumba amalkan petua kulit licin supaya dapat wajah dan badan yang cantik, licin dan mulus.
Siapa yang tak nak kulit yang sentiasa kelihatan muda walaupun usia dah mencecah 40an dan ke atas? Namun, bukan mudah untuk maintain apabila usia semakin bertambah, pemakanan yang tidak sihat ditambah pula dengan cuaca yang panas, mula la ada garisan yang tidak diingini pada kulit malah ada yang sudah menampakkan kedut di sana sini.
1. Lebihkan makan ikan
Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.
2. Amalkan soya
Elok diambil melalui pemakanan ataupun produk penjagaan diri kerana ia merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
3. Tukar kopi atau teh kepada koko
Mengandungi antioksidan, koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
4. Elak ‘tarik‘ kulit secara paksaan
Misalnya mengecilkan mata apabila memandang objek jauh. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
5. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.
6. Guna pencuci muka daripada gel/krim
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.
7. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.
8. Sentiasa guna pelembap
Kulit mudah kering tambah lagi jika anda sentiasa on the go. Oleh itu, digalakkan menyapu produk mengandungi agen pelembap dengan kerap agar kulit sentiasa lembap.
9. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mandi Ais Boleh Buat Lelaki Kurus?
Banyak kita dengar aais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI