
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Levi’s Kini Perkenalkan Siri Eyewear Pertama Di Malaysia

Sebut sahaja tentang Levi’s pasti ramai di antara anda sudah terbayang akan legasi pakaian denim yang dibawa oleh jenama ini.
Malah tidak salah kalau MASKULIN katakan bahawa setiap lelaki pasti pernah memiliki sepasang seluar jean Levi’s.
Seiring dengan perkembangan fesyen semasa, Levi’s dilihat telah melakukan pelbagai inovasi dan pembaharuan dalam rekaannya. Tidak hanya bergantung kepada seleksi denim klasiknya, Levi’s sentiasa menampilkan idea-idea baru untuk menarik generasi lebih muda.
Terbaru, Levi’s menerusi Safilo Group Malaysia memperkenalkan siri eyewear yang pertama.
Pelancaran yang berlangsung pusat membeli-belah berprestij, Pavilion KL, koleksi eyewear Levi’s ini merupakan seleksi dari SS2020 Levi’s Eyewear Collection.
Pada majlis pelancaran tersebut Levi’s bersama-sama Safilo Group meraikan kerjasama mereka dengan penghargaan inspirasi dengan menampilkan bersama pertunjukan fesyen.
Terhasil dengan rekaan yang lebih straight forward, koleksi eyewear yang diperkenalkan ini juga menawarkan keselesaan dan fungsi maksima.
Dengan menggunakan warna-warna denim seperti biru, hitam dan kelabu ia memberikan sentuhan yang cukup berbeza buat koleksi eyewear.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Mulut Mak Cik Bawang Menyebabkan Saya Kurus”

Siapa sangka mulut-mulut mak cik bawang punca Ramdan nekad untuk menurunkan berat badan.
“Saya dicemuh mak cik-mak cik ketika menaiki pengangkutan awam” ayat-ayat penyata seperti
“Kamu ni gemuk lah”
“Besarnya kamu ni Ramdan…”
Ini benar-benar menyinggung perasaan Ramdan. Menurutnya, dia sudah tidak tabah lagi melalui hari-harinya sebagai seorang GEMUK. Mana tidaknya, dengan ketinggian 190cm dan berat badan mencecah 145kg, dia dianggap mengganggu ruang di dalam pengangkutan awam sehinggakan mak cik-mak cik ini lemas dengan kewujudannya.
Bila start diet?
Tahun 2016, masa tu saya join program diet. Kalau ikutkan saya ni seorang pemalu. Segan untuk bersenam secara bersendirian. Tambahan pula saya selalu dicemuh, tahap confident saya tu semakin berkurangan. Bila workout bersama-sama dengan orang gemuk ni, lain macam sikit impak dia. Yelah, sama-sama gemuk kan, kita faham antara satu sama lain.
Apa yang paling seronok sepanjang Ber ‘diet’?
Banyak sebenarnya, pada peringkat awal tu rasa susah sikit sebab kita kan dah terbiasa dengan MAKAN, jadi nak disiplinkan diri tu perlukan masa. Bila bergaul dengan kawan-kawan yang sama-sama nak kurus ni godaan dia lagi melampau, sebab tak semua orang yang join tu ada mindset yang sama. Jadi kadang-kadang lepas workout, pasti akan terbabas ke kedai mamak. Disitu mental kena kuat, kita kena ada goal sendiri.
Bila dah kurus ni mesti ada kulit menggelebeh, macam mana nak buang?
Oh, nak buang kulit menggelebeh tu tak lah susah mana, korang kenalah pergi ke Gym, main dumbbell. Tak payah main yang berat-berat, main yang ringan-ringan saja. Kalau nak bina badan sekalipun kena mula dari bawah, jangan terus angkat yang berat, takut muscle tear nanti. Paling penting teknik, teknik inhale dan exhale sangat membantu untuk mendapatkan betuk badan yang cantik.
Macam mana dengan pemakanan?
Makan memang penting dalam penjagaan diet. Saya masih lagi mengamalkan diet kurus dahulu. Suku suku separuh. Kalau malas nak workout sekalipun, diharapkan anda dapat menjaga pemakanan. Kalau tak, selamat tinggal ideal weight.
Ada nasihat yang nak diberikan kepada umum tentang diet awak?
Nak diet ni minda kena betul-betul fokus. Kalau segan nak buat sorang-sorang join program. Jangan malu untuk announce yang anda sedang ber diet. Jika mereka benar-benar rakan anda, pasti mereka akan memberi sokongan kepada anda. Paling penting ‘enjoy’ your journey. You only live once!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Anda Penghidap Asma? Jom Ikut Petua Tradisional Ini. Lebih Berkesan Dan Mudah!

Melakukan beberapa perubahan kecil dalam rutin kehidupan harian boleh mengurangkan simptom asma. Sebab sebenar serangan asma ini adalah masih belum diketahui tapi ia boleh juga disebabkan oleh alahan, pencemaran udara, jangkitan paru-paru, emosi, perubahan cuaca an sesetengah jenis makanan yang diambil.
Walaupun terdapat pelbagai jenis rawatan untuk asma pada zaman serba canggih ini, kita boleh juga mencuba beberapa rawatan tradisional yang dikatakan boleh membantu merawat asma secara semulajadi tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Kebanyakan rawatan secara semulajadi dikatakan berkesan untuk menangani gejala asma dan sekurang-kurangnya dapat membantu untuk mengelakkan ia merebak dan menjadi lebih buruk.
Diet juga penting dalam membantu menangani gejala asma secara berkesan kerana sesetengah makanan mempunyai zat-zat dan vitamin yang membantu melegakan pengudaraan dalam sistem pernafasan.
Namun rawatan-rawatan ini semuanya hanya membantu mengurangkan dan masih tidak dapat untuk menghilangkan asma secara terus
.
1. Halia
Merupakan salah satu antara rawatan asma secara semulajadi yang cukup popular di kalangan orang ramai. Kajian mendapati penggunaan halia boleh membantu mengurangkan radang pada pengudaraan di paru-paru dan mengelakkan penyempitan ruang udara.
Halia tersebut boleh dijadikan jus dengan campuran buah delima dan madu ataupun dimakan mentah bersama dengan garam.
2. Bawang Putih
Dikatakan boleh membantu untuk melegakan rongga di dalam paru-paru yang tersumbat. Mujarab sekali jika serangan tersebut adalah pada peringkat awal.
Cuma didihkan dua ke tiga helai daun dalam satu suku cawan susu dan kemudian biarkan ramuan tersebut menyejuk pada suhu bilik sebelum meminumnya.
3. Kopi
Kadar kafein di dalam kopi biasa dapat membantu untuk mengawal serangan asma kerana kebolehannya bertindak sebagai ‘bronchodilator’.
Kopi panas boleh membantu meredakan dan melegakan pengudaraan yang membantu anda untuk bernafas dengan lebih baik. Lebih pekat kopi tersebut, lebih baik nanti hasilnya. Tapi tidak digalakkan untuk mengambil lebih dari 3 cawan kopi dalam sehari.
Jika anda bukanlah penggemar kopi, anda juga boleh beralih pada teh yang pekat. Namun jangan amalkan kopi sebagai rawatan kebiasaan.
4. Minyak Eucalyptus
Pasti anda semua tidak tahu bahawa minyak dari tumbuhan Eucalyptus yang tulen ini boleh menjadi antara rawatan asma yang paling berkesan. Minyak yang dihasilkan dari tumbuhan tersebut mempunyai bahan yang boleh mengurangkan rasa tersumbat pada rongga-rongga pernafasan. Ia juga berkesan untuk mencairkan kahak.
5. Madu
Jika anda sedang tercari-cari rawatan semulajadi asma yang paling berkesan, anda patut beralih pada madu. Anda boleh mengambil satu sudu teh madu yang dicampurkan dengan segelas air panas sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari.
Atau anda juga boleh menghidu bau madu tersebut untuk melegakan pernafasan anda yang tersumbat. Lakukan setiap kali sebelum masuk tidur.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI