Mengambil makanan yang salah sebelum tidur boleh menyebabkan waktu rehat anda terganggu sekali gus ia menyukarkan anda untuk tidur dengan lena.
Lebih-lebih lagi jika anda mengambil makanan yang mengandungi kalori atau zat-zat yang tidak diperlukan oleh badan anda.
Sehubungan itu, ayuh kenal pasti apakah jenis makanan yang perlu dielakkan daripada diambil pada waktu malam :
1. Makanan manis
Makanan manis seperti coklat atau aiskrim boleh meningkatkan kandungan gula dalam badan dan ia menyebabkan tenaga anda meningkat secara mendadak. Jika lapar juga, ambil makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan yang kaya dengan serat.
2. Karbohidrat
Anda perlu tahu bahawa tahap metabolisme anda akan berkurang sewaktu anda tidur. Sehubungan itu, pengambilan makanan karbohidrat hanya akan ia disimpan sebagai lemak.
3. Makanan berminyak
Elakkan makanan yang bergoreng atau berminyak kerana makanan tersebut akan mengambil masa yang lama untuk dihadam dan seterusnya akan menyebabkan tahap metabolisme anda berkurang. Apabila tahap metabolisme menurun, badan anda akan menjadi sukar untuk membakar kalori.
4. Makanan pedas
Rempah ratus seperti lada hitam mungkin terkenal sebagai penawar untuk merawat penyakit secara semulajadi tetapi untuk dijadikan hidangan sebelum tidur amatlah tidak digalakkan. Kajian menunjukkan mereka yang makan makanan pedas pada waktu malam akan menyebabkan suhu badan meningkat.
5. Protein yang banyak
Sesetengah protein perlu dimakan sebelum waktu tidur untuk membantu anda membina otot tanpa lemak (lean muscle) tetapi jika ia diambil secara berlebihan akan mengganggu sistem penghadaman anda kerana ia menggunakan banyak tenaga ketika proses penghadaman.
6. Jus
Jus buah-buahan seperti jus oren dan jus limau tidak digalakkan untuk diminum sebelum waktu tidur anda. Ini kerana buah-buahan tersebut mengandungi asid yang akan menyebakan anda mengalami pedih ulu hati. Selain itu, jus buah-buahan yang kaya dengan gula semulajadi akan menyebabkan tahap gula anda meningkat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Asas Penting Larian, Sembilan Petua Untuk Mula Berlari Mengikut Kata Pakar Ini!
Seperti mana yang kita semua sedia maklum senaman kardiovaskular (kardio) sememangnya sangat penting untuk kesihatan.
Salah satu aktiviti senaman kardio paling mudahuntuk dilakukan ialah larian. Memang tiada gunanya jika kita hanya mengetahui dan mengakui manfaat bersenam tanpa menjadikannya satu amalan.
Berikut MASKULIN kongsikan pandangan dari Timbalan Presiden Prestasi dan Kecergasan Sukan Global Herbalife, Samantha Clayton.
Ikuti perkongsian beliau di bawah:
———————————-
Pada hari ini, saya akan cuba meyakinkan anda untuk mula berlari.
Saya memang minat berlari dan saya mengkhusus dalam larian pecut — satu acara yang memerlukan ledakan tenaga dalam jarak dekat. Larian untuk membina daya ketahanan pula satu senaman yang sama sekali berbeza.
Tidak dinafikan kita masih menggunakan kaki tetapi saya rasa larian seperti ini adalah sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan oleh semua orang dengan hanya sedikit kelengkapan. Tidak susah untuk mula berjalan kaki dan beransur-ansur meningkatkan kelajuan—memastikan anda sentiasa berlari pada kelajuan yang selesa mengikut kemampuan anda.
Berlari adalah satu aktiviti yang memang diminati oleh rakyat Malaysia, kerana ramai yang suka mengambil bahagian dalam maraton, menyusur denai menuju ke air terjun yang menyajikan pemandangan indah atau berjoging di taman komuniti berhampiran.
Bagaimanapun, memandangkan sekarang ini musim monsun, kita mungkin perlu memerhatikan keadaan cuaca untuk berlari secara selamat atau mempertimbangkan penggunaan treadmill di rumah atau di gimnasium sebagai alternatif.
Apabila anda berlatih untuk maraton, anda seharusnya menambah senaman kardio ke dalam rutin kecergasan anda. Berikut adalah beberapa petua ringkas untuk membantu anda mencapai matlamat berlari anda.
Peralatan untuk berlari
Pada hakikatnya, anda tidak perlu membeli banyak kelengkapan untuk berlari, walaupun ada beberapa keperluan yang akan menjadikan larian anda lebih selesa.
•Sepasang kasut berlari yang sesuai dengan saiz kaki
•Stoking berlari jarak jauh
•Pakaian selesa
Peka dengan keadaan badan anda
Jika anda belum bersedia untuk berlari, anda boleh berjalan kaki. Apabila berjalan kaki untuk tempoh tertentu mula menjadi mudah, cuba selang seli antara berjoging dan berjalan kaki.
Matlamat anda adalah untuk mencari kelajuan yang selesa dan boleh diteruskan mengikut keadaan anda. Jangan lupa untuk berhenti jika anda rasa sakit. Sentiasa panaskan badan dan sejukkan badan untuk memastikan badan anda sedia untuk bersenam.
Tumpukan pada masa dan bukannya jarak larian.
Pada beberapa minggu pertama berlari, tumpukan pada tempoh masa anda berlari (berjalan kaki atau berjoging), dan bukannya memikirkan tentang jarak. Tetapkan sasaran 20-30 minit dan setelah anda berjaya lari sepanjang tempoh tersebut, tambah masa anda.
Jika anda melihat jarak larian pada beberapa minggu pertama, motivasi anda mungkin terjejas. Apabila anda sudah berjaya menamatkan 45 minit pada kelajuan yang dikehendaki, rancang jarak larian dan beransur-ansur tingkatkan jarak larian anda.
Memahami fasa yang anda lalui
Jangan terus berlari dan mengejar jarak tertentu. Anda perlu mencapai paras aerobik asas dengan berlatih pada tahap keamatan lima atau enam daripada tahap maksimum 10.
Ini kerana latihan ‘steady state’ seperti ini akan ‘melatih’ badan anda untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga. Pendekatan ini amat penting sambil anda menambah jarak larian anda. Anda juga boleh meningkatkan kelajuan pada peringkat kemudian dalam latihan anda.
Latihan silang
Untuk menjadi pelari yang cekap, anda mesti berlari. Tetapi merangkumkan latihan silang seperti berbasikal, berenang atau latihan beban dalam rutin mingguan anda akan membantu anda mengekalkan kecergasan dan mengelakkan kebosanan.
Belajar Teknik Satu Demi Satu
Pilih satu teknik untuk dipelajari setiap kali anda berlari. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda usahakan seperti:
• Kedudukan kaki – memastikan kaki anda menginjak bumi antara bahagian tengah dan depan kaki
• Pergerakan tangan – memastikan anda kekal tenang sambil anda mengayun tangan ke belakang dan ke depan.
• Postur – memastikan bahagian teras badan anda kuat
Jika anda mempelajari satu teknik sehari, anda tidaklah rasa bercelaru. Malah selepas beberapa minggu, larian anda pasti lebih baik.
Lari di kawasan berbukit
Sertakan larian bukti atau permukaan beralun dalam program anda, seperti di Bukit Gasing di Petaling Jaya, atau Taman Tugu di Kuala Lumpur. Berlari menaiki bukti ialah cara yang baik untuk membina kekuatan, yang boleh dianggap sebagai ‘latihan bebanan’ dalam aktiviti larian.
Rantaian otot bahagian belakang anda, termasuk hamstring, gluteus dan betis perlu bekerja lebih keras apabila anda berlari menaiki bukit.
Berehat!
Anda perlu menjadualkan hari rehat dalam program untuk membolehkan otot anda membuat penyesuaian dengan bebanan berlebihan dan pulih dengan cara yang cekap. Satu atau dua hari rehat seminggu penting untuk prestasi hebat.
Mula ambil langkah sekarang!
Selain menyokong kesihatan kardiovaskular keseluruhan, petua ini boleh membantu anda mencapai jarak penuh dalam acara maraton dan acara larian lain, seperti Larian Herbalife yang sedang diadakan sepanjang bulan November dan Larian Malam Herbalife pada 25 November yang diadakan secara serentak di 4 lokasi berbeza, iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Seremban, Permatang Pauh dan Melaka. Untuk maklumat lanjut, layari herbalife.com.my.
Sarunglah kasut larian anda, ambil langkah pertama dan berusaha meningkatkan kesihatan anda dengan setiap larian!
Terima kasih Herbalife di atas perkongsian yang cukup menarik ini bersama pembaca MASKULIN.
Apa tunggu lagi, jom lari!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makan Telur Ayam Kampung Dengan Minyak Zaitun, Ini Cara Betul Yang Lelaki Patut Amalkan
Telur ayam kampung memang sinonim dengan lelaki sebagai penambah tenaga batin. Namun manfaatnya bukan hanya itu, telur ayam kampung juga sebenarnya memiliki banyak khasiat lain untuk kesihatan tubuh badan.
Apabila sebut telur ayam kampung, kebiasaannya orang akan makan bersama madu asli. Selain inginkan khasiat daripada madu tersebut, ia juga boleh dijadikan sebagai penghilang rasa hanyir apabila anda mengambil telur ayam kampung mentah.
Namun menurut kajian yang dilakukan oleh Saintis, Dr Suri Roowi, madu sebaiknya tidak dimakan bersama makanan yang bersumberkan protein seperti telur. Kenapa?
Untuk mengetahui jawapannya dan mendedahkan anda dengan cara betul makan telur ayam kampung, apa kata anda ikuti perkongsian Zaharinah Hussin, Founder produk Dr Vee Formula yang juga isteri kepada Dr Suri Roowi.
Semoga dengan cara betul makan telur ayam kampung ini akan memberi anda lebih manfaat untuk kesihatan tubuh badan.
BACA: Perlu Atau Tidak Basuh Telur Sebelum Simpan? Doktor Ini Jelaskan Cara Betul!
CARA BETUL MAKAN TELUR AYAM KAMPUNG YANG RAMAI TAK TAU
“Saya nak tanya, kalau madu kita makan waktu pagi, campur dengan telur ayam kampung, bagus ke?”
Ohh, jika ikut apa yang Dr Suri Roowi dah kaji, madu sebaiknya TAK diambil bersama protein. Telur adalah sumber protein.
Kenapa pulak?
Sebab, protein struktur kimianya agak besar. Ia akan halang khasiat dalam madu dari diserap ke dalam darah.
Habis tu, ada efek apa apa tak puan?
Tak efek apa apa.
Cuma, RUGI la makan madu tu dengan telur tu. Sebab TAK DAPAT KHASIAT MADU. Dapat khasiat telur je la.
Tapi, camana nak telan telur ayam kampung tuu? Hanyir sangat!
Ya betul hanyir.
BACA: Biarpun Rasanya Tawar, Diet Putih Telur Boleh Kenyangkan Perut & Jadikan Badan Kurus!
Nak tau cara yang betul?
Meh akak share:
Caranya ialah, pecahkan telur tu dalam cawan, jangan kacau. Pastu masukkan 1-2 sudu minyak zaitun. Pastu terus telan. Gulp.
Licin dan lancar jer lalu kat kerongkong. Tak sempat nak singgah pun bau hanyir tu. Bau minyak zaitun jer la.
Apa kelebihannya tu?
Tak pernah tau pun.
Dr Suri kata, dalam telur juga ada antioksidan yang namanya Lutein. Lutein ni ada dalam kuning telur.
Lutein tu jenis antioksidan larut minyak. Jadi sesuai lah ia diambil dengan minyak zaitun.
Minyak zaitun pulak bagus untuk kawal kolesterol, sebab ia asid lemak monotaktepu.
BACA: 8 Perkara Ini Akan Berlaku Kepada Tubuh Jika Anda Makan 3 Biji Telur Sehari
Apa bagusnya makan telur ayam kampung ni?
Ramai yang dah tau kot. Akak tak nak citer la bab yang tu, tu kat sini.
Tapi untuk orang perempuan yang bacaan hemoglobin (Hb) selalu naauu rendah. Asik asik rendah jerr.
Cubalah makan telur ayam kampung ni. Telan mentah mentah bersama minyak zaitun ni. Cuba makan sebiji setiap malam selama 30 hari.
InsyaaAllah.
Dengan izinNYA, akan naik Hb korang. Jangan caya. Buat jer.
Abis tu, bila nak minum madu pulak?
Pagi. Kan boleh kann?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makanan Ini Boleh Buat Tenaga Anda Macam 20 Tahun Walaupun Usia Anda Dah 40 Tahun
Bila dah berumur 40 tahun ke atas ni, setiap manusia mengalami masalah tubuh badan yang kurang baik. Ada yang menyatakan bahawa menjadi 40 tahun ke atas menjadikan badan anda kurang bertenaga dan sentiasa lemah sepanjang hari. Jika anda mengalami masalah seperti ini, ada beberapa makanan yang anda boleh makan untuk meningkatkan metabolisme anda walaupun anda sudah hampir pertengahan umur.
Susu berasaskan tumbuhan
Jika perut anda sudah kelihatan seperti ikan buntal, maka tiba masanya untuk anda mengambil minuman yang berkhasiat. Apabila badan tidak dapat mencerna makanan dengan baik, ia cenderung menyebabkan gas dan kembung, yang bertentangan dengan perut rata. Hindari makanan tenusu, dan anda mungkin akan melihatperubahan dalam masa terdekat.
Kimchi
Jangan pandang rendah pada makanan ruji Korea ini. Jika anda gemar telan makanan yang diproses, masalah penghadaman anda akan mula menunjukkan taring ketika anda berumur 40 tahun ke atas. Hidangan seperti, kimchi, kefir, acar masam, kombucha, atau yogurt yang masam ini membantu untuk mengimbangi bakteria anda.
Raspberi
Bukan sahaja raspberi mengandungi fitokimia yang melawan kanser, yang boleh membantu anda bertahan dari kelaparan lebih lama selain melegakan sembelit. Jadi untuk anda yang sudah mengjangkau umur 40 tahun ke atas tu, ambil sedikit respberi ini sehari. Tubuh anda akan kekal bertenaga dan awek muda! Barulah ramai anak dara nak dekat!
Telur
Tak kiralah telur separuh masaka ke, telur mata ke, telur sememangnya memberi manfaat kepada lelaki tak kira dari kesihatan ataupun tenaga dalaman. Lemak yang sihat di dalam kuning boleh membantu anda berasa lebih lama dan mengatasi cepat lapar.
Bawang
Jika anda seorang yang ingin mendapatkan result cepat untuk kekal sado, apa kata anda cuba bawang! Bawang juga bagus untuk menghindari kanser. Menurut para penyelidik University of Guelph, bawang merah yang ditanam oleh Ontario boleh melawan kolon dan kanser payudara. Bawang mengaktifkan laluan untuk mematikan sel-sel kanser. Ia bertindak untuk membersihkan sel-sel kanser dan menghalang sel-sel tersebut dari pertumbuhan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI