Daging ayam atau makanan mentah lain sudah memang tentu dilarang kerana ada bakteria yang merbahaya. Jangan tak tahu makanan yang kita selalu makan ini sebenarnya berbahaya buat kesihatan jika dimakan mentah.
Jangan ambil mudah, cegah sebelum terlambat. Semoga bermanfaat !
1. Kentang
Kentang yang belum direbus, digoreng atau dimasak, jangan sesekali dimakan mentah. Jika dimakan mentah boleh menyebabkan kesan angin dalam badan. Anda akan mengalami banyak gas dalam perut, kerap kentut dan kembung perut. Lebih menakutkan, jika kentang dibiarkan lama dalam keadaan panas atau kawasan yang basah, ia akan bertukar menjadi warna hijau dan menghasilkan toksik ‘solanine’ yang mengakibatkan keracunan makanan. Kalau anda melihat tompok hijau pada kentang, jangan cuba untuk makan !
2. Tepung
Ada ke tepung dicampur air dan dimakan begitu sahaja? Kalau ada, baik anda hentikan tabiat itu sekarang. Menurut dari kajian beberapa institusi kesihatan Amerika Syarikat memakan tepung mentah berpotensi memberi pelbagai masalah kesihatan. Mengejutkan lagi apabila tepung berkemungkinan membawa patogen seperti E.coli yang hanya akan hilang apabila dimasak. Sangat berbahaya.
Ads
3. Sosej
Sosej sudah tentunya bukanlah makanan yang berkhasiat tapi ada yang pula selamba makan ia secara mentah kerana rasanya sudah direbus setengah masak. Namun menurut kajian, adakah anda tahu pembungkusan sosej boleh terdedah kepada kuman/bakteria Listeria yang boleh dibunuh dengan memasak sosej tersebut. Ingat, basuh dan rebus atau goreng dahulu sosej sebelum makan. Jangan terlalu mudah membahayakan kesihatan anda.
Ads
4. Susu
Susu yang terus diminum dari lembu tanpa ditapis atau pasteur mengandungi bakteria merbahaya seperti E.coli dan Salmonella. Individu yang minum susu mentah lebih dari 150 kali boleh menghidap penyakit bawaan makanan. Jangan bahayakan nyawa anda.
Ads
5. Taugeh
Taugeh kaya dengan vitamin dan kebaikan untuk kesihatan. Namun anda kena ingat, taugeh tumbuh dalam kawasan yang lembab dan bakteria mudah membiak. Pastikan anda sentiasa membeli taugeh yang segar dan bukan direndam selama beberapa hari.
6. Terung
Terung mentah mungkin mengandungi toksik Solanine. Anda boleh mengalami angin, kembung perut dan keracunan makanan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalu dengan tentang bangkit tubi? Pasti ramai yang menjawab ‘Ya’ tetapi apakah anda tahu rahsia dan keistimewaannya?
Selain boleh kempiskan perut, latihan bangkit tubi memberikan beberapa manfaat kepada diri kita seperti:
1. Bakar lemak secara komprehensif
2. Bentukkan six-pack
3. Tegangkan otot perut
4. Nampakkan badan lebih fit
Sehubungan itu, menjadi satu kerugian jika seseorang lelaki itu tidak pernah mahu mencuba untuk melakukan senaman bangikit tubi ini.
Menerusi entri ini, apa kata pembaca ambil kesempatan untuk buat bangkit tubi berlandaskan kaedah-kaedah ini :
Cara melakukan bangkit tubi
1. Posisi
Mulakan gerakkan dalam posisi baring di atas lantai sambil kedua-dua belah kaki dibengkokkan pada lutut
2. Tangan
Letakkan tangan di belakang kepala atau disilangkan dan dirapatkan ke dada.
3. Gerakan badan
Perlahan-lahan tolak atau bawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut.
4. Arah
Selang-selikan dengan gerakkan membawa tubuh ke belakang semula dan berhenti mengikut kemampuan. Pastikan kaki kekal dalam keadaan membengkok.
5. Rasa tegang
Rasakan kontraksi pada otot perut ketika melakukan gerakkan ini.
6. Tahan
Setelah serasi dan mahir, cuba bawa tubuh kebelakang dan bertahan selama 10 hingga 20 saat, bermaksud turunkan badan dalam posisi baring dengan cara pelahan-lahan selepas membawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut. Pastikan tidak biarkan tubuh mencecah lantai.
7. Ulang semula
Ulang gerak senaman ini sebanyak 8 kali atau lebih.
Sekiranya anda sudah mulai selesa dengan cara ini, sebaik-baiknya pastikan postur tubuh badan dalam keadaan tegak dan tidak terlalu membongkok.
Apa-apa pun, MASKULIN ingin ucapkan selamat mencuba dan semoga anda berjaya dapatkan bentuk badan yang fit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Agen penyebab virus ini akan masuk ke tubuh melalui mulut dan kemudiannya ke saluran usus yang akan menyebabkan timbulnya gejala-gejala penyakit. Selain saluran usus, biasanya sasaran virus polio adalah pada sistem saraf iaitu ke otak, sumsum tulang belakang dan simpul-simpul saraf. Jika terlambat mendapatkan rawatan, ia akan menyebabkan kelumpuhan dan kematian.
Biasanya respons pertama terhadap infeksi virus polio bersifat tidak menunjukkan gejala sakit. Infeksi itu hanya menimbulkan penyakit minor (abortive poliomyelitis) berupa demam, lemah badan, mengantuk, sakit kepala, mual, muntah, sembelit dan setelah itu pesakit akan sembuh beberapa hari. Namun ia perlukan rawatan segera.
BAGAIMANA IA MENULAR?
Virus ini disebarkan melalui rute ofofecal iaitu melalui makanan dan minuman serta percikan ludah. Virus ini akan berkembang biak masuk ke usus dan akan masuk ke kelenjar darah serta menyebar ke seluruh tubuh.
Siapa yang bakal berisiko mendapat penyakit Polio?
-Mereka yang belum mendapatkan imunisasi polio
-Pergi ke tempat-tempat atau daerah yang mempunyai banyak faktor polio
-Usia terlalu tua dan usia terlalu muda
-Mengalami luka di mulut dan hidung, misalnya mereka yang baru mencabut gigi
-Mengalami stres yang luar biasa kerana emosi dan fizikal yang tidak stabil dan dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh.
Bolehkah penyakit ini dicegah?
Menjaga pemakanan dengan baik dan teratur bermula sejak kecil lagi seperti menggunakan segala alatan makan seperti piring, gelas ataupun sendok yang dicuci dengan air sabun yang tidak tercemar oleh virus polio. Di mana-mana sahaja situasi, kalu boleh minum air yang dimasak dan dididihkan dengan sempurna kerana cara ini cukup efektif untuk membunuh virus polio. Virus polio hidup dengan baik pada suhu 80 Celcius.
Tetapi apabila terkena dalam jangka masa yang lama, Polio memang tidak dapat disembuhkan dan ubat anti-virus tidak dapat mempengaruhi perjalanan penyakit ini. Ini kerana virus hanya bertahan selama 2 hari apabila terkena cahaya matahari dan akan hidup liar kecuali dalam cuaca lembap. Itulah sebabnya jika terkena virus Polio, rawatan dan penjagaan rapi harus dilakukan supaya badan kebal dan pulih sepenuhnya dari Polio.
Komplikasi penyakit Polio
Mereka yang dikesan menghidap penyakit ini dan lambat membuat rawatan akan cenderung mengalami kelumpuhan kekal. Ia akan menyebabkan sebahagian daripada otak menjadi lemah dan mengalami kelumpuhan pada otot dada. Jika penyakit ini diserang sejak kecil, penderitaan yang dialaminya akan mencecah 30 hingga 40 tahun hingga dewasa atau boleh menyebabkan kematian.
INFO PATUT TAHU
-Polio telah ada beribu-ribu tahun. Di Mesir terdapat lukisan yang menunjukkan individu yang lumpuh disebabkan Polio
-Dalam bahasa Yunani disebut polios (abu-abu), myelos (sumsum), dan itis (radangan).
-Seluruh wilayah Indonesia pernah diserang penyakit Polio tetapi sejak tahun 1995, negara ini telah bebas daripada penyakit Polio.
-Pernah terjadi di sebuah wilayah desa di negara China iaitu seorang kanak-kanak menderita lumpuh kerana virus polio yang berasal dari India. Kes lain ialah dari Angola yang telah menyebabkan 44 orang lumpuh dan 17 orang meninggal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
11 cara paling berkesan menurunkan berat badan tanpa sedar
1) Tidur Yang Cukup
Anda mungkin berfikir bahawa tip pertama adalah sesuatu yang berkaitan dengan makanan atau senaman, tetapi cuba teka? Ini sebenarnya tentang kesihatan tidur anda.
Tidak kira berapa sihat anda makan atau berapa banyak anda bersenam setiap hari, dengan tidak mendapat tidur berkualiti yang cukup secara automatik ia lebih sukar untuk anda mengurangkan berat badan lebih semulajadi.
Tidur mengawal banyak hormon penting yang mengawal selia metabolisma, selera makan, dan fungsi tiroid. Tidur juga boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah dan kesihatan jantung untuk jangka masa yang panjang.
Rehat pada waktu malam yang berkualiti juga boleh mengubah ketagihan anda terhadap makanan. Jadi tidak kira apa alasan, anda perlu tetapkan untuk tidur 7-8 jam setiap malam.
2) Minum Lebih Air Putih
Tip ini mungkin kedengaran membosankan untuk ramai orang, tetapi ia adalah benar. Air adalah penting untuk menurunkan berat badan, dan anda mungkin memerlukan lebih daripada standard yang disyorkan 8 cawan sehari.
Jika anda mendapati susah untuk minum air yang mencukupi, anda boleh mula dengan menggantikan pilihan minuman harian anda dengan air putih untuk membuat ia lebih mudah. Contohnya, kebiasaan anda minum air sirap waktu lunch, jadi mulai esok amalkan air putih ya.
Kenapakah air mampu untuk menurunkan berat badan?
Air bukan sahaja menyingkirkan toksin yang telah sedia tersimpan di dalam lemak dengan lebih mudah, tetapi ia juga membantu metabolisma anda supaya bekerja secara optimum. Tambahan lagi, penghidratan adalah penting untuk semua sel-sel dalam badan anda. Jadi minumlah secukupnya!
3) Makan Sebiji Epal Sehari
Epal adalah buah-buahan yang unik kerana ia mengandungi tahap pectinyang tinggi, sejenis serat yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih mudah. Pectin membuat anda rasa penuh dan kenyang lebih cepat walaupun jika anda tidak mengambil banyak kalori.
Pektin juga akan mengurangkan tahap gula darah, kolesterol tidak baik yang lebih rendah, dan ia juga membantu dalam penghadaman.
Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai orang makan epal sebelum makan; ia membantu mereka mencegah daripada makan berlebihan bila tiba waktu makan. Epal juga satu sumber vitamin C, antioksidan, dan kalium jadi epal juga baik untuk tahap imuniti badan dan tekanan darah anda.
4) Makan Lebih Sayuran Hijau
Sayur-sayuran berdaun hijau dan hijau gelap adalah makanan yang terbaik untuk menurunkan berat badan yang boleh anda makan. Makanan ini hebat untuk membekalkan lebih banyak nutrien dalam makanan anda yang rendah kalori.
Makanan hijau gelap tetap penting untuk penurunan berat badan yang optimum dalam tempoh jangka panjang disebabkan oleh bagaimana ia mampu mempengaruhi metabolisma badan anda. Sebagai permulaan, buat target untuk amalkan 3 cawan sayur-sayuran hijau atau hijau gelap setiap hari.
5) Amalkan Diet Seimbang
Percaya atau tidak, diet terbaru yang mana mengelakkan pengambilan makanan bukanlah cara yang terbaik untuk menjaga berat badan.Badan anda memerlukan keseimbangan karbohidrat, lemak, dan protein untuk berfungsi pada tahap metabolisma yang optimum.
Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran kemudian kenalpasti jenis karbohidrat, protein, dan lemak sihat yang bekerja untuk badan anda.
6) Kurangkan Gula, ASAP
Walaupun gula mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi kesannya terhadap berat badan atau kesihatan jangka panjang adalah tidak dijanjikan.
Gula merupakan makanan yang tidak membekalkan nutrisi dan kalori langsung untuk badan kita.
Jadi, amalkan buah-buahan sebagai pilihan apabila anda teringin untuk makan sesuatu yang manis, dan jauhkan diri anda daripada semua sumber gula yang terdapat dalam makanan yang diproses.
Anda juga perlu berhati-hati terhadap makanan yang kelihatan sihat, kerana tanpa anda sedari ia mungkin tinggi kalori. Bahkan, madu asli lebih baik untuk menurunkan berat badan berbanding gula, yang terdapat dalam makanan diproses.
7) Hati-hati Memilih Bijirin Anda
Anda mungkin pernah mendengar grain-free diets dan bagaimana ia dapat membantu penurunan berat badan. Tetapi hakikatnya, sesetengah bijirin sebenarnya menjadikan penurunan berat badan lebih mudah. Salah satu bijirin ini adalah oat gandum. Bukan jenis yang segera, tetapi asli.
Cuba semangkuk oatmeal sebagai sarapan pagi menggantikan roti bakar, atau kuih muih. Anda akan terkejut, betapa mudahnya oatmeal boleh membuat anda kenyang, dan ia penuh dengan nutrien yang meningkatkan tahap mood dan tenaga anda juga!
Bijirin tertentu juga boleh membantu mencegah kelaparan dengan lebih cepat dan dapat meningkatkan fungsi metabolisma badan anda.
8) Bergerak Setiap Hari
Pergerakan harian boleh membantu anda menurunkan berat badan lebih semulajadi, cepat, dan berkesan – walaupun ia hanya berjalan atau melakukan yoga secara sederhana selama 30 minit setiap hari.
Jadi mulakan hari anda dengan beberapa bentuk gerakan atau isi waktu rehat tengah hari anda dengan sesi latihan. Setelah anda berjaya jadikan ini sebagai tabiat harian, anda akan menyukainya kerana anda akan mendapati ia dapat membantu anda supaya lebih mudah untuk menurunkan berat badan.
9) Kawal Pengambilan Lemak Anda
Lemak juga adalah sumber nutrien penting yang anda perlukan untuk kesihatan optimum, tetapi yang lagi penting adalah memantau berapa banyak lemak yang anda ambil dalam setiap hari dan ia adalah penting untuk menjadi selektif mengenai jenis lemak yang anda makan.
Mengapa? Kerana lemak tidak memerlukan banyak ruang dalam perut kita yang mana keadaan ini lebih mudah untuk menyebabkan kita makan berlebihan. Mengambil terlalu banyak lemak juga boleh menyebabkan kita lebih sukar untuk makan serat yang cukup, dan serat adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting untuk diambil bagi penurunan berat badan yang optimum.
Secara umumnya, 1-2 sudu besar lemak yang sihat pada setiap waktu makan adalah pilihan bijak untuk memulakannya jika anda tidak pasti berapa banyak lemak yang anda perlu makan – kekacang, ¼ avokado, atau mentega kacang.
Untuk sesetengah orang, pengambilan kurang lemak dalam diet harian mereka adalah lebih baik, manakala yang lain mereka sebenarnya memerlukan lebih banyak. Cuba perhatikan yang mana sesuai dengan anda dan berhati-hati dengan berapa banyak lemak yang anda makan.
10) Pilih Snek Dengan Bijak
Selalu juga ada rungutan biasa kita dengar bahawa sesetengah orang mereka tidak mempunyai masalah untuk makan makanan yang sihat; sebenarnya ia adalah makanan ringan yang menyebabkan usaha penurunan berat badan mereka tidak berjaya.
Jadi ruangkan masa lebih awal untuk memilih makanan ringan secara bijak. Pastikan anda simpan satu pek badam, epal, dan sekerat coklat gelapdalam beg atau laci meja anda. Saderi dan hummus, atau hirisan pear dan mentega badam juga pilihan yang hebat jika berdekatan anda terdapat peti sejuk untuk menyimpannya.
Kesemua ini antara makanan yang boleh membantu atasi kelaparan anda sehingga waktu makan berikutnya dan ia memberi anda lebih banyak nutrien bagi meningkatkan fungsi metabolisma lebih baik daripada makanan ringan yang diproses.
11) Buat Senarai Runcit Yang Menyokong Usaha Anda
Tukarkan pengetahuan ke dalam bentuk tindakan adalah sesuatu yang akan membantu supaya berat badan anda boleh turun. Maksudnya adalah anda kenalpasti makanan yang berkhasiat dan senaraikan ke dalam diet anda. Jadikan makanan tersebut sebagai amalan.
Dan salah satu tempat yang sesuai untuk menukarkan pengetahuan ke dalam tindakan adalah di kedai runcit. Oleh itu, buat senarai runcit yang menyokong penurunan berat badan yang optimum.
Ingat bahawa penurunan berat badan bukan berlaku dalam sekelip mata. Proses tersebut perlukan masa. Untuk tidak membebankan anda, cara paling mudah adalah ubah gaya hidup anda ke arah lebih baik.
SUMBER : DIARI KURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.