6 Lelaki Popular Yang Hadapi Sindrom Disleksia, Tapi Success Je Hidup Mereka Ni!

Share

Untuk pengetahuan anda, disleksia bukanlah satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya seseorang itu mengalami masalah pembelajaran seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Untuk lebih mudah, orang kita memanggil individu sebegini dengan panggilan ‘lembab’ kerana kesukaran mereka dalam melakukan sesuatu.

Apapun mungkin selepas ini kita harus lebih berhati-hati dalam menilai seseorang kerana kita tidak tahu apa yang mereka alami dan ini 6 lelaki hebat yang hadapi sindrom disleksia ini.

1. Muhammad Ali

Siapa yang tidak kenal Muhammad Ali, peninju yang berkarisma ketika era kegemilangannya pada 1970-an. Malah peminat-peminat mesti mengingati satu persatu pertarungan beliau termasuklah dengan Joe Bugner di Malaysia bukan?

Namun, apa yang masih tidak diketahui oleh ramai pembaca adalah Muhammad Ali adalah penghidap Disleksia sejak daripada kecil sehingga hampir tidak dapat menamatkan pengajiannya di sekolah tinggi. Ironinya, anak beliau, Laila Ali juga menghadapi Disleksia sepertimana beliau.

2. Alexander Graham Bell

Pencipta telefon ini sebenarnya adalah penghidap Disleksia. Namun ia tidak bermakna beliau tidak boleh berjaya sebagai seorang saintis dan jurutera. Untuk pengetahuan anda, isteri beliau adalah penghidap pekak.

3. Orlando Bloom

Percayakah anda bahawa pelakon kesayangan anda ini penghidap Disleksia? Percayalah bahawa beliau adalah juga salah seorang daripada ribuan penghidap Disleksia. Ini diakui sendiri oleh beliau sebagaimana berkata,

“Dyslexia is not due to lack of intelligence, it’s a lack of access. It’s like, if you’re dyslexic, you have all the information you need, but find it harder to process.”

4. Steven Spielberg

Jurrasic Park, Catch Me If You Can, Artifical Inteligence adalah antara judul filem pecah panggung yang diarahkan oleh Steven Spielberg. Sebagai antara pembikin filem paling berjaya di Amerika Syarikat, dia tidak terlepas daripada kekurangan dan sebenarnya menghidap disleksia. Berusia 69 tahun, hanya sekitar 2007 barulah dia mengaku yang sebenarnya disleksia ada dalam diri. Hakikat sebenarnya, kekurangan itulah yang menjadikan dia sebagai seorang pengarah yang berjaya.

5. Altimet

Bergelar penyanyi Rap, sudah pasti setiap patah perkataan menjadi mainan untuk dia membentuk seni kata Rap yang menarik untuk diiringi bersama lagu. Di sebalik kebolehannya bermain dengan setiap patah perkataan, dia sebenarnya adalah penghidap disleksia dan hanya menyedari perkara itu ketika berusia 28 tahun.

6. Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman

Siapa sangka individu yang miliki empayar perniagaan jutaan ringgit sebenarnya mengalami disleksia.Menurut Aliff Syukri lagi, dia mula menyedari menghidap sindrom disleksia ketika umurnya 20-an apabila tidak tahu membezakan kiri dan kanan, lambat membaca serta memahami sesuatu perkara. Kerana itu, anak sulungnya juga turut mewarisi sindrom yang dialami dan terpaksa menghantar ke sekolah khas.

Punca Disleksia?

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang turut merupakan penghidap sindrom berkenaan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem sarah mereka. Ini merupakan faktor neorobiologikal di mana kortek penglihatan otak ialah bahagian korteks serebrum yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan penglihatan. Jadi, masalah pemprosesan visual menyebabkan seseorang sukar membaca.

Ciri-Ciri Penghidap Disleksia?
Kebiasaan dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘d’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Boleh Diubat?

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Masalah ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

Published by
Ruziana Zainal